PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

-IR NIZAR

Tuesday, September 4, 2018

aku jatuh hati sekali lagi tapi...

internet sederhana laju di bandar memori
kuala terengganu

kembali menyorot kenangan2 lama
arghhh!..aku rindu...

ingatan kembali pada titik aku melintasi lambang segitiga
orang kata tempat jatuh lagi dikenang
tapi di situ bukanlah sebarang tempat
sesuatu yang tersangat istimewa
kerna penuh suka duka, tawa dan tangis, kejayaan dan kejatuhan

dah itu kesah lama..
maka biarkan ia dalam foto2 album di hati

kali ni perjalanan bersama orang ketiga
suatu yg tidak dirangcang
terjejak di bumi bertuah
sungguh banyak berubah kerna 10 tahun sudah
kota nya nampak berdaya dan indah

mata melingkari panaroma semulajadi
ia cantik tapi lama
nampak menarik tapi sayang
dibiarkan usang

terjejak kaki di sekayu
menapak sehingga ke kenyir
nyaman terasa bila pertama kali di sana
tak disangka air kehijauan menggamit mata untuk
kembali andai berpeluang

tragedi hitam di sekayu takkan dilupa
namun riaksi lebih waras
aku redha kamu dilarikan pergi
moga bermanfaat buat tuan baru mu..

oh terengganu
aku masih punya saudara disana untuk di lawati
tapi tiada berkesempatan untuk kali ini
kampung bukit putera tetap dihati
suatu hari pasti ku jejaki

selamat tinggal kali ini
undur diri menyusuri gelapnya lpt
laju2 kenderaan mereka sesekali naik gila
akhirnya tiba dibumi bertuah
pkol 12 terus ke rumah
merehatkab mata yg telah rabak
jumpa lagi







0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online