PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, January 29, 2009

Mahasiswa Malaysia Sayang Palestin

Ketika dunia sedang dihiasi pelbagai perkara penting dan bersejarah semasa permulaan tahun baru 2009, saudara-saudara kita di Palestin meratap kesedihan penuh hiba. Bukan sahaja tiada tempat untuk berlindung yang telah berjaya dimusnahkan oleh yahudi zalim malah anak-anak kecil turut meratapi kehilangan ayah-ayah dan ibu tersayang mereka.

Sangat menyayat hati. Tersentuh di ulukalbu hingga terpercik keluarnya air dari mata apabila melihat tangisan-tangisan anak-anak yang baru mahu mengerti rencam kehidupan dunia. Kepada saudara-saudara yang masih lagi bersuka-ria tentang kehidupan yang tak membawa untung, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T mohon kesejahteraan untuk rakan-rakan kita di sana.

Walaupun kita tidak punya kekuatan yang sama hebat seperti yahudi zalim, tapi saranan daripada pemimpin penting negara untuk memboikot barangan-barangan US/ yahudi adalah suatu yang perlukan kerjasama dan kesepakatan yang padu dari kita semua. Marilah kita sama-sama jayakan usaha ini. Semoga yahudi zalim akan tersungkur lemah.

Ketika ini rata-rata masyarakat dunia sedang menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestine. Walaupun terdapat kekangan dan halangan untuk masuk ke negara Palestin bagi menyampaikan bantuan yang dihulurka masyarakat dunia, tetapi itu semua tidak akan mematahkan semangat perwakilan-perwakilan yang ke sana. Diharapkan Allah mempermudahkan urusan mereka.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online