PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, April 24, 2010

SLOT ISTIMEWA: 1 Malaysia is equal to Hindustan movie

this story depend to the reader to make the conclusion..

weather u agree or not,
just keep it in your mind...

have you ever watched the Bollywood movie...
is just a past year movie...
long time ago...

a one person try to protect himself/family/pride..
versus with the corrupt policeman, politician, hakim, lawyer, and even the government its self..

so hard and cruel...
a good, right and true fact all wrong..

but the bad, lie, terrible, mad fact all can be acceptable..
common...

but at the end,
the winner is the true one whose got the support of all of the people...

comeback to 1 Malaysia...

now,
the situation just happened near us..
become close and more...

we can watch and think with our head, feel a common sense..
youtube show the real one..
blog full with the latest and updated news..
we can make a comparison between wrong or right...

so, why does the people close their eyes, ears..
still give vote to BN..

left BARISAN
change with PAKATAN..

give them mandate to correct the wrong,
and if they just like BN,
we throw them into river..
choose another leader to take care of us...

just like that..

people have the power to speak out..
just express our dare.
then they will listen to us...

hahaha..


Friday, April 23, 2010

SLOT ISTIMEWA: buruknya perangai depa II !!!

APCO..APCO..APCO...

menatang apekebenda tuh???...

ooo...syrikat perunding.....
dari mana ek??..sebab namanya macam pelik sangat!

oooo..ISraeL...
yang dok membunuh org PALESTINE tu ka?...

ishk3x...
bayaq??..berapa banyak??..pakai duit sapa?...
haaa...dekat 80 JUTA!!!
duit sapa lagi, duit kita semua lah...

kenapa pulak pakai duit kita??..sapa yang pakai??
sapa lagi..KERAJAAN lah..depa mana ada duit sendiri...jadi pakai duit kita lah...

adoii..bukan KERAJAAN dok soh kempen boikot barang2 YAHUDI ka??..
haaa..rakyat saja yang kena boikot..
KERAJAAN takpa...

awat pulak jadi macam tu?...
tujuan baik takpa...

apa yang baik sangat tuh???...
ye lah, nak buat hubungan dengan AMAreka senang...
ooo...

erm...
pelik lah macam nie...
hairan pon ada...

teruk la kerajaan sekarang nie...
makin menjadi2 teruknya...

Berkat Malam Jumaat : pesanan JIBRIL A.S

pesanan malaikat jibril a.s kepada nabi muhammad s.a.w.


hiduplah kamu sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.

berbuatlah sesukamu
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.

cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki,
tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.

ketahuilah bahawa...

kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya

dan

kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia.

(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)

Wednesday, April 21, 2010

SLOT ISTIMEWA: buruknya perangai depa!!!

adanya pon janganlah berlebihan mengasak si dia.

bukannya semua insan tak punya sejarah hidup yang gelap..

benarlah,
barang siapa yang menutup aib orang lain, maka Allah akan menutup aib nya..

tak perlulah memandang kecacatan insan lain semata
untuk menampakkan kebaikan diri sendiri dan menutupi segala keaiban kumpulan kita..
melayu tetap melayu, ISLAM melangkaui lebih luas daripada itu...

india ker, cina ker, melayu ker...
itu sekadar sempadan pemisah seketika sahaja..
jika 3 golongan itu berpegang pada TALI ALLAH
maka bersaudaralah keseluruhannya..

jadi apa nak dihairankan,
PAKATAN RAKYAT pon jangan lah berlebihan sangat
mengancam kerajaan EGO penuh diqalbu itu..
mereka sudah 52 tahun berkuasa..
depa tau lah...

bila depa abis modal,
maka apa lagi peluru yang ada??
melainkan peribadi, kisah silam, dan agen/barua golongan tertentu..
itu sahaja...

sifirnya mudah...
masa nak melingkup,
melingkup sama-sama..
masa nak senang
senang sorang-sorang..

tauladan ka,
pengajaran ka,
ikhtibar ka,
itu sekadar slogan semata..

yang penting menang.
tau!
tapi gunalah jalan yang berhemah dah berhelah positif..




Monday, April 19, 2010

Bicara Minggu Baru : berbakat atau KULI??

menjadi pertanyaan yang terlampau...

temperory atau permenant?..

namun disebalik semua itu,
kisah di tempat kerja yang rancak dengan tugasan yang berat..
semua nya fokus untuk meeting this coming thursday...

dalam halaman seterusnya,
boleh kata khudrat aku dipergunakan sepenuhnya...
mentang-mentang lah kontrak aku nie masih berbaki satu bulan...
tapi bila difikirkan semula,
punya harapan untuk diserap kejawatan permenent.
peluang cerah.

jadi tukang lah,
jadi "engineer" sementara lah,
tukang bagi nasihatlah,
huh!!!

selak sebelah lagi,
masa depan di NESTLE memang indah dan bergemerlapan...
kalau dapat ku terus di situ sangatlah berharga pengalaman boleh dirembat..
dah menjadi idamanku mahu terlibat dalam area management dan kini aku di situ!!!
aku takkan melepaskan peluang ini...

muka surat terakhir,
ape-ape je lah,
yang penting gaji masyukkkk..
kahkahkahkah..

Sunday, April 18, 2010

Santai Hujung Minggu: sok sek sok sek!!.

12 jam di bangku mentelaah data yang ganjil itu untuk di masukan dalam sistem..

punyalah teruk...
nak kena buat correction yang berjela-jela..
berpinau mata ini di buatnya...

bukan itu sahaja,
sejak seminggu kebelakangan ini,
hal yang tak disangka berlaku..
kerja bertambah-tambah..
tak pinta pon, tapi paksa rela lah kena buat..

nak belajar cari rezki halal yang berkekalan...
dah tak berapa lagi dah...
hidup ini sementara...

kisah di hulu selangor..
tapi kenapa lah aku ak rasa excited sangat macam dulu-dulu lagi?!!.
layu semacam jer...
mungkin dah terasa muak kot!!..kahkahkahkah...

ada tv kat rumah tapi erea dah kena "curi" oleh malaun yang tak dikenali...
sekadar menonton perlawanan 'semut hitam dan putih' berpadu tenaga...
kzz..kzzz..kzzz..

itulah bunyinya...
redha jer lah dengan budak2 yang tak cukup akal tu...
kang bila di marah nak tunjuk gedebe dia jer...
suka hati mu lah..
ada aku kesahh...

Friday, April 16, 2010

Berkat Malam Jumaat : perlu hayati dan amal.

Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

“wahai tuhan ku,aku tak layakutk kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belaskasihan darimu .”ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”

Wednesday, April 14, 2010

Ada Apa Hari Ini :..kerahan keringat

semalam selasa

hari ini rabu..
semalam mc.
hari ini kerja..

ingatkan kerja hari ini relax2 lah..
tapi salah jangka..
penat doh...
keja terus menerus muncul depan mata lepas satu satu mari...

makan tengah hari 15 minit terus masuk office update data..
tup!!tup!!..hafiz,
saya ada tugas baru..Esok Adnan(factory manger) nak tgk...
may be dia nak u, bentangkan...
aduh mak ai..
dah kol 4 20 dah nie...
time nie lah baru nak bagi kerja...

pagi esok adalah meeting pertama ku setelah sebulan aku escape..
alasan batuk, tak sihat, dan ada banyak kerja lain..
harharhar...
haram!!!
padan muka aku...

semoga esok takdak lah soalan2 panas telinga...
malam nie aku akan usaha settlekan apa2 yang patut kat rumah...
ingat nak blk kol 9 ker 10 ker,
tapi office sunyi sangat..
seram gak dibuatnya..dah lah pejabat tu nun jauh di kayangan...
nak lari pon take time kalau jadi pape...

anyway, chayok!chayok!cyayok!..
hafiz asmadi bolehh!!

Tuesday, April 13, 2010

Apa Ada Hari Ini : fight with felda CEO rubber..

hari ini tanggal 13,

ada sesi interview dekat balai felda jalan gurney..
saringan peringkat kedua setelah berjaya "menggegar" pada peringkat pertama..

kali ini untuk jawatan operation exe.
sedap bunyinya..
belum tahu masa depannya..

kisah dalam bilik temuduga...
tetiba masuk salam diberi.
terus-menerus soalan ditanya tanpa diberi ruang untuk memperkenalkan diri..

serius2 soalan yang ditanya...
dengan jasad 4 org yang berlagak macam hebat...
sekali penemuduga tempelak aku sebab aku jawab tak berapa kena,
aku libas semula jawapan dia..
dah macam cerita apperintis donal trump!

sampai lah ketitisan saliva terakhir...
keadaan memang panas kerana asyik dok berdebat,...
mana taknya...
apa yang aku jawab apabila ditanya,
semua macam salah...
teruk punya otak...

tapi inilah sesi interview paling masyuk sekali..
calon2 yang tersenarai dalam final seramai 7 org...

berserah jer aku...
kalau dapat rezki di situ terpaksalah aku melangkah kaki meninggalkan seksyen24
dengan beratnya...
menuju ke suatu destinasi yang terpencil...
di kilang2 felda seluruh m'sia...

entah boleh update ke tak lagi blog nih...
semoga Allah memberi yang terbaik untuk ku...


Saturday, April 10, 2010

Santai Hujung Minggu: exam SPA..dan politik H.S

hari jumaat ingatkan nak amik cuti...

ada interview dekat felda rubber...

alih-alih dah tukar tarikh pula...
selasa 13 Apr 3 petang...

keesokkan harinya 10 hbln
di sekolah sains pokok sena
ada exam SPA...

untuk 4 jawatan...
PTD,
Pegawai penguatkuasa..
pegawai kastam,
dan pegawai belia & sukan...

letih bebaq nak p cari sekolah tu..
dah la dalam...
pastu terpaksa menjawab exam sampai kol 5 petang..
timing lari sebab masalah technical...

kisah politik hulu selangor...
apakah kesudahannya?...
PR atau BN?...
UMNO atau MIC?..
PAS atau PKR?..

tertandatanya...siapakah colan-colannya...
semoga taklah menjadi seperti katak dok melompat sana sini...
jadilah pemimpin yang baik, jujur dan amanah..
kepada para pengundi, smoga anda semua membuat pilihan terbaik...

aku pon masih belum mendaftar nama pemilih...
election 13 dah tak lama dah..aku pon teringin gak nak turun g mengundi...
hihihi...


Wednesday, April 7, 2010

SLOT ISTIMEWA: konsistensi..

wadah yang menarik..

di timbuni pengalaman dan ilmu yang serba mencabar..
mampu menarik pejuang-pejuang keadilan yang anti haprak yang bersepah untuk terus mendalami apa makna kejujuran dan keadilan..

makna pejuangan boleh ditafsir dengan perbagai anologi dan persepsi..
walhal dalam kamus-kamus tercatat dengan selengkapnya tapi rujukan yang lebih tepat adalah seperti slogan chegubard..
"perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata".

dulu aku pernah terlibat secara mendalam dalam wadah perjuangan di alam kampus..
tetapi tidak sehebat "Si anwar"..
namun cukup untuk menterjemah kepada dunia hipokrasi yang melampau-lampau yang diselit ditengah-tengahnya sudut keikhlasan..

"HOPE"...makna kepada Himpunan Orang PErjuangan..
frasa mudah difahami namun sukar di tafsir secara kritis dan open minded.
slogan kedua selepas REFORMASI yang dicanang ke dalam rongga telinga..
hasil kutipan kerja "gila" gerakan freemanson untuk tawan dunia bermula daripada segolongan kecil manusia yang bercita-cita menguasai dunia dan mencorak dalam acuan sendiri..
bukan punya sikit masa diambil untuk penyebaran "dakwah' ini..tapi berkurun lamanya sehingga kini...

tetapi gerakan mereka konsistan..
samalah macam gerakan orang melayu memartabatkan bangsanya...
sudah menjangkau lebih setengah abad..
tapi apa hasil nya?...
baik, sederhana atau buruk?...
penilai-penilai jangan bersekongkol dengan persepsi kolot kepercayaan mereka..
nilai dengan penuh keterbukaan..

alam perjuangan ku tidak ke mana...sekarang boleh dicita-citakan dengan angan semata..
kerana dalam peribahasa boleh di rumus sekadar dipinggiran..
redha dah terima..
tapi aku akan bangkit dengan laman biru ini untuk menjadi asas batu loncatan melonjak diri memiliki seperti mana diperolehi Hisyamudin rais..

perancangan di masa awal, walau pon apa jua cabaran, akan ku susuli dengan khabar-khabar gembira buat bekalan untuk diri menempuh secara bersendirian...
biar pon daku memiliki "tongkat" untuk disandar namun takkan ku hirau sangat...

kemaraan akan tetap terus berlaku...memperjuangan satu idealisme yang dinamakan amal makruh nahi mungkar.

sekadar itu sebagai pemulaan...


Saturday, April 3, 2010

baru di Layar jalanan : Slot sensasi layar jalanan..

bermula april 2010..

tanggal 8

layar jalanan akan mempersembahkan sesuatu yang baru!!!

buat tatapan palayar-pelayar jalanan laman biru...

lebih mantap, lebih berkesan dan padat dengan ilmiah..

Krew-krew layar jalanan akan memperkenalkan slot-slot terbaru



~ "Bicara minggu baru" : fokus isu awal minggu yang disiarkan hari isnin.
~ "Berkat Malam Jumaat" : info dan fakta agama/ilmu akademik pada setiap hari jumaat.
~ "Santai hujung minggu" : hujung minggu dengan pelbagai isu sampingan.
~ "Apa Ada Hari Ini" : berita tersensasi satu minggu di hari rabu.
~ "Slot Istimewa" : nukilan-nukilan import ke layar jalanan.



sokonglah kami dengan ulasan-ulasan serta kritikan membina untuk kebaikan umat sejagat.
hidup blogger!!!


Thursday, April 1, 2010

bicara 2010 : Pesanan roh kepada manusia.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.


Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

~sieraoscarbravo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online