PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, January 29, 2009

E-pelajar Berwajah Baru.

Sesama baru mendaftar di universiti ini segala-galanya sudah berlainan. Maksudku adalah sistem yang telah digunapakai tidak sama seperti lima semester yang lalu. Pening kepala juga di buatnya. Maklumlah cuti selama sebulan di rumah merencatkan aku untuk melayari internet. Tahniah jua kepada UMT kerana dengan adanya sistem baru ini dapat mempermudahkan lagi urusan mahasiswa UMT.

Selepas ini mesti mahasiswa selalu buka e-pelajar. Sebabnya sistem di dalamnya lebih canggih dan verstyle. Tak boring macam dulu-dulu lagi.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online