PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, September 22, 2012

tulisan dikala hujan jam 3 pagi

tup tap tup tap tup tap...
bunyi detikan air hujan menimpa bumbung di sebalik tingkap bilik penulisan,
suasana amat tenang dan dingin sekali,
bertemankan kipas lantai belian semasa bujang sekali-sekali terasa angin sejuk menusuk ke kuku kaki..

dikala ini menjadi peneman kepada sofea dan ibu nya yang sedang beradu enak di sebalik kepungan kelambu oren kerana gangguan nyamuk acap kali mengganggu tidur yang nyenyak mereka berdua.

aku pula tidak dapat memejamkan mata lagi setakat ini,
entah mengapa,
ku berfikir tentang dua,

bukan kawin dua daa.
alkisahnya tempat tinggal dan kerjaya.
rumah,
sekarang ni kalau gaji lepas sikit, maka jgn berharap nak beli rumah
rumah sekarang ni kalau kat area bandar paling murah 300K
satu nama?..hampeh..
aduh dah berkali-kali try,
tapi hasil tetap sama,
hanya bersangka baik kononnya masih bulum rezeki agaknya kot,

mahu terusan di AMWAY atau mencari angin baharu...
ish!...susah betol.
tapi setakat ni, tak ada la pula yang membebankan sehingga menusuk ke lubuk hati
cuma bebanan kerja makin bertambah dan perlukan lebihan masa untuk disiapkan,
tapi bolehkan sofea dan ibu paham?..hanya berharap...

apalah yang terbaik agaknya untuk masa depan ini..
bagaimana dengan sofea untuk 10 tahun akan datang agaknya?..
harus difikirkan dari sekarang, kerana lambat buat keputusan maka kesukaran akan menerjah.

jadi aku harus menjadi lebih pantas dengan keputusan.

tanggal 12 sept lepas genaplah ulang tahun ke dua buat kami
ditemani cahaya mata penyeri rumah tangga
yang disayangai sofea marissa. telah melangkau umur 16 bln
sudah punya gigi hampir penuh dengan makanan kegemaran,
apa yang ayah ibu sebat, adik mesti mau rasa sekali...
dah bejinak untuk menunjuk perasaan bilamana hasrat tak dipenuhi,

serba sedikit buat tatapan sofea bila sudah dewasa kelak,
itu pon jika ayah masih ada disisi menemani sofea dan ibu.

ibu dengan kerjaya barunya
suasana kerja barunya
cuma yang tak baru-baru adalah mendapat boss perangai hampir serupa..
nak buat macam mana, lari dari mulut harimau jumpa pula mulut buaya..
udah nasib badan...terima je lah syg...

nasihat>
mengalah tak semestinya kita kalah.
kalau menang pon tak semestinya kita puas.
itulah lah fitrah kehidupan..
belajar menerima seadanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online