PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Tuesday, October 21, 2008

hari raya penuh makna II

Salam pertemuan. Setelah sekian lamanya daku menyepi diri, hari ini daku kembali berbekalkan semangat untuk terus menjadi seorang hamba yang taat, seoarang anak yang soleh, seorang kawan yang penyayang serta seorang pelajar yang berdedikasi. Walaubagaimana pon, tarikh keramat pada 15 oktober (tragedi oktober) yang lalu, insan yang daku sangat kagumi dan sayangi telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Hatiku tidak dapat berkata apa-apa selain daripada menyatakan perasaan yang sangat-sangat sedih mengenangkan perginya insan yang bergelar ayah.

Jika tahun lalu saat-saat ini (tragedi oktober), diriku diangkat sebagai pemimpin pelajar, tetapi tahun ini (tragedi oktober), turunnya status YDP diiringi pula pemergian ayahku yang disayangi kerana Allah lebih menyayanginya. Sangat-sangat menyayat hati. Betulah, yang datang akan pergi, yang pergi tak kembali lagi. Yang ada perlu diteruskan. "Jangan paling kebelakang untuk jatuh tetapi palinglah ke belakang untuk memberi semangat dan pengajaran bagi menempuh masa hadapan" itulah pesanan yang ikhlas dari insan yang tersayang yang bernama ayah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online