PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, January 30, 2009

Lawatan Kepimpinan ke Indonesia

Ini adalah pengalaman pertama aku menyertai rakan-rakan pemimpin mahasiswa dari enam buah IPTA di Malaysia ke luar negara. UMT, UMP, UNIMAS, USM, UNIMAP dan UUM yang telah diwakili oleh tiga orang pemimpin mahasiswa yang terdiri daripada MPP dan juga persatuan berpengaruh di universiti masing-masing telah melawati beberapa tempat utama di Indonesia. Lawatan yang telah dianjurkan oleh MAKLUM dgn kerjasama KPT yang mengetengahkan objektif merapatkan hubungan dua hala antara kepimpinan mahasiswa di antara Malaysia dan Indonesia merupakan suatu permulaan yang baik. Hal ini disebabkan kadua-dua negara sering kali berlaku perselisihan faham dalam isu kebajikan para pekerja indonesia di Malaysia, isu PATI, serta isu ekonomi dan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Sebanyak tiga buah universiti telah dilawati UNHAS, UNSRAT dan Universiti Islam Makasar. Kerangka lawatan selama seminggu itu telah divideokan untuk tatapan mahasiswa Malaysia.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online