PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, January 31, 2009

MPP 08/09 YES U CAN MAKE CHANGES & WE CAN HOPE FOR IT

Salam Sejahtera kepada semua warga MPP sesi 08/09.

Sebelum di panjangkan cerita, saya sebagai mantan yang dipertua MPP sesi 07/08 rasa bertanggungjawab untuk memberikan secebis pandangan. Tarikh sewaktu tulisan ini di rencanakan adalah 31/01/2009, bermakna sudah 106 hari saudara/saudari sekalian menjadi ahli majlis perwakilan pelajar (MPP UMT sesi 2008/2009). Dalam tempoh tersebut, mungkin terdapat pelbagai halangan dan dugaan telah dilalui oleh saudara/saudari sekalian.

"Tempat jatuh lagi dikenang", itulah frasa yang telah direka cipta oleh orang-orang terdahulu untuk menggambarkan bertapa kasih dan sayangnya kepada sesuatu peristiwa yang dilalui dan terkenang-kenang dalam ingatan sanubari. Begitulah jua dengan sebuah organisasi yang pernah mendewasakan pemikiran, tingkah-laku dan komunikasi kepada insan-insan yang pernah berada di dalam organisasi tersebut.

MPP UMT bukanlah hak milik yang akan kekal selama-lamanya kepada kita. Kita mewarisi badan organisasi ini dari generasi mahasiswa akan datang. Kita sentiasa bertindak menjaga dan meningkatkan mutu serta nama MPP itu sendiri. Kadang-kala hingga tak terkejar akademik kita semata-mata sayangkan organisasi MPP itu. Begutulah cerita di sebalik insan yang pernah bernaung di bawah payung MPP. Bertapa kesah dan ambil beratnya kita kepada organisasi MPP hinggakan kadang-kadang kita sanggup bertengkar, bermasam muka dan berfikiran negatif hanya semata-mata ingin membela organisasi MPP. Itu adalah perkara lumrah.

Saudara/saudari perwakilan mahasiswa UMT, saudara/saudari ada kelebihan yang tersendiri dan setiap sesi organisasi MPP yang diwujudkan ada kelebihan-kelebihan yang unik. Namun untuk menjadikan kelebihan yang kita miliki itu nampak berjaya dan menonjol, kita harus bergabung dan bersatu-padu antara sesama ahli dalam MPP. Kita juga perlu belajar dari pengalaman dan sejarah kerana bayi yang baru lahir tidak mampu berdikari seperti seorang ibu yang telah lama menjalani kehidupan. Asam garam yang ditelan oleh seorang ibu telah mematangkan dirinya walaupun kematangan dirinya bukan pada tahap yang sempurna. Tetapi ini semua adalah proses pembelajaran.

Sesiapa yang berada dalam organisasi MPP, adalah tidak sama seperti mahasiswa lain kerana warga MPP mempunyai tingkat-tingkat pemikiran yang lebih khusus dan fokus. Mereka adalah insan yang lebih kehadapan satu tapak. Mereka cakna pada persekitaran sama ada fizikal mahupun jasmani. Pelbagai perkara yang sepatutnya menjadi kerahsiaan antara sasama MPP tidak harus diperdengarkan kepada umum.

MPP adalah badan organisasi mahasiswa yang tertinggi dan sesiapa yang terlibat dengannya pasti akan rasa kagum dan bangga. Maka ahli MPP harus bertindak merealisasikan persepsi ini menjadi kenyataan. Jangan dibiarkan nama MPP disalah erti dengan tanggapan-tanggapan negatif.

Mahasiswa sebenarnya bersifat idealism, tetapi bagi yang sudah melaluinya maka ia akan bertukar menjadi realism kerana sudah mengerti. Sebelum punya kuasa pelbagai perkara yang perhatikan dan dirasakan adalah tidak sepatutnya begitu. Kenapa? kerana mahasiswa tidak berada dalam situasi tersebut. Bukan mudah sebenarnya mahu menjadikan semua orang berpuas hati dengan tidakkan kita dan adalah mustahil sama sekali. Contoh terdekatnya adalah Nabi Muhammad SAW sendiri, sehingga dunia kiamat pun, manusia yang menjadi umat baginda tidak akan mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Baginda. Inikan pula kita insan yang kerdil lagi lemah.

Tetapi apa yang boleh kita ambil daripada kelebihan baginda dalam konsep kepimpinan adalah ketaatan baginda yang tak berbelah bahagi kepada Allah Taala. Hubungan kita dengan pencipta adalah sangat penting kerana segala permasalahan hanya Dialah yang layak mengadakan atau menghapuskan.

Bergelar pemimpin kita kena mempastikan diri kita memimpin dengan cara yang baik dan elok. Disamping itu kita jua harus dipimpin. Jangan sesekali terlepas pandang perkara ini. kita sedang terlibat dalam bidang PENGURUSAN MANUSIA. Jadi bila dah bergelar manusia pastilah ada kerenah buruk dan baiknya. Tips untuk menjadi pemimpin yang berjaya adalah pengutaman sifat rendah diri, boleh menerima pandangan umum untuk memperbaiki kelemahan diri, kejujuran serta tiadanya sifat dengki, berfikiran dan bekelakuan positif serta pelbagai lagi.

Penjagaan perhubungan dengan semua pihak haruslah diambil berat memandangkan kita adalah pemimpin. Terjadinya konflik antara pihak-pihak tertentu pasti akan menyukarkan proses perlaksanaan tugasan kita dalam membela dan menjaga kebajikan pelajar.

Rasanya sudah panjang saya berkata-kata. Diharapkan input-input sederhana ini dapat membantu saudara/saudari menjalankan tugas dengan lebih gigih dan cemerlang. (walaupun diri saya ini tidak sebagus seperti apa yang dibicarakan seboleh-bolehnya anda dapat memperbaikinya untuk kebaikkan masa hadapan). Cuma peringatan saya kepada saudara/saudari sekalian, jangan kita sesekali memandang serius kepada KEPUJIAN kerana ianya akan melekakan kita dan membawa kita ke dimensi lupa diri, tetapi hargailah kita dengan sebaik mungkin kepada KRITIKKAN kerana di situ ada kemanisan. Jadilah pemimpin yang AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB kerana setelah matinya kita nanti, mudah bagi kita menjawab perbagai persoalan.

Sekian.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online