PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, November 3, 2012

apabila benar itu salah

hari-hari rutin harian sama sahaja

awal pagi bangun
lewat petang pulang kerja

awal malam mengisi perut
lewat malam mata sudah kuyu

pengisan bersama si kecil hanya seketika
adakah zaman anak2 memang begitu?.
kasihan akan mereka,

membesar bersama bukan dalam didikan nurani ibu bapa
kesan nya bagaimana?

nantikan jawapannya apabila sudah dewasa kelak...

kerana,
situasi kehidupan punca segalanya berlaku.
yang kaya terus mahu kaya,
berlapang terus-terusan mencipta suasana kerja agar wang menjadi bukit!

yang miskin pon berusaha untuk jadi kaya,
terus-terusan menghamba diri kepada pencipta kerja.
dengan berbekal harapan
'perubahan hari ini untuk masa depan'

walhal...

kesalahan yang benar itu adalah kerana terlalu mengejar duniawi semata-mata

>nasihat
marilah kita cari masa untuk kenal siapa sebenarnya kita
dan jadilah kita org-org yang terpilih untuk dekat bersamaNya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online