PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, November 30, 2009

20/10/2010: buat Si dia Yang Istimewa

saat bahagia telah berlalu...
kini telah tiba saat penentu...
aku bukan seperti yang engkau sangkakan itu...
aku jujur menyintaimu...
bukan cinta palsu...
tapi yang penuh dengan keyakinan dan keistimewaan...

malangnya, dikau tidak dapat membacanya...
dikau hanya mentafsir luaran yang buruk belaka...
maka itulah keputusanmu...

tidak mahu meneruskan, aku terima.
tidak mahu bersuara, aku mengiya.
tidak mahu segala2nya, aku berduka...

kau tahu erti hiduku,
kau baca riwayat kisahku,
kau kenal erti bahasaku,
kau fahami semuaya namun kau tak mahu mengerti kisah kita...

aku kesal diriku yang lemah,
dalam keputusan masih goyah,
tidak punya sifat yang tinggi,
penting diri tidak terperi,
ego melangit membelah hubungan yang indah...

kau benar, ku pon benar!
sama benar! namun kita berdua kurang sabar! kurang ilmu memimpin hidup...

cinta kena teruskan...
biar apa yang dihadapan...
aku sabar, kau juga sabar...
perjalanan ini tidak semudah yang kita impikan...

LINDA MAR SOBAH

20/10/2010: benarkah saiful diliwat...???.

hingga dikala ini, kes ini masih belum selesai2,

sumpah sudah,
pemeriksaan doktor pon sudah,
masuk mahkamah pon sudah,

tapi tak selesai2 lagi...kenapa lah susah sangat nak menjatuhkan kesalahan tersebut...

kira2 jam 2 pagi tadi sewaktu tiba di hentian puduraya setelah puas berkorban di kampung, terasa kepenatan yang amat sangat...aku singgah makan di restoran mamak bersama seorang teman hati...tengah rancak berborak tentang ketakukan untuk pulang menaiki teksi diawal2 pagi buta kerana apa sahaja boleh berlaku antara penumpang teksi dengan pemandu tetiba je terkeluar isu si saiful nih...

tapi yang aku peliknya dan menimbulkan sangsi di sini seperti yang dipersoalkan di atas tadilah..

1) kenapa lah si saiful tu mudah sangat diliwat??...bukan kah dia lelaki!! mempunyai tenaga untuk melawan.....takat anwar ibrahim yang dah tua macam itu si saiful yang lagi muda ini tak ada khudrat untuk melawan ker???....

2) kalau benarlah si saiful diliwat...masa dia nak diliwat tu si saiful tu pakai seluar ke pakai kain pelikat??...kalau pakai seluar takkan tak dapat menghalang perbuatan anwar nak buka seluar dia tu???!!! lemah sangat kah si saiful nii..

3) kat mana agaknya si saiful ni diliwat??...di hotel?..di rumah??..di pejabat??..huh!!...fikir LOGIK pon, kat mana agaknya proses liwat meliwat ini terjadi dan berlaku takkan berlaku dengan mudahnya kalau si saiful ni tak merelakan...

haa..apa lagi..takkan hakim yang bijaklaksamana tak teliti perkara2 gini...jangan dok kira kes sperma/dna yang kat badan si saiful tu jer...bila2 masa pon benda tu boleh calit kat badan si saiful tu...

p/s;...aku menulis bukan kerna nama...tapi mencetuskan konflik untuk di fikirkan bersama...
bilalah agaknya kes akan tutup buku...malu...maluuu oiii org melayu!!!

Saturday, November 28, 2009

20/10/2010: kisah korban yang LUAR BIASA!!?...(part II)

bas bergerak memasuki kawasan hentian yang dikelilingi suasana gelap...hanya ada satu pondok besar sahaja dihentian tu..hadapannya hutan...aku pulang ke tempat dudukku...aku ambil sesuatu dalam beg ku..terus aku berlari ke muka pintu bas..

pemandu bas membuka pintu dengan terpinga-pinga kelihatan mukanya..

turun sahaja dari bas, aku terus meluru ke pintu tempat utama...dalam keadaan cemas, hati ku berdegup2..dub dab! dub dab!..cepat..cepat..derita ini akan berakhir..cepattttttt!!!...

..................alhamdulillah!!..terima kasih Ya Allah...Engkau telah menyelamatkan suasana yang sangat perit...agak lama aku berada di tempat yang sangat perit itu...setelah keluar, aku pergi mendapatkan teman seperjuanganku yang berada di dalam bas...aku berbicara dengannya tentang sengsara yang menyelubungi suasa ketika itu...

nak tahu apa kah sengsara yang cuba dimaksudkan itu...???...sakit perut tak terhingga...cuba bayangkan bagaimana perasaan anda ketika berada dalam situasai kes tersebut?...punyalah tak tahan...

kurang lebih setengah jam berhenti berehat di hentian tersebut...perjalanan akan mula diteruskan...aku masih tidak sedap hati...perut ini masih belum mahu sembuh seperti sediakala...aduh apakah yang harus aku lakukan..??..aku sudah buntu...sudah lah hentian tu agak terpencil dari pekan2 kecil..

aku harus membuat keputusan dengan segera...bas akan bergerak bila2 masa sahaja...turun naik turun naik aku dalam bas...berdiri salah, duduk pon salah...almaklumlah..perut tidak selesa...puas aku cuba menenangkan fikiran..macam2 jalan penyelesaian cuba aku fikirkan...akhirnya, keputusan muktamat!!! .."pakcik, saya terpaksa turun di hentian ini kerana saya berasa sangat sakit perut"...

aku terus meluru ke tandas...setelah selesai menunaikan hajat, hati aku mula sayuuu...aku kesunyian tanpa arah tuju, aku telefon ibuku dan memberitahu yang aku tidak dapat pulang kerana sakit perut...ibuku mengucap panjang....aku pon terus letak...aku cuba menghubungi rakan2 ku yang lain untuk mohon bantuan namun tiada jawapan berbalas...sedih, sayu, takut dan rasa macam nak nak menangis di tinggalkan kesaorangan...

bateri handpone hanya tinggal 3 bar sahaja lagi...jam semakin menghampiri subuh...keadaan hentian sudah lengang..tiada lagi bas yang berhenti..peniaga di hentian asyik sibuk mengemas kerana kedai akan tutup jam 7 pagi...

aku menjadi tidak keruan...sangat2 memelukan pertolongan...aku merasa sangat gelabah...aku hanya mampu berdoa dan terus berdoaa...

20/10/2010: CUN SAJA_Sleeq

Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

Friday, November 27, 2009

20/10/2010: kisah korban yang LUAR BIASA!!?...(part I)

semalaman aku terkenang kisah duka ...
bukan kisah rekaan tapi benar2 terjadi..

nak diketegorikan sebagai kisah paling meletup utuk bulan november...

perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan hari raya aidil adha...menaiki bas megastar bersama teman seperjuangan..di awal perjalanan sudah menampakkan tanda2 yang akan berlakunya musibah..melihat kejadian kemalangan moto dua kali berturut2..kemudian betengkar dengan pemandu teksi yang biadap..menanti bas yang sangat lewat tiba...nak dinner di KFC yang tak kesampaian..

tapi dalam hati ini berdoa dan terus berdoa...apakah hikmah kejadian malam itu?...diimbas kembali kata2ku semasa membeli tiket bas, terngiang2 dalam fikirankan pada malam itu...adakah itu malam terakhirku??..itulah yang aku tidak pasti...namun perjalanan tetap aku teruskan...

sehingga aku berada di dalam bas, atas kerusi empuk yang selesa...perasaan mula gundah gulana..hati kecil mula berteriak tidak tenteram...namun aku pujuk hatiku untuk terus bertenang..setelah hampir 1 jam 30 minit dalam perjalanan, perasaan dan fikiranku mula terganggu... terjaga aku dari lena yang selesa...aku menahan diri dari gelabah yang tak menentu...

namun apakan daya...itulah ujian besar yang perlu dilalui dah didepani dengan ketabahan dan kesabaran...aku berlari ke arah pemandu bas..masyaallah!!!..banyak nya kereta beratur panjang di hadapan bas...Allahhuakbar!!! kenapa jadi begini....Ya Allah...ringankanlah ujian ini... tidak dapat menanggung kesakitan ini lagi...

bas bergerak keluar hari highway secara perlahan2..pemandu bas yang penuh dengan kesabaran berulang2 kali menuturkan kata2 penting kepadaku...aku pasrah!!...cukup lama penantian ini..terasa amat derita..hanya Allah yang mengetahui nya...

Thursday, November 26, 2009

berkorban dan dikorban

tajuknya di huruf kecik kan...??..

setelah sekian lama blog ni sunyi tanpa apa2 post...
tup!tup!..dah nak raya korban..
maka terdapatlah waktu cuti...
walaupon sehari namun tetap digelarkan cuti..

alangkah nikmatnya hidup sebagai seorang pelajar..
tapi alangkah bahagianya hidup sebagai seorang yang bekerjaya...
dua2 ada keistimewaan..namun tak perlu lah disenaraikan di sini..

bila tiba musim cuti walaupon pendek ramailah insan2 bernyawa di kota mula merancang mahu pulang ke desa..kononnya mahu melepaskan rindu pada teman2 sekeluarga di kampung...
maka dengan itu juga lengah lah kota metropolitan ini..senang hati bagi yang hidup tekanan di kota ...hehe..

mulai 1 disember, keperluan taraf hidupku akan meningkat secara mendadak..mana tidaknya..nak dikongsikan bersama tunggu selepas 1 bulan..kerana pada tahun baru 2010 adalah tahun paling penting ..perlu dikerahkan segala usaha dan keringat untuk masa depan yang lebih indah...

dijadikan cerita juga, november memang bawa tuah ...pon walaubagaimana masih punya perkara2 malang yang terpaksa di lalui, menyebabkan hidup ini diwarnai dengan hitam dan merah..

...tapi yang merah lebih diingati..

kenangan di UY..
kenangan di Terengganu..
tuah di Shah Alam..
setiap pagi di KLCC..
hujung minggu di putrajaya bersama "family baru"..
cabutan bertuah DOITE...
beruk band digi, celcom, p1w1max,..
big apple coklat yang masyukk!!!..
merentas desa di seksyen 13 sendirian..

cukup lah..biar pon banyak yang manis, namun yang sedih tetap menyelit..

selamat tinggal DOITE/KLCC/MAHARAJALELA...
kenangan terindah di kala petang menjelma menutupi keterangan cahaya matahari...
tiada lagi sesak dan berasak menaiki tren lrt pagi2..

cukuplah sekadar itu dahulu setelah sebulan tanpa perkembangan ...jari jemari tangan menjadi kaku..tulisan tiada seindah kata yang disulami dengan tawa dan tangis...

Monday, November 16, 2009

NOVEMBER KIAN DIINGATI

hari demi hari berlalu...sepantas kilat di langit ketika hujan...
tak sangka dah pertengahan bulan NOVEMBER...
aku hanya sempat update beberapa hari sahaja untuk posting bulan nih..

Kerja!kerja!kerja!...itu yang berada dalam pemikiran ni...
pikir macam mana nak survive sehingga takat bulan 1o/10/10...
lepas pada tu akan muncul rezeki lebih bermakna..

hari ini seharian aku puas!!...kerja! kerja!..bila Allah nak permudah untuk ku...
kawan2 ku yang seperjuangan agak2nya dah berjaya belaka?...hurm!!...yang mana ada blog dapat maklumat dari blog...yang mana ada facebook dapat maklumat dari facebook...

kenkadang teringat aku pada mak dah ayah..apa khabar mereka di kampung??...rindu rasa hati nak pulang berjumpa...raya haji semakin dekat..gunakan peluang yang ada sebaiknyaa...

Saturday, November 7, 2009

PIALA MALAYSIA

malam ni turun lah sang rusa dan sang kijang berentap!
satu kuning satu lagi merah...
penyokong dua2 team sangat fanatik..
negeri kelantan besaq, negeri 9 kecik je
..maka stadium tentulah dipenuhi oleh ore kelate..

maklumlah..kelantan belum merasa menang di pentas piala M'sia..
tentulah penyokong mereka sangat teruja..
banyaklah bom2 meletup!! botol2 air mineral bergelimpangan...

indera putra dan zambri yahya..
sama hebat sama berpengalaman...
manakah antara mereka akan lebih menyerlah??...

hasbullah awang pengantara mantap..buka je mulut untuk mengulas pasti terpegun telinga mendengar...maka tentunya lebih menyerlah dari indera dan zambri...=)

semoga permainan akan bersih tanpa perlu bergomol di tengah padang..
kerana semua orang sedia maklum, ...ore kelate ni gedebe sikit!!

selamat berjaya untuk kedua2nyaa...

Thursday, November 5, 2009

RASMI SUDAH ???

MATA OH MATA!! MATAKU MATAMU


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... .......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN
seharusnya seperti itu......... ....

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN

jadi hargailah kawan2 kita semua..jangan lah kerana satu dua kesalahan yang tak di sengajakan,
persahabatan ini terputus begitu sahaja...


Wednesday, November 4, 2009

NOVEMBER YANG ISTIMALANG

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Kini engkau sudah hampir pergi
Bersama seluruh kenangan manis
Yang menghiasi perhubungan ini
SierraOscarBravo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online