PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, November 3, 2012

apabila benar itu salah

hari-hari rutin harian sama sahaja

awal pagi bangun
lewat petang pulang kerja

awal malam mengisi perut
lewat malam mata sudah kuyu

pengisan bersama si kecil hanya seketika
adakah zaman anak2 memang begitu?.
kasihan akan mereka,

membesar bersama bukan dalam didikan nurani ibu bapa
kesan nya bagaimana?

nantikan jawapannya apabila sudah dewasa kelak...

kerana,
situasi kehidupan punca segalanya berlaku.
yang kaya terus mahu kaya,
berlapang terus-terusan mencipta suasana kerja agar wang menjadi bukit!

yang miskin pon berusaha untuk jadi kaya,
terus-terusan menghamba diri kepada pencipta kerja.
dengan berbekal harapan
'perubahan hari ini untuk masa depan'

walhal...

kesalahan yang benar itu adalah kerana terlalu mengejar duniawi semata-mata

>nasihat
marilah kita cari masa untuk kenal siapa sebenarnya kita
dan jadilah kita org-org yang terpilih untuk dekat bersamaNya.


Saturday, September 22, 2012

tulisan dikala hujan jam 3 pagi

tup tap tup tap tup tap...
bunyi detikan air hujan menimpa bumbung di sebalik tingkap bilik penulisan,
suasana amat tenang dan dingin sekali,
bertemankan kipas lantai belian semasa bujang sekali-sekali terasa angin sejuk menusuk ke kuku kaki..

dikala ini menjadi peneman kepada sofea dan ibu nya yang sedang beradu enak di sebalik kepungan kelambu oren kerana gangguan nyamuk acap kali mengganggu tidur yang nyenyak mereka berdua.

aku pula tidak dapat memejamkan mata lagi setakat ini,
entah mengapa,
ku berfikir tentang dua,

bukan kawin dua daa.
alkisahnya tempat tinggal dan kerjaya.
rumah,
sekarang ni kalau gaji lepas sikit, maka jgn berharap nak beli rumah
rumah sekarang ni kalau kat area bandar paling murah 300K
satu nama?..hampeh..
aduh dah berkali-kali try,
tapi hasil tetap sama,
hanya bersangka baik kononnya masih bulum rezeki agaknya kot,

mahu terusan di AMWAY atau mencari angin baharu...
ish!...susah betol.
tapi setakat ni, tak ada la pula yang membebankan sehingga menusuk ke lubuk hati
cuma bebanan kerja makin bertambah dan perlukan lebihan masa untuk disiapkan,
tapi bolehkan sofea dan ibu paham?..hanya berharap...

apalah yang terbaik agaknya untuk masa depan ini..
bagaimana dengan sofea untuk 10 tahun akan datang agaknya?..
harus difikirkan dari sekarang, kerana lambat buat keputusan maka kesukaran akan menerjah.

jadi aku harus menjadi lebih pantas dengan keputusan.

tanggal 12 sept lepas genaplah ulang tahun ke dua buat kami
ditemani cahaya mata penyeri rumah tangga
yang disayangai sofea marissa. telah melangkau umur 16 bln
sudah punya gigi hampir penuh dengan makanan kegemaran,
apa yang ayah ibu sebat, adik mesti mau rasa sekali...
dah bejinak untuk menunjuk perasaan bilamana hasrat tak dipenuhi,

serba sedikit buat tatapan sofea bila sudah dewasa kelak,
itu pon jika ayah masih ada disisi menemani sofea dan ibu.

ibu dengan kerjaya barunya
suasana kerja barunya
cuma yang tak baru-baru adalah mendapat boss perangai hampir serupa..
nak buat macam mana, lari dari mulut harimau jumpa pula mulut buaya..
udah nasib badan...terima je lah syg...

nasihat>
mengalah tak semestinya kita kalah.
kalau menang pon tak semestinya kita puas.
itulah lah fitrah kehidupan..
belajar menerima seadanya.


Wednesday, June 6, 2012

dunia semakin sibuk...& apabila

hari ni peluang untuk menulis tetiba wujud semula..setelah sekian lama sekadar meratap di depan laptop melawat link org lain, terdetik di hati untuk mencoret kata2 terpendam dalam hati sekian lama.

memang agak mustahil boleh menukil kesemuanya, tapi sekadar cetusan minda & yang terkesan di hati.

ada yang beragama ada yang berpolitik
ada yang berhibur ada yang suka bermuka buku
ada yang berkahwin ada yang bertunang
ada yang berhimpun ada yang berniaga
ada yang merasai sakit ada yang suka tidor
ada yang asyik sentap ada yang rendah diri tak bertempat
ada yang over gila ada yang perasaan nak mampus
ada yang tersimpan dihati ada yang suka menunjuk

masing2 suka & dan punya keinginan
masing2 sibuk & menyibuk dengan hal org
masing2 tunjuk baik & asyik nak ajak org jadi baik

biarpon apa yang berlaku setiap detik ada agenda

dek kepantasan gerakkan teknologi
manusia sering tertinggal
manusia selalu berasa malas

tapi bagi org punya kecerdikkan memikirkan hal yang terkehadapan
apa yang perlu difikirkan
apa yang perlu dilakukan
apa yang perlu dijahui
sepatutnya sudah punya jawapan

Sunday, February 19, 2012

debat LGE vs CSL..perpaduan sekadar laungan semata-mata

telah berlangsung satu lagi detik bersejarah di mana org kuat cina dalam bn (csl) berdebat dengan org kuat cina dalam pr (lge). yang sebelum ini telah mempertemukan jaguh anak muda pr dan bn berdebat terlebih dahulu. namun debat di antara dua org anak melayu hebat yang berbeza ideologi politik itu nampak lebih segar dan meyakinkan serta dilihat ikhlas pada pemikiran serta kemahuan implimentasi pada perkara2 kebaikkan pada rakyat menyeluruh.


namun lain pulak yang berlaku dalam debat petang tadi. pada permulaannya menampakkan seakan wujud satu fenomena baru dalam bidang politik. namun boleh disimpulkan kebanyakkan isi2 perdebadatan itu sekadar mencerminkan org kuat cina yang mana lebih rasis dan anti islam/melayu.

membicarakan perihal menolak islam dan parti cina mana yang punyai lebih peluang mengongkong org melayu, sgt jelas menjelekkan. tebayang-bayang kalimah "perpaduan" ciptaan pemerintah yg telah berkuasa selama 50 tahun lebih hanyalah sekadar cakap-cakap hipokrasi dalam permainan politik setelah mereka yang di atas merosakkan agenda perpaduan antara kaum yang telah lama terjalin cantik pda golongan marhein di bawah.

apa2 pon kesimpulannya, cakap org bergelar YB ni tak boleh pakai semua. mereka hanya mau undi kita sahaja. so, kita ni geng kat bawah pilihlah mana2 pemerintah yang boleh bagi lebih ruang kepada permintaan kita serta melaksanakan tuntutan itu. dan pilihlah pemimpin yang boleh mengurangkan kerja negatif(jahat/haram/buruk) kerana apa?, kerana mereka bukanlah maksum dan hebat untuk sentiasa berbuat yang betul dan benar shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online