PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Tuesday, October 8, 2013

sarat november 2011:ayah rindu sofea yg dulu-dulu



tahun 2013 makin menghampiri ke usia terakhirnya
bulan november ini pasti akan memberi satu lagi kecerian
dalam kehidupan kami bertiga..

ketika menghampiri detik mendebarkan itu
masih belum diketahui siapakah gerangan yang akan Allah kurniakan
sedang juga tercari-cari nama yang sesuai untuk si comel itu nanti..





















mental harus kuat dan kembali di set up
berjaga di tengah khusuk melayan mimpi
malah bukan sekali tapi mungkin berkali-kali.

si puan isteri telah berkorban selama 9 bulan yang lepas
sudah cukup memeritkan nya
kini tiba giliran si encik suami pula.

dan yang paling terpinga-pinga si 'kakak' sofea
dulu-dulu kala hanya dirinya menjadi perhatian
tapi akan datang sudah harus dikongsi
namun hakikatnya sofea tidak akan kesorangan lagi
akan punya teman sepermainan
tak dak lah boring sangat kalau ayah@ ibu kerja kerja pada hari sabtu.

memohon doa Allah permudahkan untuk si puan isteri
dan semoga kedua2nya selamat.
Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online