PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Sunday, October 11, 2009

NAH!!!..PADAN MUKA ISA SAMAD

Tahniah kepada isa samad dan seluruh kem jentera BN kerana telah berjaya memenangi pilihan raya kecil kali ini. Ternyata di sepanjang kempen berlangsung seakan-akan menampakkan UMNO akan tewas. Namun hakikatnya tidak.

Iya benar ISA memang terlibat dalam rasuah!..tapi siapa kita untuk menghukum nya??...Allah masih memberi peluang kepadanya untuk menebus segala kesalahannya yang selama 22 tahun ini tersekat dan terlalai..

Maka biarkan nya membaiki apa yang telah dirosakknya sebelum ini. Memandangkan kita semua adalah bersaudara, maka marilah kita berdoakan agar ISA dapat menghadapi dugaan Allah yang besar ini.

Bagi jentere PAS, pada pandangan ku, mereka hanya asyik dan lebih tertumpu pada undi pos sahaja sehingga memberi kesan pada orang awam. Lihat saja pada ceramah2 anjuran PAS/PR, berapa kerat saja yang datang. Kalau ada video yang ditonton di UTUBE pon aku dapat mendengar beberapa orang sahaja yang bersuara.

Tapi pecutan saat akhir sudah terlambat buat PR, aura anwar yang cukup kuat di dua malam terakhir masih tidak dapat membantu...

Ada baiknya juga PAS tidak menang. Ada baiknya juga BN menang..asyik PR saja yang menang, boaring juga. Rakyat jelata tak ada feel..hehe...memandai je aku...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online