PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Sunday, April 5, 2009

KEDAH TERSENTAK DISEPAK TERAJANG OLEH KELANTAN

berita dari hafizasmadi.com/news42day...

Nampaknya kemaraan pasukan sang kenari untuk mencatatkan kemenangan ke-7 berturut2 tersekat ketika bertemu Kelantan di stadium Darulaman. Walaupun bermain di hadapan penonton sendiri, pasukan Kedah gagal mengekang asakan daripada pasukan pantai timur yang semakin menonjol sejak akhir2 ini, mungkin di sebabkan oleh jersi baru mereka yang unik!

Walaubagaimanapun kedah tewas bermaruah 2-1. Jaringan tunggal kedah itu menyatakan kepada peminat bola sepak kelantan agar berhati2 untuk pertemuan kali ke-2 bagi kedua2 pasukan. Kekecewaan tetap terpamer pada setiap wajah penyokong2 setia hijau kuning lantaran kekalahan tersebut. Hajat tuan rumah untuk bersaing dalam liga super pada musim ini bagi mengekalkan rekod dua musim yang lalu ternyata perlu dipendam seketika, namun barisan anak muda kedah pasti akan mempamerkan aski terbaik mereka untuk menjaga status yang telah mereka miliki selama dua musim berturut2.

kedah go kedah!!!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online