PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, November 28, 2009

20/10/2010: kisah korban yang LUAR BIASA!!?...(part II)

bas bergerak memasuki kawasan hentian yang dikelilingi suasana gelap...hanya ada satu pondok besar sahaja dihentian tu..hadapannya hutan...aku pulang ke tempat dudukku...aku ambil sesuatu dalam beg ku..terus aku berlari ke muka pintu bas..

pemandu bas membuka pintu dengan terpinga-pinga kelihatan mukanya..

turun sahaja dari bas, aku terus meluru ke pintu tempat utama...dalam keadaan cemas, hati ku berdegup2..dub dab! dub dab!..cepat..cepat..derita ini akan berakhir..cepattttttt!!!...

..................alhamdulillah!!..terima kasih Ya Allah...Engkau telah menyelamatkan suasana yang sangat perit...agak lama aku berada di tempat yang sangat perit itu...setelah keluar, aku pergi mendapatkan teman seperjuanganku yang berada di dalam bas...aku berbicara dengannya tentang sengsara yang menyelubungi suasa ketika itu...

nak tahu apa kah sengsara yang cuba dimaksudkan itu...???...sakit perut tak terhingga...cuba bayangkan bagaimana perasaan anda ketika berada dalam situasai kes tersebut?...punyalah tak tahan...

kurang lebih setengah jam berhenti berehat di hentian tersebut...perjalanan akan mula diteruskan...aku masih tidak sedap hati...perut ini masih belum mahu sembuh seperti sediakala...aduh apakah yang harus aku lakukan..??..aku sudah buntu...sudah lah hentian tu agak terpencil dari pekan2 kecil..

aku harus membuat keputusan dengan segera...bas akan bergerak bila2 masa sahaja...turun naik turun naik aku dalam bas...berdiri salah, duduk pon salah...almaklumlah..perut tidak selesa...puas aku cuba menenangkan fikiran..macam2 jalan penyelesaian cuba aku fikirkan...akhirnya, keputusan muktamat!!! .."pakcik, saya terpaksa turun di hentian ini kerana saya berasa sangat sakit perut"...

aku terus meluru ke tandas...setelah selesai menunaikan hajat, hati aku mula sayuuu...aku kesunyian tanpa arah tuju, aku telefon ibuku dan memberitahu yang aku tidak dapat pulang kerana sakit perut...ibuku mengucap panjang....aku pon terus letak...aku cuba menghubungi rakan2 ku yang lain untuk mohon bantuan namun tiada jawapan berbalas...sedih, sayu, takut dan rasa macam nak nak menangis di tinggalkan kesaorangan...

bateri handpone hanya tinggal 3 bar sahaja lagi...jam semakin menghampiri subuh...keadaan hentian sudah lengang..tiada lagi bas yang berhenti..peniaga di hentian asyik sibuk mengemas kerana kedai akan tutup jam 7 pagi...

aku menjadi tidak keruan...sangat2 memelukan pertolongan...aku merasa sangat gelabah...aku hanya mampu berdoa dan terus berdoaa...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online