PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, February 25, 2009

sesak nafazku...

sudah hampir seminggu kepenatan ini sangat dirasi dalam diriku
berlari ke sana berlari ke sini
jumpa orang itu jumpa orang ini
beli benda itu beli benda ini
tension dengan orang itu tension dengan orang ini
tanpa rasa malu tanpa rasa segan

aduh! jatuh tersembam mengadap bumi yang penuh cabaran dan rintangan
semuanya gara-gara hendak memohon untuk melanjutkan pelajaran
master!!! kau tunggu
walau pelbagai dugaan aku tetap akan berjaya...

tapi semuanya dengan bantuan dan pertolongan dari yang maha esa
setiap kali punya masalah yang berat dan tak terdaya di fikir oleh akal
mohonlah pertolongan dari DIA
insyaallah DIA permudahkan untuk kita

Sunday, February 22, 2009

owh!! panas! panas!

menakjubkan. terpegun seketika keunikkan duniawi

selalu tidak punya masa

alhamdulillah
hari ini dapat juga aku menatap pc untuk mengukir sepatah dua kata
universiti di terengganu ni heboh seketika
akibat perlakuan mahasiswa yang kurang matang
sanggup merosakkan harta benda demi nak puaskan nafsu serakah masing-masing

sekarang jyang menjadi mangsa adalah majoriti yang tidak bersalah
dek kerana perbuatan tak ilmiah 2 3 4 orang
maka yang lain kena terima jua kesan nya

nasihatku kepada kawan-kawan, janganlah di sebabkan kita orang lain merana
tapi jadikan lah setiap perbuatan kita dapat menyumbang kepada kehidupan sejagat yang lebih baik.

Wednesday, February 18, 2009

Kisah Bukit Malaysia

kalu dahulu kita mendengar kisah di bukit antarabangsa
suasananya agak menyayukan
ramai kehilangan tempat tinggal

kemudian timbul kesah di bukit gantang
panggilan ilahi tiada siapa dapat menghalang
suasanaya agak sedih dan pilu bagi keluarga simangsa

tup!! bukit selambau pula menarik perhatian
kes ini menggerunkan kita
ugutan dan paksaan menjadi tanda tanya

tiba-tiba...
bukit lanjang mengambil alih perhatian masyarakat di malaysia
ramai terpinga-pinga
cerita mula sensasi tapi memalukan mangsa

lepas ni bukit apa pula?? adakah anak bukit di Kedah?
kat mana lagi tempat ada nama bukit? sama-sama kita tunggu..

Thursday, February 12, 2009

Turun,Turun, Turun, Naikk

alhamdulillah syukur pada tuhan yang maha esa
dalam surat khabar utusan tulis,
tarif elektrik akan turun bermula nak turun pada 1 Mac

harap-harap lepas turun jangan lah naikkan pula tinggi-tinggi
maklumlah kerajaan bab-bab turun ni sistematik dan berskala
tapi bila nak naik waduh-waduh! sekali pun sudah cukup
boleh kasi miskin tegar untuk orang yang dah sememangnya miskin

tapi setakat ni minyak tak turun-turun lagi dah
menteri bertanggungjawab bagitau
kalau harga minyak dunia kurang dari 40 usd setong
kerajaan akan pertimbang akan turun
namun sekarang tak dengar dah cerita bab harga minyak nak turun

khabarnya gula nak naik lepas raya cina
tapi masih dalam proses kot
beras pon ada ura-ura nak naik harga
nasib baik pak menteri cepat nafi
kalau tak entahla apa yang akan jadi

nway terima kasih kerajaan malaysia yang prihatin

BARACK OBAMA Di PERAK

sekali pandang tak nampak sangat
dua kali pandang baru nampak iras-iras
tiga kali pandang nah!! sejibik wa cakap luk..

itulah antara cakap-cakap orang perak. depa dah dapat pemimpin sama macam orang amareka dapat klon obama di perak
tahniah kengkawan di perak lepas ni hangpa semua boleh la bersenang lenang
YES WE CAN, ops!! yes u can

Tuesday, February 10, 2009

Darah yang Diderma

10 dan 11 haribulan 2 ni akan diadakan program derma darah. kalau di UMT ada je time derma darah maka ramai lah insan-insan mahasiswa yang sanagt perihatin untuk berbuat demikian. sepanjang tiga tahun di UMT, baru dua kali aku menderma, almaklumlah banyak kali try tapi takberkesempatan disebabkan faktor masa dan juga kesihatan.

tapi aku rasa berbangga dengan rakan-rakan siswa/i yang lain, mereka berasungguh-sungguh mahu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat di luar sana. walaupun UMT bukan lah suatu universiti yang hebat seperti di Uni lain tapi semangat mahasiswa yang di tonjolkan amat mengharukan.

Mahasiswa dan Politik Malaysia

sekadar pandangan peribadi;

memang benar mahasiswa merupakan pelapis kepimpinan negara pada hari muka. sememangnya golongan yang bergelar mahasiswa ini akan diangkat menjadi pemimpin kalau kena cara dan gayanya. kualiti serta mutu kepimpinan yang wujud tidak dapat disangsikan lagi. contoh terdekat adalah anwar ibrahim. (pandangan dari sudut positif). (buangkan sifat prasangka buruk). tapi perihal itu adalah di masa yang lalu.

ketika ini dunia mahsiswa agak tenggelam. tidak banyak perkara yang sepatutnya disuarakan kepada pihak bertanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik. semua adalah gara-gara akta auku. (akta yang tidak boleh disalahkan sepenuhnya). mahasiswa ditakutkan dan digembar-gemburkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercangcah dengan auku. benar, auku belum pernah dilaksanakan secara agresifnya cuma sekadar bertindak sebagai memberi peringatan kepada golongan mahasiswa yang jauh menyimpang dari tujuan asal mereka ke universiti.

namun disabalik semua itu, keadaan kepada mahasiswa semakin hari semakin tenat. mahasiswa menjadi semakin lesu dan tidak bermaya dalam erti kata lain, mereka ini kurang menyengat dalam melontarkan idea-idea yang bernas dan terpakai serta 'segan' dalam melibatkan diri dengan aktiviti berpesatuan. kalau ada pon hanya segelintir. (yang ikut kawan atau yang ingin dapat kelebihan tertentu daripada universiti, bukannya atas kapisiti berpesatuan itu dapat memenuhi nilai tambah)

pemerhatian pada pergerakan mahasiswa dalam bidang politik agak ketara tertinggal jauh, rata-rata menyatakan tidak berminat (alasan/ takut kena tindakan auku). dalam pihanraya umum ke 12 yang lalu, 80% mahasiswa condong kepada tidak menyokong pemerintah yang sedia bertauliah di malaysia.

Kenapa? mahasiswa dahagakan perubahan.
perubahan dari segi apa? dari segi kepimpinan.
kalau tak percaya kita buat perbandingan, paklah dan dsai

perbandingan dari segi ucapan yang disampaikan kedua-dua tokoh ini. yang mana dapat memberi impak yang lebih mendalam?

--aku pernah berada dalam dua-dua situasi ucapan kedua-dua tokoh ini. tanpa perasangka buruk untuk kedua-duanya, ternyata ucapan yang paklah sampaikan tidak sepower dsai.

mungkin orang akan membuat tomahan kalau ucapan saje yang bagus tapi kerja tak buat tak bagus juga. tapi kita kena lihat, itu sebagai cinta pandang pertama. tak perlu buat tindakan apa-apa pun. golongan muda khasnya golongan mahasiswa akan mudah tertarik.

jadi ahli politik yang bijak dan pandai serta menarik dalam berbicara maka dia akan terkehadapan kerana itu adalah tafsiran pertama. contoh seterusnya khairi jamaludin. mula-mula dulu aku pun tak berkenan dengan dia sebabnya dr. mahathir selalu kutuk-kutuk dia. pemimpim pembangkang pon dok kata lebih kurang kat dia. namum selepas aku dengan ucapan pertama dia, idea yang dilontarkankan, olahan ucapan yang menarik sampai sekarang aku tertarik dengan personaliti dia. (hilangkan seketika politik dalam pemikiran)

contoh lain. (yang mana pernah aku dengar dan alami) dr. mahatir kalau berbicara tapi kita masih lagi suka mendengar kerana ada isi dalam ucapan tersebut yang kita nanti-nantikan. timbalan menteri pengajian tinggi ir. idris haron pun antara pemimpin yang tergolong mampu menarik mahasiswa dengan hanya berbicara.

justeru, mahasiswa/golongan muda perlukan kata-kata semangat yang akan membuat mereka tertarik kepada persepsi positif tentang politik. dan janganlah orang politik mencemarkan sistem politik yang sedia indah dengan perkara-perkara yang tak membawa manfaat kepada kepimpinan akan datang. kerana kepimpinan melalui tauladan adalah cara yang terbaik yang harus diaplikasiakan.

Monday, February 9, 2009

liku-liku hidup


kehidupan aku sebagai mahasiswa sekarang sangat relax. jadual kuliah tak rushing macam tahun-tahun sebelum ni. banyak masa free untuk cover smula apa yang telah tertinggal.

peluang ni aku guna sebaik-baiknya. selalu kelas aku akan bermula pada pukul 11 atau 12 tengah hari. paling awal pun pukul 10 pagi. kalau tahun-tahun lepas, boleh kata sibuk juga dengan kerja-kerja MPP tapi sekarang otak aku dah tak perlu fikir-fikir sangat dah. serah saja pada budak-budak baru, bagi depa merasa.

19 februari nati ada dinner untuk pelajar-pelajar tahun akhir kelab KKK. masa ni lah ramai nak bergaya dan meragam habis-habisan. aku belum terfikir pape pun lagi. rasa macam malas nak gi pon ada gak. tapi nanti kecik pula hati budak-budak 2nd year yang manage program ni. so, kena pi juga.

program seminggu bersama JKPP dah settle. berjaya dengan cemerlangnya. masalah yang dihadapi adalah kurang. dalam program tu aku join aktiviti treasure hunt pastu menang pulak. bangga gila. budak-budak rumak aku menang game futsal. dapat hadiah best gila.

Ujian Dalam Sengsara Perak

dah hampir dua minggu newspaper kat Malaysia asyik dok bagi tumpuan kat negeri perak. glamer btoi orang-orang perak sekarang ni. dari lompat melompat sampai lah tak berlompat-lompat lagi dah, semuanya ada di perak.

negeri depa tumbang sebabnya ada rampasan kuasa secara terhormat, raja depa kena hina sebab bias kat sebelah pihak, tak lama lagi negeri kedah pulak katanya. aku mintak simpang la. jangan la dok porak-perandakan negeri yang sedia baik dan sejahtera tu.

dalam gairah pakatan dok mintak adakan pilihanraya, barisan pula dok mengelak tak mau bagi ada pilihan raya. last-last Allah bagi juga ada pilihan raya. MP Bukit Gantang alhamdulillah dah selamat kembali kerahmatullah. (Alfatihah). arwah dah selamat dengan ujian dunia perak yang huru-hara. Macam mana pulak dengan mereka yang masih tinggal?

Sunday, February 8, 2009

Majalah Setahun MPP 07/08























buletin MPP edisi ke empat/ khas. di edarkan selepas tamat tempoh memegang tampuk MPP 07/08. mengandungi kejayaan-kejayaan yang telah MPP pohon kepada pihak universiti untuk kebajikan para mahasiswa UMT. kejayaan yang bermula daripada era 03/04 sehingga 07/08.






















buletin MPP edisi yang ketiga. keluaran semasa minggu jalinan mesra khas untuk pelajar tahun satu yang baru mendaftar. pengenalan mengenai Universiti Malaysia Terengganu serta tempat-tempat menarik di negeri Terangganu. juga mengandungi ucapan-ucapan ketua-ketua PTJ dan ruangan mesra mahasiswa bersama MPP, JKPP dan juga kelab-kelab di UMT.






















buletin MPP edisi yang kedua. di edarkan semasa penghujung semester Disember sewaktu peperiksaan akhir semester tersebut. mengandungi pelbagai aktiviti yang telah berjaya di anjurkan oleh MPP dan juga kelab-kelab UMT selama dua semester memegang tampuk pemerintanhan badan organisasi tertinggi pelajar.






















buletin MPP edisi yang pertama. berkisar berkenaan peristiwa pilihanraya MPP sesi 07/08 dan aktiviti-aktiviti MPP bersama kementerian serta aktiviti dalaman MPP bersama mahasiswa UMT. dilancarkan semasa malam penutup minggu MPP 2008 di Dewan Sultan Mizan.

Thursday, February 5, 2009

laparnya hari nih

jam tak pukul 11 lg.. perut dan mula nyanyi lagu macam-macam dah ni..
nak g makan awal-awal takut petang kang kena makan lagi..

time-time ni dah kena mula berjimat-cermat. duit ptptn dah mula surut dalam bank tu.
tapi masih ada 3 bulan lagi aku kena stay kat kampus.

sebut pasal makan, teringat aku penah masak tom+yam.
rasanya fuhh!! tomYam beb! kali pertama rasa boleh tahan. tapi mai kali kedua dah tak tahan..
kena ek agaknya? PAhit dol..dah la periuk tu besar gak.. so kena la makan bagi habis gak.

tapi tak pe, first tyme masak pelik-pelik macam tu. kira ada bakat la.
jangan main-main, orang laki ni pandai bab-bab masak nih.
realiti nya ChefWan, ChefIsmail..ramai lagi. tengok rancangan kat tv, jarang-jarang chef girl keluar

aku harap aku pun akan jadi chef gak la nanti. teringin nak buka restoran sendiri. Insyaallah dapat kalau rajin berusaha. Think Positive.



Newspapers Hari Ini

adoih. terkena sebijik lagi hari ni. kena apa? kena main dengan 'orang cerdik dunia'. semakin hari semakin pudar kepercaan aku kepada pemerintahan malaysia. dahulu cakap lain sekarang cakap lain. sama tak? kata pada dunia kononnya kena sokong hamas sebab rakyat palestin dah pilih pemimpim mereka. tapi bila orang perak dah buat keputusan pilih orang lain jd pemerintah, depa sibuk-sibuk doh musnahkan rumah tangga yang baru di bina tu.

ni dah lebih kurang cara israel nih. tak elok la 'orang cerdik' macam depa bertindak memporak-porandakan rumah tangga orang lain. matlamat tak menghalakan cara. lepas ni negeri mana pulak agaknya yer? jangan negeri kedah sudah la. rasanya keadaan negeri kedah sekarang ok je. tak ada masalah pon.

ni kesan jangka panjang. kalau sekarang orang yang atas pagar tengah menonton gelagat orang politik, dan depa dah mula tahu kebenaran sebab bukan tv sj dapat salurkan maklumat tapi kat internet berlambak-lambak kisah-kisah orang politik.tambah-tambah orang-orang muda macam aku ni. mana ada masa nak tengok tv sangat, lg suka online. haa, masa pemilihan ke13 nanti, baru lah tau kebenarannya.

tak perlukan pembangkang sebenarnya pon untuk tunjukkan kehancuran dalam parti pemerintahan, sebagai rakyat yang sayang pada negara, kita dapat rasa yang mana betul yang mana salah. biar pon orang politik kata depa berjuang untuk rakyat. tapi hakikatnya tidak! masyarakat sekarang dah mula cerdik. lakonan kerajaan ke pembangkang ke, semua dah boleh dibaca.

kalau rasa nak perintah malaysia lama lagi, maka cepat-cepat bertidak bijak bukan dengan cara yang Xelok. biar kalah pada pemilihan kali ini, tapi menang pada pemilihan akan datang, Allah takkan hukum manusia yang nak menuju kebaikkan tapi Dia hanya mahu menguji, namun bila ujian itu diatasi dengan cara yang merosakkan maka apa lagi yang harus dilalukan, .... Hanya Dia yang Maha Berkuasa menetukan segalanya.

Tuesday, February 3, 2009

Dunia Hanya Sementara

imbauan di saat pemergian Ayahku yang tercinta...

Pernahkah kita terfikir sejenak tentang kematian? bila masanya nak mati? dan bagaimana cara nak mati?

kalau dah tiba masa mati tu nanti segala-galanya tidak penting lagi. Kreta, rumah, kerja harian kita, duit kita dalam bank,...semuanya.

Tapi apa yang penting masa itu adalah kalimah suci Laa Ila ha Illallah Muhammadarrasullullah.

Mampu kah kita menyebut kalimah tersebut di saat kematian kita?
Sempatkah kita mengucapkan kalimah tersebut dikala ajal sudah berada diambangnya?

Entah lah...
Aku mulai berfikir. Cara kematian yang manakah paling mudah. (apa tak betul ke aku nih??) Sedangkan nabi Muhammad SAW pon merasa sakit yang amat semasa kewafatan baginda inikan pula aku (yang selalu leka dengan duniawi). Mana ada kematian yang mudah. Walaupaun mati pada waktu tidur.

Bila banyak sangat terbaca artikel-artikel dalam mastika ini lah kesan nya.
Kekadang tuh rasa syukur sangat kalau adik-beradik/saudara-mara kita yang dah meninggal.
Sekurang-kurangnya mereka dah melepasi ujian tersebut.
Tapi bagaimana pula dengan takdir kita?

Owh..seram sejuk di buatnya. Dalam hatiku "Mak Ayah tolong lah anak mu ini. aku tidak banyak buat amalan yang baik".


rabu 15 okt 08 adalah saat paling menyukarkan dalam hidupku.

detiknya menghampiri pukul 11.30 malam. keadaan sunyi sepi di segenap ruangan bilik di wat tersebut. jururawat yang bertugas berada di kaunter dengan tugasan hariannya mengemas kini data-data pesakit di wad berkenaan. tiada doktor pada waktu itu, cuma pembantu perubatan. hembusan nafas yang kuat oleh yang disayangi(demam selesma) sering kali memecahkan kesunyian di wad itu sejak 4 hari yang lalu. tika itu, aku berada dikerusi sebelah yang disayangi sambil meletakkan kepala ku ditangannya yang kaku terdiam sejak 4 hari yang lalu. sekali sekala mataku terlelap kena kurangnya tidur. dimulutku tidak henti-henti membacakan alfatihah untuk nya. tiba-tiba, tidak semena-mena dalam keadaan aku tidak berapa sedar, semakin perlahan bunyi hembusan nafas yang disayangi. dalam dalam dua tiga saat selepas itu, tiada kedengaran lagi bunyi hembusan nafas tersebut. aku bingkas bangun dan melihat pada wajah yang di sayangi, perit sekali..kedua-dua tangannya yang tidak bergerak selama 4 hari lalu tiba-tiba terangkat dengan sendiri menandakan roh sudah mahu beranjak keluar dari tubuhnya.

ya allah, dalam hatiku berbisik, sungguh sakit dan perit kematian ini sehinggakan tubuh yang tidak berfungsi lagi dapat bergerak menahan saat ajal mahu terpisah dari tubuh. denyutan nadi mula terhenti. di leher, di pergelangan tangan dan di bawah pergelangan buku lali. alhamdulillah sempat aku melafaskan kalimah suci ditelinga yang disayangi dikala keadaan perit itu, namun hanya allah yang tahu bertapa susah, teruk, dan perit saat kematian.

itulah hakikat kematian. tubuhnya kaku tiada nyawa. hatiku mula menjadi hiba. mahu sahaja dileraikan air di dalam mata. di dalam fikiran ku teringat pelbagai kenangan bersama arwah, wajahnya yang ketawa, wajahnya yang marah, wajahnya yang kecewa, wajahnya yang sedih...

tapi apa yang pastinya semua itu tiada lagi..tiada lagi..tiada lagi..

p/s; InTeam-detik kematian

Bola Sepak Malaya

Tidak tahu lah di mana silapnya tentang bola sepak Malaysia. Bukan sikit, tapi sangat punya banyak uwang telah di laburkan untuk pembangunan bola sepak negara kita. Namun segala-galanya masih belum berhasil.


Pepatah ada mengatakan berusaha adalah tangga kejayaan. Namun setakat rasanya dah pelbagai usaha telah diambil baik FAM, KBS, KP (Kementerian Pelajaran), mahu pun rakyat malaysia sendiri yang sayang akan pasukan bola sepak Malaysia.
Rasa-rasanya tangga tu dah patah kot. Sebab tu tak bejaya-bejaya sampai la ni.

Di sini aku pon dah tak tahu lagi nak bagi komen membina yang dapat membantu team bola sepak Malaysia sebab semua suggestion serta kritikkan yang membina telah bergelen-gelen di utarakan. Tetapi sengaja aku coretkan di sini supaya kita sebagai penyokong skuad bola malaysia jangan lah terus membenci dan meninggalkan 'mereka' bersendirian.

Walau apa pon yang terjadi pada team bola sepak kita, aku tetap akan sokong. Tapi aku tak mampu la nak gi stadium tengok bola. Sebabnya tak berbaloi. Boleh sakit hati oo.

Sebut pasai gi tengok bola kat stadium, kerajaan pimpinan PR Perak telah menurunkan harga tiket bola. Murah gila. Kalau dulu kena bayar 15 tapi sekarang 5 ringgit jer. Harap-harap penonton berubah hati gi lah menonton eh. Tapi dekat Perak je la takat ni. Kedah belom lagi.

Jangan Tiru Macam Saya

Sejak dua tiga malam ni rasa susah pulak nak tidoq, tidoq pon tak terurus. Malam berjaga macam burung hantu. Ni dah menyusahkan hidup aku. Siang hari banyak kelas nak kena attend. Kalau tak nanti kena mengadap pensyarah lak. dah la sem last aku di universiti ni. Semalam dah termiss satu kelas. Siap kena perli lagi dengan kawan-kawan. Aduhai.

Monday, February 2, 2009

UNTUK PERHATIAN MPP 08/09

TEKS UCAPAN DASAR
Saudara Mohd Hafiz Bin Asmadi
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2007/2008
26 January 2008; Dewan Sultan Mizan

Setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dengan inayah, redha dan makbulNya jua, dapat kita semua berkumpul di atas semangat silaturrahim dan integrasi bersepadu pada malam yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Bingkisan doa kepada para perjuang penegakan hak kebajikan mahasiswa yang lalu yang telah meninggalkan kita; namun semangat juang mereka akan kekal di dalam ingatan dan lipatan sejarah MPP sampai bila-bila, insya'Allah.

Gagasan Besar MPP: pembangunan mahasiswa, pemangkin kegemilangan sejagat.

Malam ini, kita bertemu di dalam dewan yang penuh bersejarah iaitu Dewan Sultan Mizan, dalam usaha meneruskan rintis perjuangan yang bermula pada tahun-tahun yang lalu. Denai perjuangan MPP dimulakan dengan kesedaran dan semangat membara, untuk melihat kalangan mahasiswa mendapat hak dan peluang sepatutnya yang lebih baik. Sudah barang tentu, pernah umpah air mata, pernah berlalu rasa kecewa, pernah hadir rasa gembira, pernah tampil rasa kekeluargaan yang unggul di sepanjang perjalanan itu. Namun, dalam harapan yang menggunung untuk melihat MPP mampu mengisi tekad perjuangan menegakkan kebajikan mahasiswa– kita perlu bersama dalam menempuh hambatan dan cabaran baru. Ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai serai'.

MPP yang kita sama-sama warisi hari ini tidak bermula dengan cita yang kosong dan langkah yang sumbang. Sesiapapun tidak mampu menafikan jiwa besar kumpulan wakil pelajar untuk menyuarakan keperluan mahasiswa. Visi dan misi mereka jelas. Untung nasib mahasiswa mesti diangkat dan dibela. Asas itu akan kekal sampai bila-bila, namun langkah dan kaedah gerakan kitalah yang perlu disesuaikan dengan keadaan dan masa. Kita tidak boleh bergerak dengan modul yang lama, sekiranya realiti baru menuntut kita bergerak dalam kaedah yang berbeza. Pertemuan hari ini, pada saya, akan menjadi 'pemula langkah dan penentu arah' kepada halatuju MPP – dalam kita mendepani realiti dan cabaran baru.

Sementara kita wajar berasa bangga dengan pencapaian MPP selama ini, kita juga tidak boleh leka – dalam menentukan perjuangan MPP ini menjadi kekal relevan dan penting, sesuai dengan tuntutan masa dan keadaan. Kita bukannya mahu menjadi anak muda yang melupakan sejarah.Sesuai dengan kembara perjuangan MPP – kita perlu sentiasa sedar bahawa asas kekuatan MPP ini bukan sembarangan. MPP bernafas segar dalam cita sokongan mahasiswa; dan nafas itu akan terus kita hela sampai bila-bila. Berundur dan menjadi pesimis tentang masa depan mahasiswa bukanlah pilihan kepada kita.

Penting untuk seisi mahasiswa mempunyai Gerak Rasa Sejarah (ataupun sense of history). Hanya dengan rasa penghargaan kepada pencapaian perintis perjuangan yang lampau; kita boleh mara ke hadapan dengan langkah yang yakin dan pasti.

Saya kira, perkumpulan pada hari ini adalah suatu pertemuan yang membawa makna yang besar. Sebagai yang dipertua MPP, saya harus menggunakan ruang dan peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan – kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa, kepada rakan-rakan dalam MPP dan Pengerusi-Pengerusi Kelab di UMT, yang telah banyak membantu dalam meneruskan agenda besar MPP sepanjang tahun yang lalu. Dengan sokongan Saudara/Saudari sekalianlah – memberi kekuatan dan memperteguh harapan kepada saya untuk mengisi tanggungjawab besar ini. Apalah maknanya, jika cabaran besar yang bakal kita hadapi nanti – menjadi agenda perseorangan dan bukan sebuah gerakan yang bersifat massa dan ramai.

Sidang hadirin yang Dihormati,
Saya tidak menerima tanggungjawab untuk menerajui MPP dalam dulang emas yang bertatahkan permata. Tidak dapat tidak, kita perlu membuka lembaran baru dalam perjuangan menegakkan hak mahasiswa. Kita perlu membina semula kekuatan MPP dalam erti kata yang sebenarnya. Kita perlu bangkit dari igauan perpecahan yang menyesakkan.

Fasa Pemulihan MPP

Adalah menjadi hasrat, niat dan tekad KAMI agar MPP dapat melalui Fasa Pemulihan yang lebih tersusun dan meyakinkan. Fasa pemulihan ini akan terbahagi kepada TIGA elemen teras, iaitu: pembaikan imej, pemantapan perhubungan dan pelaksanaan program. Hanya dengan langkah pemulihan dan komitmen jitu mahasiswa-mahasiswa UMT, kita bakal mampu memberikan MPP dengan warna keazaman, wajah keyakinan dan citra perjuangan yang selari dengan zaman.

Dari sudut pembaikan imej – kita tidak bertangguh dalam menyediakan perancangan yang lebih baik dan tersusun. Kita perlu memperbaiki tanggapan bahawa organisasi MPP sudah menjadi 'layu' dan 'tidak bermaya' seperti bangunan kabin yang sedia ada. Demikian juga dari sudut imej setiap perwakilan MPP. Kita juga telah berusaha supaya setiap wakil MPP lebih 'friendly' dan boleh didekati oleh semua. Mungkin ada yang mengatakan ini adalah perubahan 'kosmetik' – bukannya sesuatu yang bersifat 'isi'. Kepada mereka, suka saya berpesan, jangan bermain dengan api – kerana kebangkitan MPP kali ini, adalah kebangkitan yang nyata dan jelas untuk kepentingan mahasiswa.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan, KAMI juga memberikan penekanan kepada langkah pemantapan perhubungan. MPP tidak boleh berbangga dengan angka 13 perwakilan dan juga sekreteriat yang telah sedia ada– tanpa kita mempunyai keyakinan berkenaan 'kualiti' dan substance kepada angka tersebut. Kita laksanakan strategi penggabungan – dengan usaha bersama-sama semua kelab-kelab di UMT. Saya perlu diberikan keyakinan tentang 'kekuatan sebenar' MPP. Kita perlu memahami segenap aspek berkenaan dengan aspirasi dan cita sebenar mahasiswa. Kita sudahpun berada dalam peringkat perlaksanaan dengan anjuran bersama dalam pelbagai aktiviti. Penwujudkan sistem kabinet pelajar UMT yang dianggotai oleh presiden-presiden adalah faktor keberkesanan sebagai pengiktirafan dalam pemantapan perhubungan.

MPP juga sudah memulakan langkah dan gerak untuk melaksanakan program-program yang lebih menjurus kepada kumpulan sasar dan berteraskan kepada 6 kemahiran utama. Program MPP perlu bersifat 'touch-based' dengan matlamat kita yang asal. Kita perlu menghentikan segala macam program yang bersifat retorik dan tidak memberi manfaat langsung kepada pembangunan minda mahasiswa. Kita sedang merancang pelbagai program untuk turun ke peringkat akar umbi. 6 kemahiran utama yang disandarkan adalah Kemahiran akademik, Kemahiran kepimpinan, Kemahiran kerohanian, Kemahiran integriti, Kemahiran keusahawanan dan juga kemahiran komunikasi.

Pembaikan imej, pemantapan perhubungan dan pelaksanaan program akan memberikan 'citra baru' kepada MPP. Dalam masa yang singkat, dengan komitmen yang jitu dari setiap ahli majlis perwakilan pelajar dan sekreteriat, dengan kesungguhan dari setiap Presiden Kelab, dan dengan kerjasama penuh dari seluruh warga mahasiswa – kita akan pantas menjadi 'visible' di kalangan warga UMT khasnya dan masyarakat sekeliling amnya. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau; sekali membuka pura, dua tiga hutang langsai; berkayuh, biar kita sampai ke hilir'.

Selepas daripada 'fasa pemulihan' ini, dengan komitmen dan kesungguhan daripada rakan-rakan – kita akan memulakan rentak untuk fasa pemerkasaan dan melonjakan nama Universiti tercinta ini ke satu tahap yang lebih disegani. Natijahnya nanti, UMT akan dikenali sebagai sebuah universiti yang 'indispensable' kepada masyarakat sekeliling. Saya mengimpikan nama UMT akan meniti di bibir masyarakat; MPP bersama mahasiswa UMT akan bersungguh untuk merealisasikan perkara ini.

Kita sedar, kabinet pelajar UMT tidak akan berhadapan dengan keadaan yang semakin mudah. Kita akan punya kekangan. Kita perlu meletakkan organisasi ini sebagai 'stakeholders' kepada kembara yang panjang. Kualiti kepimpinan dan kecemerlangan akademik serta akhlak yang terpelihara perlu ditanam dari sekarang untuk generasi masa akan datang. Kita punya tugas dan tanggungjawab yang amat besar dan mencabar. Siapa lagi yang mampu saya sandarkan harapan; yang mampu saya kongsikan pandangan – kalau bukan Saudara/Saudari yang hadir pada hari.

Saudara Saudari Yang Dihormati,
Sesuai dengan suasana persaingan kompetitif abad ke-21. Setiap individu sedang mencari asas 'kekuatan sebenar' untuk kita bersaing dalam persekitaran dan realiti baru. Jadi jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka kegilaan yang akan dipraktikkan. Oleh itu, keperluan hak asasi individu yang bergelar mahasiswa adalah menjadi asas dalam perjuangan MPP –kebajikan rakan-rakanku tidak akan dipandang enteng dan kami akan mempertahankannya.

Cabaran untuk memenuhi keperluan adalah sangat rumit dan perlu dilihat dalam pelbagai aspek. Dalam arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini apa-apa sahaja adalah sangat kritikal dan penting. Kita jangan sesekali menaruh niat dan hasrat untuk membenarkan emosi menguasai pemikiran kita. Selayaknya mahasiswa perlu lebih rasional dan berfikiran terbuka serta mempunyi jati diri yang kuat dalam menyelesaikan segala permasalah. Gunalah konsep diplomasi dan bukannya demonstrasi. Pemikiran kita perlu diasuh dengan nilai keinsanan yang bersifat glokal, berani dan kompetitif; bijaksana tetapi tidak kurang ajar; patriotik dan menyayangi Negara, kalangan yang 'sedar di mana bumi dipijak, di situ langit mesti dijunjung'.bagi mengakhiri ucapan ini, saya selitkan satu peringatan kepada kita semua.

sewaktu kau lahir, kau menangis & orang disekelilingmu senyum,
jalanilah hidupmu sehingga pada sewaktu kau meninggal,
kau tersnyum dan org dseklilingmu menangis...

Alahai Orang Perak

1. Malam tadi lepas saja pulang dari program masak-masak untuk seminggu bersama JKPP, aku buka lah blog-blog panas. Rata-rata tulis berkenaan dengan negeri Perak. Tulis pasai apa? tak lain dan tak bukan, semuanya pasai wakil rakyat lompat katak. Kekadang kalau dipikir-pikir macam tak siuman lah wakil rakyat gini. Lompat sana lompat sini. Tak reti dok diam-diam ke?..


2. Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Entah la, niat di hati tak aku terlibat dengan penulisan politik-politik ni. Nanti tak pasai-pasai kana masuk ISA. Cuma atas rasa perihatin terhadap orang-orang perak yang terpaksa melalui episod malang kerana negeri mereka dah seperti bola kena sepak. Maklumlah, aku ada ramai kawan dari perak. Aku asal kedah. Rasa sayang negeri tu tetap ada walaupun pasukan bola sepak kedah sekarang dah jatuh merudum! tapi di hati tetap sokong.


3. Masuk semula tentang negeri kegawatan keadaan negeri perak semula, semua artikel-artikel kat blog dah sangat teruja kerana dikhabarkan oleh speker Negeri perak, 2 ADUN PKR dah letak jawatan sebagai wakil rakyat. Jadi disebabkan hal tersebut maka akan berlakulah pilihan raya lagi di Malaysia ini. Kalau dahulunya di Penang, pastu turun ke Terengganu dan sekarang nak pi ke Perak pulak dah. Yang jadi mangsanya dalah rakyat perak.


4. Tak kesian ke parti-parti politik yang terlibat menganiaya orang perak? terpaksa bersusah payah keluar mengundi. Kalau pengundi yang sakit-sakit tu kena gak paksa diri pergi keluar mengundi. Tak kesian ke kat pakcik makcik orang kampung yang hidup susah kena ponteng keja semata-mata untuk pilih wakil rakyat yang suka melompat. Padahal makcik pakcik tu bukan lah orang kaya seperti ahli-ahli politik dan kroni mereka. Tak sayang duit ke parti -parti BN dan PR menghabiskan uwang yang banyak untuk kempen-kempen pilihan raya walhal uwang tersebut leh derma ke, bantu orang susah ke, ...


5. Kadang-kadang kalau kita dok terikut sangat dengan permainan politik duniawi ni, sampai bila-bila pun tak ada jalan penyudahnya. jadi sama-samalah kita renung-renungkan. Adakah malaysia sedang menuju negara maju? atau adakah rakyat malaysia sedang di permainkan untunk kepentingan individu? Semoga malaysia berada di bawah rahmatMU Ya Allah. Ampun kan lah kesalahan pemimpim-pemimpim kami dan berikan mereka pertujuk jalanMU yang lurus.


p/s; bukan anti pilihan raya. tapi biarlah yang rasional seperti kes di Kuala Terengganu.

Sunday, February 1, 2009

Blog Hina Islam

http://syurga-islam.blogspot.com/

Mohon ramai-ramai kita sama-sama Flag kan blog tersebut.

Wajah Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu














inilah wajah masjid kristal kebanggaan negeri terengganu
lagi indah pemandangan pada waktu malam.

Bahasa Melayu ke English

Sekadar pandangan peribadi.

1.PPSMI-singkatan kepada pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Semua rakyat malaysia tahu hal ini angkara Dr. mahathir. Dr Mahathir memang pemimpin Malaysia yang paling baik setakat ini. Pemikiran beliau sangat terkehadapan dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkan niat murni beliau ingin majukan bangsa melayu ke suatu tahap yang tertinggi adalah dengan penguasaan bahasa inggeris. Namun adakah langkah dan cara yang ingin dilaksanakan ini adalah yang terbaik pada ketika ini?. Kenapa harus wujud demonstrasi jalanan? angkuh sangatkah kepimpinan kerajaan Malaysia hingga tidak mendengar sebarang pandangan umum?

2.Sebagai seorang mahasiswa, aku cuba berfikir serta mengkaji sedikit sebanyak tentang kebaikkan dan keburukkan PPSMI. Hasilnya? Tak berhasil. Pelbagai pandangan disingkap (golongan masyarakat yang pakar/elit dan golongan yang masyarakat yang biasa) pada setiap satunya ada yang menggambarkan kebaikkan dan juga keburukkan.

3.Namun yang pasti kita sudah punya pemimpin. Merekalah yang layak membuat keputusan. Jika pemimpin itu cerdik dan pandai mereka tidak akan membuat keputusan yang membawa masyarakat malayu dan Bangsa Malaysia kebelakang. Semoga Allah memberi pertunjuk kepada kepimpinan negara kita.

4.Kepada golongan yang ingin membuat demonstrasi, perlukah mereka berdemonstrasi? Adakah setelah selesai berdemonstrasi hajat yang diidamkan dapat direalisasikan? atau kita mereka sekadar menggangu sistem pejalanan kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Gunalah cara diplomasi. Negara kita pun nampak aman dan tenteram.

Erdogan Hero

Layak lah untuk kita menggelar Erdogan sebagai hero umat Islam pada ketika ini. Keberanian dan kejantanan beliau menegakkan kebenaran tanpa perlu tunduk lemah pada kezaliman yahudi suatu yang membanggakan sekalian umat Islam. Memanglah nampak perbuatan PM turki itu merugikan diri dan negara nya sendiri dikala negara arab lain sedang melobi nasib untuk menjadi antara negara yang dapat diberi perhatian oleh president baru dunia, Barack Obama . Tapi bagi Erdogan, semua itu hanya gulu-gula dunia. Apa yang lebih penting adalah kepentingan hak untuk umat Islam perlu dibela. Allah akan menguji setiap hambanya dengan pelbagai cara, tapi barang siapa yang dapat melepasi ujian tersebut disamping membantu agama Islam pasti hikmah yang lebih besar menanti hamba tersebut. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan apa yang diberikan ke atas hambanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online