PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, January 29, 2009

Sebulan di Januari

1. Sambutan tahu baru di malaysia penuh dengan sifat-sifat kejahilan dan kejelikkan wargamuda walaupun bukan semua tapi kebanyakkannya menjurus kepada hal tersebut. Melepak, lumba haram, minum arak, sex bebas, dan macam-macam lagi konflik sosial yang telah berjaya di tanam oleh gerakkan yahudi untuk menjajah secara halus. Tapi kalau kita imbas, sambutan tahun baru Islam dan tahun baru masihi adalah dalam tarikh berdekatan. Namun yang pastinya, kebanyakkan warga muda lebih prefer untuk memeriahkan sambutan tahun baru 2009 daripada sambutan maal hijrah 1430. Apa sudah jadi? sama-samalah kita renung kembali.

2. Pilihan raya di Kuala Terengganu. kebetulan aku belajar di UMT. Perjalanan ke Kuala Terengganu ambil masa kurang lebih 30 minit sahaja. Seperti biasalah, tertampalnya notis-notis di papan tanda melarang mahasiswa terlibat dengan peristiwa bersejarah itu. Tapi yang menariknya, apabila tiba di KT, suasananya sangat meriah dengan banner, kain rentang serta bendera=bendera parti yang bertanding. Turut memeriahkan suasana di sana adalah anggota-anggota polis yang sangat ramai. boleh di katakan macam perkampungan polis hadhari/ jom polis heboh. Seperti yang semua maklum, parti Pas menang. Pakatan Rakyat Menang lagi. Apa sudah Jadi dengan Barisan Nasional? Takmau la komen apa-apa di sini. Nanti tak pasal-pasal kena Blacklist lak.

3. Dunia dapat president baru. Cerita ini agak menarik. Setelah bertarung habis-habisan selama setahun, Barack Obama dah berjaya pegang jawatan yang paling mencabar dan penuh dengan merbahaya. Kerana setiap masa adalah masa untuk mati. Itulah jawatan untuk president amerika. Menakutkan juga kalau dengan macam gitu. Apa- apa pon tahniah kepada rakyat amerika kerana telah membat perubahan dengan memilih pemimpin yang luar biasa. Slogan YES WE CAN, HOPE & CHANGE, telah memberi kesan besar kepada masyarakat dunia. Diharapakan Beliau dapat mengotakan apa yang telah dijanjikan. harapan mahasiswa Malaysia, semoga dunia kembali tenang.

4. Pilihanraya Kampus. Di UMT dah settle masa bulan sepuluh lagi. Tapi di Universiti-universiti besar sepeti USM, UM, UKM, UPM, UIAM, UTM baru saja di langsungkan beberapa hari yang lalu. Seperti biasa ProAspirasi kalah lagi di UIAM, tapi kali ini lebih mendukacitakan, angin perubahan yang di bawa Obama telah singgah di UM, ProAspirasi kalah. Akhirnya, ProMahasiswa berjaya tawan UM. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

5. Gencatan senjata Palestin dan yahudi zalim. Cukup susah untuk percaya hal ini berlaku sebenarnya kerana yahudi zalim tak pernah patuh pada ketetapan PBB. Walaubagaimanapun syukur, akhirnya yahudi zalim behenti mengganas di Palestin. tenteramlah seketika saudara-saudara kita di sana. Kewujudan Obama diharapkan akan membawa sinaran baru kepada negara Palestin.

7. Nak kata penting tapi macam tak penting. Namun yang sudah pasti mahasiswa takkan lepas punya menonton anugerah juara lagu. mantap-mantap juga nyanyian pada malam itu.

8. Ni pon kesah menarik yang terlampau. Sebabnya dari bulan 12 lagi kesah kawin Mawi-Ekin diwar-warkan dalam media. Ada jugalah cemburu tengok mawi kawin. Majlis perkahwinan dia mengalahkan Raja-raja Melayu. Tapi nak buat macam mana rezki Allah bagi kat dia memang bercurah-curah. Semoga perkahwinan mereka kekal. Jangan sampai terjadi macam abby n norman hakim sudah lah. Kalau tak rugi saja duit buat majlis besar-besaran.

9. Tetiba je dah cuti pertengahan semester. Tak terasa pon kehangatan belajar. semua orang pulang ke rumah masing-masing. tapi aku tinggal di Universiti. Tiket sudah habis. Nak balik sekejap rasa macam tak berbaloi. Sekarang ni, harga tambang bas naik gila-gila. tak apa lah. Tunggu selepas habis Final Exam nanti baru pulang. selamat tahun baru Cina kepada Jason, Ahy, and da geng..

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online