PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, April 3, 2009

JIKA BN PEMERINTAH YANG CEMERLANG DAN BERJAYA.....

2 hari lepas aku ke sek rendah sultan ahmad
di sana aku ambil Mtest.
2 jam 30 minit best juga dapat jawab soalan2 yang memang menyiksa akal dan mencabar

hasrat di hati ingin mencuba menjadi seorang guru
ingin merasa perit jerih menjadi seorang cikgu
tapi semua itu bergantung terhadap ketentuan Ilahi

sehari selepas itu, aku bersembang2 kosong dengan kawan2 ku
asyik berseloroh dengan kawan2ku kemuadian salah sorang daripada kami bagitau

"terkeluarlah kisah dari seorang pakcik yang mengatakan kebanyakan bakal2 cikgu yang telah berjaya dalam test serta temuduga akan dihantar ke negeri sabah dan sarawak. kebanyakkan nya dan terutamanya lelaki akan dihantar ke kawasan pedalaman. di sana bukan sahaja tak ada coverage malah elektrik dan air pon tak ada! kalau nak baca suratkhabar tarikh hari ini kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat baca! (dalam hatiku teruknya) nak ke kawasan tu kena lalui macam2 rintangan naik bot, lori, 4x4 dan macam2lah, kena redah sungai, hutan belantara baru nak sampai...terkedu aku "

selesai cerita tadi, aku mula terbayang dibenak akalku
Malaysia dah 50tahun merdeka,
masa aku sekolah rendah dahulu aku juga pernah dengar kesah yang serupa sepertimana yang diberitahu oleh pekcik tadi.
tapi yang aku muskil sangat adalah

1. kenapa kawasan2 kat sabah dan sarawak tak pernah berubah ke?
2. selama ini siapa yang memerintah sabah & sarawak?
3. kenapa di kelantan tidak seteruk di sabah dan sarawak?
- sedangkan negeri kelantan di bawah pimpinan yang TIDAK punya WANG tidak
sepertimana sabah dan sarawak di bawah pimpinan yang berWANG
4. pemimpin2 di sabah dan sarawak tidak mementingkan keselesaan penduduk dan rakyat mereka ke?
5. ada penghalang pembangunan di sabah dan sarawak ke?

haih...macam2 lah yang berlegar2 di kepala nih
nak kata kawasan muka bumi sabah dan sarawak tak sesuai untuk pembangunan merupakan alasan terbaik,
bagi aku itu tak betul, sebabnya dunia punya kepakaran teknologi
masalah macam itu sekejap saja dapat diselesaikan dan tak perlu nak tungggu 100 tahun baru boleh selesai

malaysia bila2 masa saja dapat jadi negara maju
tapi betul2 ke boleh maju kalau masih ada lagi kawasan yang tidak punya kemudahan asas??

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online