PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, April 10, 2009

KJ YANG DA BOOM!!!

hafizasmadi.com/news42day,

Alhamdulillah..DS Najib dah umum pemimpin2 yang akan bersama2 beliau untuk merialisasikan slogan keramat SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Melihat tindakkan awal DS Najib seolah2 ingin menyatakan hasrat di benak hati beliau mahukan perubahan pada kepimpinan BN pada masa kini dan akan datang.

"Pembersihan" yang dilakukan dalam pemilihan kabinet baru ini jua mencerminkan sifat beliau mahukan kepada perubahan yang bukan kosmetik. Tapi yang menjadi malang dan kecundangnya adalah ketiadaan nama ketua pemuda UMNO yang baru saja dinobatkan sebagai pemenang pada akhir bulan yang lalu. KJ!

Peranan KJ cukup berkesan serta diselami wawasan yang begitu menyerlah walaupun beliau merupakan seorang anak punya yang tidak punya latarbelakang politik yang cukup hebat jika dibandingkan dengan pemimpin2 lain. Kata2 beliau dalam setiap majlis penuh dengan aura seorang pejuang yang boleh menyebabkan pendengar2 terpukau layu. Itulah KJ. Pantang dicabar tentang hal2 yang boleh menggugat partinya, pasti beliaulah hulubalang yang terkehadapan. Kredibiliti beliau cukup menyerlah walaupun beliau dilabel sebagai liabiliti dalam parti. Kehilangan beliau akan membawa seribu masalah terhadap UMNO/BN kerana keberanian dan lagak seorang anak muda yang bekarisma membuatkan lawan UMNO/BN tidak mudah untuk ditewaskan.

Kekurangan pada anak muda yang bernama KJ ini adalah beliau dikatakan terlibat dalam politik wang. Permasalahan ini pasti akan menyebabkan beliau terus diselubungi kesan negatif. Jadi, mahu tidak mahu perkara utama yang beliau perlu atasi adalah jangan melakukan kemungkaran itu lagi. Pasti KJ adalah pilihan utama..

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online