PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, September 30, 2009

KATA-KATANYA BENAR

dairy kenangan HAFIZ_AH

Apa yang betulnyaa??
dah buat kat orang pasti kena kat diri sendiri semula...
dan sememangnya perkara itu telah terjadi

MUSIBAH AKAN BERLAKU TANPA BELAS KASIHAN...namun kalau di dahului dengan kesabaran pasti ketengan akan diperolehi..
walaupon sakit dan perit yang di alami, namun semua itu hanya seketika..Allah takkan menghukum kita jika kita tidak mampu melaluinya..

sekarang dunia lebih cerah, hidup lebih tenang..aturan perjalanan nampak lancar tanpa perlu menjaga hati sesiapa...pemikiran paling utama adalah fokus pada matlamat...

percintaan adalah suatu hubungan yang pada bila2 masa boleh memutuskan silaturrahim persahabatan...

Friday, September 25, 2009

GEMS YANG BERSINAR TINGGAL KENANGAN














Friday, September 11, 2009

RAMADHAN DI KEMUNCAK

akhirnya sempat jua aku menamatkan 20 hari terawal ramadhan...
sekarang telah tiba masanya ramadhan kemuncak...banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh yang berusaha ke arah itu...

dalam sibuk2 menjalankan ibadah ni, kalau jalan2 di kawasan membeli-belah berduyun-duyun manusia di sana menjalankan rutin tahunan untuk persiapan hari raya...meriah betul kedengaran lagu2 raya..

nak check sikit, kuih raya dah buat ke belum?...haa...kalau tak beli kuih tunjuk lah jawabnya...
akan tetapi raya kali nih tampak kurang berseri....tak mengapalah...makin membesar makin jadi tak seronok ketika beraya..

balik semula cerita ramadhan, kalau dahulu waktu umur 12, 13,...ramai budak2 kat depan rumah aku lepak selepas semayang tarawikh..main mercun, bakar sampah lah..main2 moto...macam2 lah...dah macam hari raya buat rumah terbuka gitu...

tapi sekarang suasana amat berbeza sekali..sunyi..mungkin semua budak2 tu dah besar, sibuk dengan hal masing2... dah tak meriah sangat...

apa2 pon hidup perlu di teruskan jua...semoga malam lailatul qadar milik kita...jom !!

Thursday, September 10, 2009

KISAH TEMAN HIDUP 2 "ALAM"

Ape kebenda tuh?...bunyi macam pelik jer...tapi itulah hakikat kehidupan yang bergelar manusia..

manusia bukan sahaja mengejar hidup dunia malahan hidup selepas itu...

jadi bagi pasangan yang meriah bercinta jomlah kita check pasangan kita muda-mudahan dunia bahagia akhirat pon begitu jua...

macam mana tuh??...!!
yela...ditakdirkan kalau si suami pergi dahulu maka si isteri setiap ketika mendoakan kesejahteraan si arwah suaminya...begitu jua sebaliknyaa...

kenapa jadi begitu??...mana tidaknya..manusia tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan..jadi manusia memerlukan seseorang/waris untuk mendoakan kesejahteraannya selepas tiada lagi di dunia...

untuk itu, jom kita menuju ke arah itu ek!!...

Tuesday, September 8, 2009

ONLINE NASHMIR

huhu..tak larat nak g cc..abeh wang ku...
so, kena bijak menggunakan peluang yang terhidang di depan mata...

NASHMIR kan ada...so g je lah kat sana...memang ramai orang...nak kan maklumat punya pasal...terpaksalah berdikari lebih sikit..

Sunday, September 6, 2009

PILIHANRAYA LAGI......

masyaallah...UMNO bakal di uji lagi...haha...
tu dia balasan hasil rampasan Perak...setakat ini apa hasil media menggembar-gemburkan setiap kali PRK...memang menyampah tahap cipan...last2 apa sudah jadi...asyik kalah2 kalah2...

adakah UMNO tak relevan lagi?... hum!!..marilah kita sama2 yang membuat analisa...

MEMANG BETULLAH CINTI ITU BUTA???..

merungkai satu kisah "ciNTa"
hasil pengamatan dan pengalaman yang tidak ternilai...
...
mula2 mereka rapat berkasih..kemudian di uji dengan faktor jarak..
mula2 ok...tidak berapa lama kemudian diturunkan satu ujian ...berlakulah sedikit konflik..tak besaq mana pon.. tup! tup!..tiba2 ada orang ketiga keempat lalu melintas di depan kemudian menyapa...

terus melekat sedikit demi sedikit..dengan kasih pertama mulai ranggang...dan selang beberapa ketika hubungan pertama mulai pudar...kononya dah tak dak hati, dah tak bermimpi wajahmu, tak dak rasa dah dan macam2 lagilah alasan tak munasabah dan tak relevan..

ok...accept all the reason..but at the end kontoi...dah ada teman hidup baru..betul ke tak betul?...sesapa yang pernah ada rasa fikir2kan lah...cinta itu buta atau orang bercinta menbuatkan cinta itu buta.. ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online