PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

-IR NIZAR

Monday, March 2, 2015

layari internet di LCD TV using laptop..

dah 5 tahun aku guna P1..

sebab aku ni memang setia..hukhukhuk..

sekarang dah dua bulan aku subcribe unifi..

sama juga hal nya dengan DiGi..
dah 5 tahun aku guna..

tapi sekarang aku dah beralih kepada Umobile..

so lepas 5 tahun rasanya kita harus tukar..
agar kita dapat something new..

kerjaya di Amway pon hujung tahun nie cukup 5 tahun
alhamdulillah..good experiance/a lot of benefits/ nice friends/boss yg boleh tolak ansur..

harap2 selepas nie akan dapat bernaung dengan company lain yg more challanging..

begitulah halnya dengan kepimpinan politik..
tak boleh bagi lama2..kang dia selesa sgt sampai terlupa tanggung jawab..

semua cerita di bawah hanya berkain dengan unifi..

dah 2 bulan, aku dan isteri dok cari2 macam mana nak layari internet di tv tanpa perlu membeli smart TV..
sbb kitaorg ada plan nak beli smart TV..so senang anak2 nak nonton siri upin ipin di tv..

dah tak larat nak beli CD pasar malam sebab bila dah calar dah tak dapat tgk..

tapi memandangkan kos yg agak tinggi..maka terpaksalah cari alternatif lain..
baca punya baca, tanya kawan2, so, dapat lah jawapan..

cuma sambung TV dangan laptop mengguna HDMI cabel..rupanya mudah giler..
tak sampai 1 minit pon..dah boleh connect laptop to TV...

so, apa yg kita buka kat laptop, semua appear kat TV..mudah2..tambah2 ada wifi yg laju seperti unifi..
memang layan habisss...

HDMI cabel tak mahal pon..dekat giant +/-RM20 ja..

see, berapa banyak boleh jimat..tak perlu ribu2 untuk layari internet di TV..
**cara nie syaratnya kena lah ada laptop..kalau tak ada laptop g lah pinjam..hehe








Sofea Marissa & baju barunya panas dari GM Klang

pejam celik pejam celik
sofea marissa dah hampir 4 tahun this year..

tapi kesian anakku yg sorang nie..
sofea cepat btol tinggi...
semua seluar2 die dah singkat.
baju2 pon dah nampak kecik semua..
last shopping pon raya tahun lepas..

makin hari makin tak comel plak..
ayah punya spend bulan2 memang tak ada allocate untuk membeli pakai..
tapi siang semalam,
dah tak tahan...sedih tengok anakku yang sorang ni,
nekad, p ja beli baju kat sofea..

alhamdullilah..
setengah hari round2 kat GM Klang..akhirnya dapat 6 pasang tok sofea..

untuk adik@sabrina mardhiyah,
ayah ingat bulan depan lah..

kat GM Klang memang banyak pilihan
jadi kena bijak mencari kedai yg boleh bagi diskaun yg maksimum
















Lirik Lagu Dahsyat-MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh ohh
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohh ohh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh

Ohh
Cintaku hanya kepada kamu
Sungguh dahsyatnya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Sungguh dahsyatnya cinta kita berdua
Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Kamu kamu

Tuesday, September 9, 2014

teringat si dia....

Dah 3 4 bulan aku merasai kehilangan nya.
Wlpn tak lah mempunyai nilai yang tinggi
Aku tetap berduka cita..
Telah berapa byk engkau membantu ku!
Susah dan payah engkau bersamaku
Namun kini engkau jauhhh...

Di mana kah kau berada...?
Untuk pertama kalinya aku memilikinya
Hati berbunga kerana kesusahan itu akan lenyap.
Dan ternyata tepat telahanku.

Namun kini kau bukan milikku.
Terima kasih ya tuhan kerana
Meminjamkannya untuk sementara waktu.

Semoga engkau berbahagia bersama dengan pemilik baharu..
Kini pasanganmu bersendirian..



Kisah sepasang baju hujan!

Tuesday, April 8, 2014

hari nie besday istri ku....

Hye syg..
Abg nie tak dak lah wang yg byk nak beli hadiah mahal2 kat syg.
Abg nie pon tak dak lah romantik mana nak celebrate besday syg mcm org2 lain.
Abg nie pon tak berapa pandai nak wish syg dgn cara plg ikhlas dan menggembirakan tatkala menjelang besday syg.

Cuma abg ada doa untuk isteri terchinta abg nie..

Semoga syg terus gembira membina hidup bersama abg disamping anak2 kita yang tersayang...

Hapy besday sobahmarlinda.
Semoga ojg umo
Murah rezki
Sihat walafiat hendaknya..
Jgn lupa tingkatkan iman dan amal syg kpd Allah S.W.T.

Kami syg ibu.


Tuesday, December 10, 2013

Sabrina sendirian di hospital

Sudah masuk hari keempat sabrina mardhiyah tidak bersama ibu ketika tidur malam.
Kesian kat sabrina,
Kakak sofea pon tertanya-tanya kemana adiknya menghilang.

Sebenarnya, sabrina sedang mengalami masalah kesusahan untuk bernafas dengan baik.
Ada hingus, susah nak telan susu...
Jadi sekarang sabrina terpaksa di rehatkan di wad,
Hanya ibu dan ayah saja yg dibenarkan melawat sabrina.

Bila ayah dan ibu melawat sabrina,
Kakak sofea pula kena tinggal sorang- sorang dekat rumah maktok.
Mesti kakak sofea tertanya-tanya, ke mana lah ibu & ayah dan sabrina p nie..
Awat depa selalu tinggal sofea sendirian?!..
Mesti kakak sofea juga sedih..

Ya Allah, permudahkanlah untuk kedua- dua anak ku mengahadapai ujian mu ini.
Esok aku akan meninggal mereka kerana terpaksa pulang untuk meneruskan kerja dan akan pergi lebih jauh sehingga hari ahad.

Ayah tidak dapat teman ibu, dan ayah harap ibu tabah dan kuat.

Thursday, December 5, 2013

kisah sabrina mardhiyah

syukur alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segalanya.
sofea marissa dah punya adik.
sabrina mardhiyah akan menjadi teman baru sofea masissa.






















kelahiran
hospital umra shah alam menjadi saksi kelahiran sabrina mardhiyah.
tepat jam 11.07 minit malam terdengar jeritan teriakan sabrina dari bilik pembedahan.
dikhabarkan berat sabrina 3.64 kg
asbab itulah
kesabaran ibu selama 4 hari menahan sakit  mencuba melahirkan sabrina secara normal
tetapi tidak berjaya
ayah dan ibu merancang nak beralamatkan kelahiran sabrina di hospital selayang juga tidak menjadi kenyataan.

Allah telah merancang yg lebih baik untuk sabrina mardhiyah

pesan tok siti aminah pada ayah semasa ayah sedang tertekan menantikan kelahiran sabrina,
sabarlah hafiz, Allah tahu apa yg Dia buat.
boleh jadi sebelum beranak, diuji dgn kepayahan dan kesulitan yang pelbagai.
mana tau lepas besalin nanti semua urusan tentang sabrina dipermudahkan..,
dalam hati ayah pon berdoa sedemikian.

bernama
ayah dan maktok setia menunggu ibu dari luar bilik pembedahan.
sambil menunggu maktok sabrina pon berceritalah macam mana dia letak nama anak-anak perempuannya dengan panggilan SOBAH..panjang lah ceritanya..bla..bla..bla...
dari situlah ayah mengilhamkan nama sabrina yang dipersetujui oleh ibu.
sabrina = kesabaran
mardhiyah = mendapat keredhaan Allah
so, nama ibu, nama kakak dan nama adik semua seakan-akan sama..
ayah ja belum ada geng lagi..

















untuk kelahiran seterusnya,
terpaksa lah dijarakkan mungkin 2 tahun setengah atau 3 tahun.
kasihan pada ibu, nak kena berdepan dengan pembedahan lagi,
dan harap-harap yang ketiga nanti dipermudahkan
kalau Allah izikan, biar dapat kembar.
tak perlulah ibu nak kena belah perut banyak2 kali.

sofea-orang penang
sabrina-orang selangor
@@@-orang kelah la pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online