PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, April 30, 2009

NIKAH DAN KAHWIN

cerita menarik....2 hari lagi anak mak angkat aku yang tinggal kat kg bukit putera, setiu akan melangsungkan perkahwinan..umurnya sama baya dengan aku...hahaha..tak boleh belah..aku nih masih membujang!...hei..agaknya bila lah jodoh nak sampai....

erm...kisah sorang ustazah pulak...aku selalu la berurusan dengan beliau semasa aku pegang jawatan dalam mpp dulu...tup2 aku terima kad....ada sebulan lagi nih...namun jodoh beliau pon dan tiba...tapi awal bulan 6 nanti...adoimak...macam jelous jer!! bukan jelous dia nak kahwin, tapi bila la pulak masa aku agaknya!!?

dah berteman, bukan lagi sorang2, so hapy lah sikit...
tapi takpe, kejar cita2 dulu...biar ilmu penuh di dada..nanti dah cukup bersedia baru pasang impian berumah tangga/lagi mudah pakai lif...

HOT@UMT: IMBASAN PERISTIWA 07/08

saat manis semangat berpasukan kepimpinan pelajar UMt sesi 2007/08

selesai sudah keputusan pilihan raya kampus tahun 2007/2008..
hafiz asmadi dan hakimi..

kecerian dalam kemenangan ..kepuasan dalam kepenatan..

insan2 berjaya seperti mereka..
berdiri dari kiri: abg rais (ydp 05/06), nurul syuhada(pesonaliti tv3), abg hakimi(ydp 06/07)
duduk dari kiri:saiful fitri(presiden jkpp 05/06), Tn.Hj. Rafee(penyelaras mpp), hafizasmadi(ydp 07/08)

Wednesday, April 29, 2009

RENTAP SEMANGAT!!!

hari ni dah bermakna seminggu sudah tempoh kesabaran aku dan rakan2ku menunggu bila lah akan keluar keputusan temuduga kpli...
sabar je... dalam kesabaran tu, macam2 lah perasangka2 negatif terpacul di benak minda...
macam mana lah agaknya orang2 kat pejabat kementerian pendidikan buat kerja??..
tak siap2 lagi ke menyemak keputusan ujian test??..
tak cukup kakitangan ker??...

huishhh!!! kekadang mendebarkan pon ada juga...
tapi bab2 {menunggu} nih memang merentap semangat yang berkobar2...

....katanya 29 april..ni dah 29..takkan nak tunggu malam2 kot..patutnya waktu office dah pon boleh check...menduka citakan betul...nasib baik fikiran ini masih waras..so, boleh la bersabar banyak!!!
semoga penantian yang penuh kesabaran ini akan berakhir dengan berita gumbira!!!....AMEEN!

Sunday, April 26, 2009

SAYANG BENCI SAYANG BENCI!!

ada jenis spesis yang pandai bercakap je...ada spesis yang tahu mengata perkara2 yang belum tahu kebenarannya...ada jenis spesis yang memang kalau hati dia tak puas, habis semua tindakan orang lain adalah salah baginya...

itu lah budak2 yang kononnya nak memperjuangkan isu pelajar...isu kebajikan...isu kampus....
sedangkan pelajaran entah ke mana...dah la tu, sahsiah diri sendiri teruk seteruk mulut yang mencaci orang lain tak tentu pasal...!!

hairan aku, kenapa aku tertulis artikel ni?? nah!!

kata aku di sini..UMt bukan medan politik terbaik..kerana habis semua anggota badan mahasiswa telah diikat dengan tali transparent...ditakutkan dengan undang2 'emas' seksyen 16 dalam auku...(betulkan kalau salah)...selebihnya, mahasiswa hanya boleh menikmati kenikmatan jika mendengar cakap 'ibubapa' di UMt...

pelikkan!!! memang..aku tidak menyokong mana2 pihak yang cuba menjahanamkan masa depan budak2 yang nak berjaya.....tapi kalau setakat terpaksa bersusah-payah untuk mencari ilmu untuk bekalan hidup masa depan @ pengalaman hidup dalam kesusahan, maka itu adalah sepatutnya...

mana tidaknya..pada pemerhatian aku, insan2 yang bernama mahasiswa ketika ini, sudah naik lemak!!! hak2 mereka yang terhidang depan mata tak pernah nak dihargai...yang tak penting tu laa yang dok disensasikan tak tentu pasal...(sifat semulajadi manusia: biarpun hidup telah senang, namun rasa ketidakcukupan itu sering merajai hati)

berbeza dengan golongan mahasiswa yang lalu.. benar mereka benar pejuang..bukan untuk perut sendiri...tapi untuk kesenangan mak ayah di kampung..untuk kesenangan masyarakat malaysia!! tapi budak2 yang namanya mahasiswa ini ketika ini...berbeza..perjuangan memenuhkan perut sendiri...orang lain??...takpe, boleh di abaikan...cis!!! ....

p/s; kalau macam ini lah gayanya...susahlah nak tumpang senang kalau orang2 begini di angkat menjadi pemimpin..

Saturday, April 25, 2009

KEGELAPAN SEMALAM....MASIH BERSINAR

sudah menjadi tabie..hasrat sesetengah manusia inginkan kepada perubahan...namun perubahan yang diimpikan selalunya akan bercanggah dengan tututan semulajadi..itu lah yang telah terjadi ketika ini di dunia luar kampus...sini

agama dan politik percaturan dua dalam satu di alam kehidupan ini..tiada terpisah tiada terjarak.. tapi di ketika ini jarak antara agama dan politik jauh bagaikan timur dan barat...mengapa begitu??
hanya yang ahli dapat memberi jawapan yang lebih konstruktif...

mana tidaknya yang halal jadi haram dan yang makruh jadi sunat...siapa yang memulai?? kalau tidak ditegur akan dikatakan nanti kita insan yang tak ambil peduli tentang kehidupan..tetapi bila ditegur undang2 dunia akan memainkan peranan untuk menghukum...

tapi siapa takut pada undang2 dunia melebihi 'TALI ALLAH' maka dia akan kecundang di akhirat nanti..namun siapa yang terlalu melebihi dia akan dimurkai oleh Ilahi...oleh itu kesederhanaan adalah jalan terbaik ...

kalau kita insan yang cakna, mesti kita akan pahami apa yang cuba dirungkaikan

Friday, April 24, 2009

JUMAAT YANG BERLALU SEJENAK (I)

orang mat saleh cakap 'life is what you make it'...pilihlah..
jika nak kan terang maka dekatlah dengan cahaya...
jika nak kan dingin maka dekatilah ais...
jika nak kan kepanasan maka hampirilah api...

yang dapat merasa adalah empunya diri...
pilih lah mana2 yang membolehkan diri kita menjadi bahagia...

keretakkan dan keruntuhan suasana emosi dalam diri kekadang sebagai suatu permainan rohani yang mahu menguji tahap kemampuan diri kita...walaupun dilengkapi set lengkap kehidupan, namun sifat lumrah manusia tidak pernah merasa cukup..seringkali dibandingkan apa yang ada dan tiada pada satu individu dengan individu yang lain...

hal yang tidak luar biasa..keadaan yang cukup tenang dan damai disulami keperitan sunyi sepi yang tak terkata...sepi mengenangkan sebuah kejayaan menamatkan pelajaran...sepi mengenangakan sebuah perpisahan berulang-kali...sepi merindui kampung halaman...sepi mencengkap diri...

Thursday, April 23, 2009

HOT@UMT: MEMO PALSU SERANG FASILITATOR

petang tapi seluruh mahasiswa yang terlibat dalam kursus fasilitator bagi persiapan minggu jalinan mesra (MJM) telah digempurkan oleh berita palsu...

tarikh sepatutnya para fasilitator berkumpul untuk sesi taklimat adalah 23 april, tapi dikhabarkan ditunda ke tarik 25 april..memo tiruan yang menggunakan tandatangan pegawai hepa tersebut menyebabkan keadaan menjadi cacamerba seketika..

namun permasalahan dapat di atasi..penyebaran berita palsu ini telah menjadi bualan hangat dan diklasifikasikan sebagai tindakan jenayah yang mebawa hukuman gantung jika disabitkan kesalahan!!..hahaha..

tunggulah sehingga siasatan lengkap..UMt bukan lagi tempat selamat untuk kebenaran...berkemungkinan selepas ini akan tersebar lagi pengumuman2 palsu..maka dajjal@penyebar berita palsu akan terus berleluasa...

SAH!!!..SAH SUDAH TITLE SARJANA MUDA MILIKKU!!

tarikh keramat 22 april telah berjaya dilintasi dengan penuh hormat..
apa tidaknya starting dari 17 haribulan april yang lalu hidup ini bagai dirundung sebuah bebanan satu lori trailer!! ...penat betul mentelaah buku heterosiklik!

Nah!!! selesai jua petang tadi..hilang segala penat lelah tiga tahun belajar di sini..
nampak gayanya lepas ni aku akan digelar sarjana muda..(B.Hons)..huhu..
ala biasa laa..bukan senang nak selesaikan tugas menuntut ilmu fardhu kifayah nih..
manalah tahu tup2..ajal tiba semasa sedang belajar ke, terpaksa tangguh pengajian ke sebab pointer tak mencapai target ke atau lain2 masalah yang tak terduga..

so, ini kira bernasib baik..takdir telah menetukan segalanya..
namun pengharapan terakhir adalah kepada keputusan peperiksaan nih..
aku sangat memohon dikurniakan pointer yang baik supaya masa depan akan lebih terjamin..

tapi ada orang kata, pointer tinggi2 pon kalau takdir tuhan kerja kita hanya setakat itu, maka hanya setakat ini sajalah...tapi aku tak kisah..ini semua bergantung pada usaha dan ikhtiar kita untuk meneruskan kehidupan ini...takkan hanya nak mengharap takdir semata2!!

Wednesday, April 22, 2009

KISAH 22 APRIL 09















.............tarikh keramat ini pasti akan diingati sampai ke akhir hayat ku jua..

mana tidaknya hari hari terakhir aku sebagai mahasiswa..setelah tamat peperiksaan pada petang ini jam 5 petang ini, maka aku sudah bergelar "Sarjana Muda"...harharhar!!
jangan jelous kengkawan junior!!

sama lah dengan rakan2ku yang seangkatan..perjuangan kami menuntut ilmu selama tiga tahun di sini cukup menguji...tapi cabaran2 itu adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan ...

di sini lah tempat yang telah mengangkat aku menjadi seorang yang 'hebat'..
di sini jua lah tempat yang mendatangkan tragedi paling terkesan dalam hatiku...
namun segalanya aku pasrah..

asalnya tempat yang ku rasa ketidakcukupan ini akan memberi seribu kesengsaraan ini rupa2nya ketidakcukupan ini telah membenihkan sekelumit perasaan 'cinta' pada perjalanan sebuah kehidupan yang sementara...

Monday, April 20, 2009

KERAJAAN/PEMBANGKANG DARI KACA MATA TRANSPARENT!!

sejak kebelakangan ini, ramai pulak yang bertanya...
eh, kau ni orang sebelah mana sebenarnya??
kau sokong pembangkang ke kerajaan??

aku tak mampu menjawab dengan kata2, tapi hanya sekadar senyuman...
bukanlah sesuatu yang baik untuk memilih dan menyokong mana2 pihak secara taksub dan membabi buta, tak tentu pasal...

padangan kerdil aku dalam hal ini, kedua2 watak(kerajaan/pembangkang) mempunyi tugas hakiki mereka untuk membantu masyarakat dan rakyat malaysia..kekadang cuma pendekatan yang diaplikasi dan diimplimentasikan itu sedikit menimpulkan kegusaran dan menampakkan kelemahan yang terlalu ketara..

hal ini sedikit-sebanyak telah menjadikan lawan antara dua watak ini berselisihan dapatan...
tidak dinafikan ketika ini, politik secara berlebihan telah menjadi dominan dan menghalang daripada perlaksanaan tanggungjawab kepada rakyat..agak mendukacitakan...

itu aku punya pandangan...tapi kebiasaan nya, manusia ini akan bersifat penentang dalam segala hal jika perkara tersebut tidak dapat memuaskan hati nuraninya...itu lumrah..
namun kita punya akal..maka didiklah akal kita untuk menerima kebaikkan dan menolak yang batil...mana2 watak yang melaksanankan kerosakkan dalam sistem kehidupan maka kita tentang!!..

....akan tetapi bukanlah menetang mengunakan cara yang tidak sepatutnya...malaysia punya undang2! demonstrasi tidak dapat menghasilakan keputusan yang terbaik walaupun dapat membangkitkan kesedaran dalam diri...maka gunalah cara diplomasi...kerana kita akan lebih memahami antara satu sama lain...

Sunday, April 19, 2009

KEWAJARAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA!!

merujuk tajuk berkenaan TIDAK LAGI BERGANTUNG 100% PEPERIKSAAN aku terasa teruja..bukan nya apa, sebab telah ditakdirkan kebanyakkan pelajar sekolah yang berketurunan melayu ni kalau yang pandai sangat sedikit!

tapi kalau yang tak berapa nak cerdik ni sangatlah ramai termasuklah aku skali...ini hakikat.
jika nak dicari pelajar yang cemerlang, gemilang & terbilang menerusi sistem peperiksaan nescaya boleh dikira dengan jari berapa sangat orang melayu yang dapat label tersebut.. tapi kalau bukan melayu memang tak dinafikan mereka menyerlah!

pendekatan yang digunakan ini secara tak langsung dapat memberi motivasi dalaman dalam diri pelajar (yang merasakan mereka tidak mampu untuk bersaing dalam akademik semata-mata) untuk terus mencapai kejayaan yang dihasratkan..

semoga pendekatan ini dapat merubah nasib pelajar2 terutama yang tinggal di kawasan luar bandar..

HOT@UMT: TNC HEPA TINGGALKAN UMT!!

perkhabaran ini bukan suatu yang aneh bagi mahasiswa yang dekat hati mereka bersama pentadbiran hepa..

tapi perkhabaran ini merupakan suatu perkara yang merungsingkan bagi pendokong2 kebajikan mahasiswa...

mana tidaknya, curahan 'kasih' beliau selama 6 tahun mendiami institusi yang baru dilahirkan ini telah membawa pelbagai perubahan yang positif terhadap golongan mahasiswa dan persekitaran... sama ada perubahan yang kosmetik atau perubahan yang ada agenda tersirat hanya kepimpinan mahasiswa sahaja yang dapat menyelaminya...

dek kerana terkilan, kecewa serta teraniaya hampir setengah dekad bergelumang dengan sandiwara UMt, kini beliau telah memilih untuk beralih arah ke IPTA paling utara di Malaysia..
UniMAP!!!

jikalau rumor yang disebarkan ini betul....
maka orientasi pelajar baru UMt (MJM) akan datang tidak akan ada lagi tugasan para fasilitator dengan penuh ikhlas membantu adik2 baru mendaftar mengangkat beg2 berat!

tidak punya lagi lagi pemantau pelajar2 baru UMt walaupun jam mencecah 3@4@5 pagi...kerana selama ini itulah peranan yang ditunjukkan oleh beliau...

maka juak2 penentang HEPA akan merasa lega dan senang hati utuk memperkotak-katikkan sebuah PTJ pembantu mahasiswa..

bermulahlah kebangkitan semula para bijak pandai yang kononnya pandai dalam penentuan hal2 mahasiswa...

tapi pemergian beliau merupakan satu kegembiraan yang amat besar buat DEMOKRASI

Saturday, April 18, 2009

HOT@UMT: TRANSFORMASI SUATU PENDEDAHAN

selamat bertemu sua...dah berhari-hari rasanya pena keybord tak disentuh jemari untuk membicara bahasa hati...

berita terbaru UMt ...bukan nak kata baru sangat lah tapi sekadar luahan rasa hasil pemerhatian dan pengamatan bekas pemimpin pelajar...berkenaan dengan status dan transfomasi kerusi tertinggi pihak pentadbiran UMt..
UMt punya naib censelor (NC) yang baharu..prof. dato' dr. sulaiman mat yassin telah pergi meninggalkan arena pemerintahan beliau yang tidak mendatangkan kesan itu..menagapa??
persoalan akan terjawab sebentar nanti..

pengganti NC adalah mantan TNC akademik dan pengantarabangsaan UMt prof dr. aziz deraman..beliau jika dilihat dari kaca mata seorang pelajar seperti aku ini, boleh kata not bad laa..
ada khabar angin, yang menjadi perkara tersiratnya di sini adalah beliau naik ke kerusi empuk NC di sebabkan oleh pengaruh mantan NC..

betul tidak betul, hanya Allah yang mengetahui, namun, turut mencuba nasib adalah TNC HEPA prof dr. abdul majid..sudah menjadi cita2 beliau sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bagi mendapatkan kerusi NC UMt....tapi di sebabkan beliau tidak punya hubungan rapat dengan mantan NC maka beliau dipinggirkan...

ini semua cerita2 dari 'orang dalam' yang memerhati gerak-geri politik UMt..jika nak dibandingkan sepertimana politik di luar sana, tiada punya beza yang ketara, cuma kurang diberi publisiti terutamanya kepada golongan mahasiswa..sebenarnya mahasiswa perlu tahu akan perkara2 ini bukan hanya sekadar belajar semata2..kerana hal ini akan memberi kesan kepada mahasiswa secara langsung dan tidak langsung..

mantan NC UMt, kalau betul2 mahasiswa bagi perhatian...apakah mahasiswa pernah kenal dan sedar siapa itu NC UMt??..atau hanya pelajar2 tertentu sahaja yang dapat mengenali beliau?..setidak2nya pun dua kali dalam seumur hidup kita dapat menatap siapa NC UMt sepanjang pengajian kita di sini..

1. sewaktu mejadi pelajar baru(minggu jalinan mesra ada slot bersama NC)
2. sewaktu hari konvokesyen...

nampak atau tidak kita akan hal ini??sungguh menyedihkan bagi pencinta kepada kemesraan silaturrahim...

apa yang diharapkan dengan transfomasi NC UMt adalah dapat meningkatkan lagi kemesraan dikalangan warga UMt..
bukan suatu yang terlalu besar dan berat permintaan ini..
nampakkanlah bayangan diri NC itu di kalangan mahasiswa bukan hanya sekadar dapat dilihat pada muka kulit majalah FOKUS UMt semata2..

SATU NC, WARGA UMt DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
selamat bertugas....

Wednesday, April 15, 2009

KENANGAN SISA2 KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA(I)




besama dengan gabungan IPTA di luar negara





ketika berada di UMP dan KMPH

Tuesday, April 14, 2009

MASALAH MAHASISWA YANG BERMASALAH

ni hasil kajian yang tak secara langsung..apa masalah sebenar mahasiswa sehingga hidup mereka tidak pernah tenang, aman dan damai?? atau pun mungkin mahasiswa tersebut sangat2 bermasalah hingga tidak dapat menguruskan permasalahan yang berlaku??

antara masalah yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut...

1. terlalu extremis/taksub dalam hal2 yang mereka sukai hingga boleh menyebabkan berlakunya kesan buruk bukan pada diri mereka sahaja malahan kepada komuniti sekeliling mereka.

2. terlalu idealistik dalam segenap hal sehingga perkara yang hak dan keperluan asas diabaikan tanpa merasa bersalah.

3. tidak mengutamakan pemikiran akal tapi sebaliknya meletakkan kepentingan hati/emosi dalam menyelesaikan permasalan yang berlaku.

4. semua perkara yang dilaksanakan untuk kebaikan jangkamasa panjang disalah tafsir dan dipandang serong semata2 terpengaruh dengan kepentingan2 peribadi.

5. sikap mengutamakan ketepatan masa yang sangat lemah dan sering kali diabaikan.

6. kewujudan perasaan malu yang melampau serta penonjolan diri yang kadang2 memualkan.

Saturday, April 11, 2009

GIRLS!! PLEASE BE CAREFUL......

i just wanna share story... something about interesting case that i've read this morning

it is about girl!
if u want to know more detail, please read ....

do u know that coke + ajinomoto can be used to RAPE laddies??!!
(girl watch out ..don't let it be on yours)

from my email..

i receive a news about the recent tactic used to spike girl's drink..
it is cheap and widely used method
this method was used in CANNY ONG murder
rapist used thid method

coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate..{medicine which will cause drowsiness and excitement in the victims}
the mixture is poisonous if used too often on the victims

remainder!! please do not except any cocacola drink from the strenger or even your friends that you are not to close with!!

Friday, April 10, 2009

KJ YANG DA BOOM!!!

hafizasmadi.com/news42day,

Alhamdulillah..DS Najib dah umum pemimpin2 yang akan bersama2 beliau untuk merialisasikan slogan keramat SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Melihat tindakkan awal DS Najib seolah2 ingin menyatakan hasrat di benak hati beliau mahukan perubahan pada kepimpinan BN pada masa kini dan akan datang.

"Pembersihan" yang dilakukan dalam pemilihan kabinet baru ini jua mencerminkan sifat beliau mahukan kepada perubahan yang bukan kosmetik. Tapi yang menjadi malang dan kecundangnya adalah ketiadaan nama ketua pemuda UMNO yang baru saja dinobatkan sebagai pemenang pada akhir bulan yang lalu. KJ!

Peranan KJ cukup berkesan serta diselami wawasan yang begitu menyerlah walaupun beliau merupakan seorang anak punya yang tidak punya latarbelakang politik yang cukup hebat jika dibandingkan dengan pemimpin2 lain. Kata2 beliau dalam setiap majlis penuh dengan aura seorang pejuang yang boleh menyebabkan pendengar2 terpukau layu. Itulah KJ. Pantang dicabar tentang hal2 yang boleh menggugat partinya, pasti beliaulah hulubalang yang terkehadapan. Kredibiliti beliau cukup menyerlah walaupun beliau dilabel sebagai liabiliti dalam parti. Kehilangan beliau akan membawa seribu masalah terhadap UMNO/BN kerana keberanian dan lagak seorang anak muda yang bekarisma membuatkan lawan UMNO/BN tidak mudah untuk ditewaskan.

Kekurangan pada anak muda yang bernama KJ ini adalah beliau dikatakan terlibat dalam politik wang. Permasalahan ini pasti akan menyebabkan beliau terus diselubungi kesan negatif. Jadi, mahu tidak mahu perkara utama yang beliau perlu atasi adalah jangan melakukan kemungkaran itu lagi. Pasti KJ adalah pilihan utama..

Thursday, April 9, 2009

BERBIQUE TERAKHIR DALAM KENANGAN....

lapar punya pasai tepi tang sampah pon tak jadi hal wa cakap lu..

ramai2 menanti makanan yang belum masak
wah!! makan ke melantak..ni la sifat asli gadis2..

anak teruna jabatan kimia yang dah tak berapa minggu lagi nak tamat belajaq..

ayam yang sungguh menyelerakan sebelum dibakar, tapi setelah masak warnanya hitam pekat!!
almaklumlah, tak penah masuk dapur.. tapi hitam2 pon kenyang jugak

sebahagian pensyarah2 jabatan sains kimia yang mantap!..walaupun hari cuti sanggup turun
memeriahkan majlis..tq

si gadis2 tengah membelek ayam mana yang dah hangus untuk dimakan senyap2

tengok kapl terbang nak jatuh ker??! ..ayam kat bawah tak tengok habis hangus terbakar..

aktiviti membakar ayam..expose je lebih..

RAHSIA KEMENANGAN BN!!

pasti semua ponyokong pembangkang tertanya2..
ataupun memang dah agak BN pasti menang di Batang Ai,

ataupun yang menjadi persoalan kenapa rakyat di Batang Ai nakkan BN?? walaupun rakyat di sana tahu BN terlalu banyak keburukkan.
persoalan yang perlu dicernakan oleh pasukan pembangkang untuk gerakkerja pada masa akan datang..

sememangnya kita sudah mengetahui, kawasan2 pedalaman di sabah/sarawak tidak punya kemudahan asas yang sempurna..jadi selayaknya BN sebagai parti pemerintah melaksanakan tanggungjawab mereka menyediakan keperluan asas yang terbaik. kita sebagai masyarakat yang prihatin, perlu memahami perkara ini. kerajaan BN punya kewangan yang stabil dan kukuh. cuma mengapa dan kenapa keadaan di sabah/sarawak belum mendapat kemudahan yang selayaknya itu yang menjadi persoalan.

lagi satu hal, jika pembangkang menang pon kat Batang Ai, belum tentu dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membantu masyarakat di sana. kedudukan kewangan pembangkang masih kurang kukuh. jadi pembangkang berilah peluang kepada BN melaksanakan tanggungjawab mereka yang belum mereka tunaikan walaupun ketika ini Malaysia sudah 52 merdeka di bawah pimpinan BN...

masyarakat di borneo merasakan mereka ingin mengajar pemimpim2 BN supaya jangan mudah lupa..nanti bila segala kemudahan dan keperluan asas telah disempurnakan oleh BN, maka sokongan pasti akan beralih kepada pembangkang..sama seperti mana yang berlaku di semenanjung..

RAKYAT ZAMAN ALAF BARU SUDAH CERDIK2 BELAKA!!

KJ MASA DEPAN??!!

ketemu kembali kita ..dalam minggu ni rasanya dah banyak sangat cerita bab2 politik Malaysia..
tapi hari ni mungkin punya akan berlaku kejutan lagi..
bukan anwar, bukan Tun M, bukan Paklah, dan bukan juga Nizar

tapi dari PM baru Malaysia
mengenai Kabinet Almari yang baru..
maka timbul lah ramai nujum2 yang dok meramal sapa yang bakal jadi menteri
dan sapa pula yang bakal membontoti para2 menteri..

terbaru dikatakan antara sebab tidak di umumkan Kabinet Almari pada hari rabu adalah KJ punya nama tak ada dalam senarai,

entah,... rasa2 perlu ke tak perlu KJ ni jadi Pak menteri??...
sekarang masih KJ, lepas ni kalau lah ada rezeki untuk jadi Pak menteri maka kena panggil DATUK KJ lah..

HAHAHA

Wednesday, April 8, 2009

.....SELAMAT LAGI HARI INI...

Alhamdulillah masih bernafas lagi aku pada pagi yang indah ini
syukur sangat2,

TARIKH KERAMAT 7 APRIL pasti akan menjadi sejarah buat PM baru kita
mana tidaknya, baru saja beliau nak merasa selesa dok di kerusi yang paling empuk,
tiba2 rakyat bagi isyarat tolak gagasan satu malaysia beliau..

nah!! apa nak jadi nih, orang2 BN tak buat kerja betul2 kot..
kasihan pada PM baru kita...
bukan punya banyak masa di peruntukkan sebelum pilihanraya...
tapi hasilnya kalah jua..

apa dah jadi daa...


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
BN terutama UMNO, kembalikan apa yang telah hilang,
jangan sampai terus lenyap!!
kerana masih ada insan menyayangimu...

MASKULIN EDISI UMT...

abe & ainol mencuba nasib sebagai model majalah..

Tuesday, April 7, 2009

PENGUMUMAN ANUAR......

semua rakyat termasuk pemimpin UMNO sedang menunggu kejutan yang ingin di dedahkan oleh AnwarIbrahim...
apakah kejutan tersebut dapat didedahkan walaupon PR tak menang 3-0...?
sama2 lah kita nantikan..

bagaimana pula dengan kehidupan PM baru kita setelah dikhabarkan oleh rakyat menerusi kemenangan PR di pilihanraya ini....?
adakah DSN akan meletakkan jawatan kerana dirasakan rakyat masih juga tidak menyokong BN..?

menunggu dengan penuh kesabaran...

TUN M SEKADAR MEMPROMOSI DIRI

betul atau tidak dengan tajuk di atas terserah kepada anda..
tapi yang hakikatnya calon BN tewas di BUKIT-BUKAU..
peperangan BN hanya dapat bertahan di kawasan yang punya banyak ANTU!!
huhuu.. sekadar bergurau

mula2 seakan2 BN mampu merampas kerusi di BUKIT GANTANG,
setelah melihat sambutan yang di tonjolkan oleh masyarakat di sana semasa kedatangan TUN M..
namun jalan cerita itu hanya sekadar klimaks..
endingnya tidak punya kejutan kerana seperti yang sudah dijangka BUKIT -BUKAU memang milik PR!!

kemerian semasa kehadiran TUN M umpama menyambut kedatangan seorang NEGARAWAN Malaysia yang terulung dan sebagai penghargaan buat TUN M sahaja ...tidak lebih daripada itu..
lihat sahaja majoriti kemenangan PR..semakin bertambah..bukan berkurang...

KEHANGATAN ATAU KEPANASAN

nampaknya BN dapat Batang
PR pulak dapat Bukit..bukan satu bukit tapi 2 Bukit..
keputusan secara tak rasmi nampaknya menyebelahi PR
Rakyat di semenanjung telah membuat pilihan dan telah menyuarakan kepada dunia mereka tetap memilih PR..
akan tetapi di borneo kuputusan masih berpihak kepada BN..
mungkin "hantu" yang digunapakai oleh PR belum cukup mantap lagi untuk mengalahkan "hantu" BN....

apa2 pon tahniah kepada yang menang..selamat menjalankan tugas sebagai wakil kepada masyarakat Malaysia..
kepada yang TERtewas bermakna tamatlah riwayat politik anda sementara waktu..

MAY BE BN IN BUKIT GANTANG

i had just listened to Tun M speech....not bad!!
there are so many people attended...

may be this case will shaked all the PR supported...
DR M, TUN M...
he is such a great warrior and leader that had been produced in Malaysia..

and if there are no objection or something else that might be uncontrolled by BN group,
the power influence of TUN M was too strong and extraordinary,
i will say that BUKIT GANTANG is not for Ir Nizar yet ...

SERIKANDI PETRONAS UMT CEKMAT

PUTERA PETRONAS UMT 09

JEJAKA MASKULIN 2:15

HANGATNYA BELUM REDA..WALAUPUN DIBASAHI HUJAN!!

hari ini 7 april...
berlakulah pemilihan pemimpin2 rakyat di 2 bukit dan 1 batang
pertarungan yang begitu ngeri..
barang siapa yang tewas pasti akan memberi tekanan yang mendalam kerana hasil penat lelah bekerja SERTA pengorbanan yang ditaburkan tidak membawa sebarang keuntungan(kemanisan sebagai pemenang)
masyarakat2 di seluruh Malaysia pasti menanti dengan hati yang penuh berdebar2..sapakah yang akan berjaya??

mungkin PAS?
mubgkin PKR?
mungkin UMNO?
mungkin MIC?

atau mungkin BEBAS...


semoga yang membawa kebenaran akan berjaya! AMEEN...

HUH...!BEIJING 2009 DALAM PENANTIAN....

hasil penat lelah setelah setahun merancang dan mengkaji inilah hasil yang akan dinikmati..
tak lama lagi akan muncul tarikh 14 mei 2009
insyaallah jika tiada apa2 halangan jasad ini akan berada di bumi bertuah tersebut
penghijrahan yang akan memakan masa selama kurang lebih seminggu pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam...
namun pemergian di sana bukan lah suatu yang sia2 tapi mempunyai misi yang harus diselesaikan..
geng ..terima kasih atas kerjasama dan pengorbanan!

gambar menarik kenalah tunggu yer! hehehe..

Sunday, April 5, 2009

MENANTI LAMAN WEB MPP SESI 08/09

bila kah agaknya warga MPP sesi 08/09 nak memperkenalkan barisan kepimpinan mereka pada umum..
rasanya dah nak tamat semester sesi kedua bermakna MPP sekarang cuma tinggal satu semester sahaja lagi...
pelajar2 umt menanti pucuk kepimpinan mahasiswa UMT sesi 08/09...

KEDAH TERSENTAK DISEPAK TERAJANG OLEH KELANTAN

berita dari hafizasmadi.com/news42day...

Nampaknya kemaraan pasukan sang kenari untuk mencatatkan kemenangan ke-7 berturut2 tersekat ketika bertemu Kelantan di stadium Darulaman. Walaupun bermain di hadapan penonton sendiri, pasukan Kedah gagal mengekang asakan daripada pasukan pantai timur yang semakin menonjol sejak akhir2 ini, mungkin di sebabkan oleh jersi baru mereka yang unik!

Walaubagaimanapun kedah tewas bermaruah 2-1. Jaringan tunggal kedah itu menyatakan kepada peminat bola sepak kelantan agar berhati2 untuk pertemuan kali ke-2 bagi kedua2 pasukan. Kekecewaan tetap terpamer pada setiap wajah penyokong2 setia hijau kuning lantaran kekalahan tersebut. Hajat tuan rumah untuk bersaing dalam liga super pada musim ini bagi mengekalkan rekod dua musim yang lalu ternyata perlu dipendam seketika, namun barisan anak muda kedah pasti akan mempamerkan aski terbaik mereka untuk menjaga status yang telah mereka miliki selama dua musim berturut2.

kedah go kedah!!!

JENG..JENG..JENG..!!MACAM "TERPUKUL" SAJE!....

tajuk berkenaan dengan artikel

di sini

ni respon dari utusan 5 april 2009..

klik

dan tiba2

di sini


pula yang muncul

p/s semoga hal ini adalah secara kebetulan...

Saturday, April 4, 2009

BATTLE WITH PERAMPOK SIAL!!

sekarang dah musim exam dan musim nak cuti...
asal sebut bab nak cuti jer, bersepah2lah 'muka tak reti malu' kat erea UMT ni
tambah2 lagi waktu kegawatan ekonomi
kenapa pulak??
sebabnya diaorang nak fokus pada study!!
study macam mana nak MENCURI/MEROMPAK/MENCILOK/MENYAPU....
barangan2 yang mahal, terpakai, boleh jual, boleh bagi orang yang kena curi sakit jiwa,
haprak punya jembalang..
tu la..kecil2 bercakap bohong, besar2 mencuri, kecik2 taknak mati, besaq2 jadi menusahkan orang

pesana ringkas buat bebudak UMT sekalian, jagalah harta benda korang baik2 tau..
laptop, handphone, motosikal, beg duit, rantai emas, apa2 je la lagi yang menjadi daya tarikan jembalang nih..
jangan sampai hidup korang diselubungi sengsara dan sakit hati..
kerana jembalang ini tak pernah mengenal erti perikemanusian...

.........................................................................................................................................................

baru2 ini berlaku kejadian kecurian di taman maidam..
bukan pada rumah awam tapi pada asrama taman maidam..
MOTO CANTIK PUNYA + TAYAR MOTO (hilang kena kebas)
kasihan pada depa..
daripada dok fokus pada study..akhirnya langsung tak boleh study..

di asrama gadis2 tak kira lah blok mana
jembalang memang suka mencuri laptop
pastikan setiap kali keluar bilik,
kunci molek2..

di asrama laki2 lebih baik berhati2,
kamera dan handphone simpan baik2
kalau tidak menyesal tak sudah!

KALAU RASA DAH PANDAI..JANGAN TEKA!!

Sekadar pesanan dari Hamba Allah


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Friday, April 3, 2009

SETIAP HARI DALAM SEJARAH...

hari ini adalah hari jumaat
hari ini adalah hari bersejarah buat kita semua
hari ini kita dapat PM baru
nama PM baru kita DS Najib




hari sebelum ini adalah hari khamis
hari khamis adalah hari bersejarah bagi kita semua
hari khamis kita hilang PM lama
nama PM lama kita Tun abdullah




hari selepas ini adalah hari sabtu
hari sabtu adalah hari bersejarah bagi kita semua
hari sabtu kita belum tahu apa yang kita akan hilang dan apa yang kita akan dapat
ini maknanya kita kena bersiap sedia menghadapi dunia yang penuh mencabar

orang kata PM Lah tak sumbang apa2
orang kata PM Najib akan sumbang sesuatu
orang tak berani kata @#$%>?%#
jadi semua orang kena berwaspada

JIKA BN PEMERINTAH YANG CEMERLANG DAN BERJAYA.....

2 hari lepas aku ke sek rendah sultan ahmad
di sana aku ambil Mtest.
2 jam 30 minit best juga dapat jawab soalan2 yang memang menyiksa akal dan mencabar

hasrat di hati ingin mencuba menjadi seorang guru
ingin merasa perit jerih menjadi seorang cikgu
tapi semua itu bergantung terhadap ketentuan Ilahi

sehari selepas itu, aku bersembang2 kosong dengan kawan2 ku
asyik berseloroh dengan kawan2ku kemuadian salah sorang daripada kami bagitau

"terkeluarlah kisah dari seorang pakcik yang mengatakan kebanyakan bakal2 cikgu yang telah berjaya dalam test serta temuduga akan dihantar ke negeri sabah dan sarawak. kebanyakkan nya dan terutamanya lelaki akan dihantar ke kawasan pedalaman. di sana bukan sahaja tak ada coverage malah elektrik dan air pon tak ada! kalau nak baca suratkhabar tarikh hari ini kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat baca! (dalam hatiku teruknya) nak ke kawasan tu kena lalui macam2 rintangan naik bot, lori, 4x4 dan macam2lah, kena redah sungai, hutan belantara baru nak sampai...terkedu aku "

selesai cerita tadi, aku mula terbayang dibenak akalku
Malaysia dah 50tahun merdeka,
masa aku sekolah rendah dahulu aku juga pernah dengar kesah yang serupa sepertimana yang diberitahu oleh pekcik tadi.
tapi yang aku muskil sangat adalah

1. kenapa kawasan2 kat sabah dan sarawak tak pernah berubah ke?
2. selama ini siapa yang memerintah sabah & sarawak?
3. kenapa di kelantan tidak seteruk di sabah dan sarawak?
- sedangkan negeri kelantan di bawah pimpinan yang TIDAK punya WANG tidak
sepertimana sabah dan sarawak di bawah pimpinan yang berWANG
4. pemimpin2 di sabah dan sarawak tidak mementingkan keselesaan penduduk dan rakyat mereka ke?
5. ada penghalang pembangunan di sabah dan sarawak ke?

haih...macam2 lah yang berlegar2 di kepala nih
nak kata kawasan muka bumi sabah dan sarawak tak sesuai untuk pembangunan merupakan alasan terbaik,
bagi aku itu tak betul, sebabnya dunia punya kepakaran teknologi
masalah macam itu sekejap saja dapat diselesaikan dan tak perlu nak tungggu 100 tahun baru boleh selesai

malaysia bila2 masa saja dapat jadi negara maju
tapi betul2 ke boleh maju kalau masih ada lagi kawasan yang tidak punya kemudahan asas??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online