PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, April 23, 2009

SAH!!!..SAH SUDAH TITLE SARJANA MUDA MILIKKU!!

tarikh keramat 22 april telah berjaya dilintasi dengan penuh hormat..
apa tidaknya starting dari 17 haribulan april yang lalu hidup ini bagai dirundung sebuah bebanan satu lori trailer!! ...penat betul mentelaah buku heterosiklik!

Nah!!! selesai jua petang tadi..hilang segala penat lelah tiga tahun belajar di sini..
nampak gayanya lepas ni aku akan digelar sarjana muda..(B.Hons)..huhu..
ala biasa laa..bukan senang nak selesaikan tugas menuntut ilmu fardhu kifayah nih..
manalah tahu tup2..ajal tiba semasa sedang belajar ke, terpaksa tangguh pengajian ke sebab pointer tak mencapai target ke atau lain2 masalah yang tak terduga..

so, ini kira bernasib baik..takdir telah menetukan segalanya..
namun pengharapan terakhir adalah kepada keputusan peperiksaan nih..
aku sangat memohon dikurniakan pointer yang baik supaya masa depan akan lebih terjamin..

tapi ada orang kata, pointer tinggi2 pon kalau takdir tuhan kerja kita hanya setakat itu, maka hanya setakat ini sajalah...tapi aku tak kisah..ini semua bergantung pada usaha dan ikhtiar kita untuk meneruskan kehidupan ini...takkan hanya nak mengharap takdir semata2!!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online