PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, January 31, 2011

hidup makin sesak.















walaupon dah dapat kerja yang lagi bes, mantap..
tapi tak penah nak cukup..
ada saja belanjawan yang diakhirnya kan mengalami defisit..
huiss...

ni semua angkara kos hidup yang terlalu tinggi..
di tambah dengan harga2 barang yang dok naik setiap masa...
tak penah nak berenti..
bulan nie dapat gaji,
buat budget,
bulan depan dah tak leh nak pakai budget tu lagi ..
kena save je...
geram aku...

ni dengaq cerita harga minyak dok nak naik lagi pulak dah!!
malaun betoi la puak2 nie..
tak pikiaq ka bilaa depa dok penaik harga menatang tu, menatang lain pon nak ambik kesempatan!!!

keja lebih 12 jam pon takkan mampu cover punya kalau harga barang makin hari naik ...
kalau satu barang ja yang naik tak pa lah,..nie boleh kata semua nak naik..
ikan temenung pon mahaiii ooo!!...

semoga lepas ni geng2 pembangkang ambik alih la kerajaan...
cover balik apa had geng2 kerajaan lani dah buat...
makin melampau2!

disebabkan terlalu banyak masa diabihkan semata2 untuk bekerja,
maka terabailah hal2 keluarga,,
mana dan nak ligan kesemua..
bukannya robot..
sebabtu lah kot agak2nya kes sosial kat melaysia nie makin menjadi2...

pesanan ikhlas buat geng2 aku had dok kat luaq negara,
hangpa semua tak payah la balik keja kat m'sia..
hidup hangpa semua takkan senang tara mana bebanding hangpa semua keja kat luaq..
kalau aku ada peluang pon aku nak juga!!
tak payah dok berangan nak jadi org kaya lah kalau nak dok kat m'sia selagi hangpa semua tak jadi kaki bodek atau masuk politik atau pon pak hangpa semua memang org kaya ...

yang miskin tetap akan miskin,
yang kaya pon akan jadi miskin kalau tak kena cara...





Tuesday, January 18, 2011

Isu MELAYU lagi besaq BEB!!

nak buat cammana?
hari itu aku dah berkira2 tak nak gosip2 tentang politik...
tapi tak boleh daa...

dok terngiang2 ja kat dalam akal nih..
pa pasai???
buletin utama tadi lah punya pasai...
kes terbaru nih...
kes azan yang di 'sound' oleh orang yang tak berkelayakan.
alhamdulillah dia dah mintak maaf.

tak apa lah.
yang aku tak berapa nak puas hati sangat ni kat orang yang nama nya Raja NC
alah.. menteri yang kecik tu ..yang jaga wilayah tu.
dia boleh cakap hal nie tak besaq mana pon.
janganlah dok kecoh2 sgt..
nanti pelabur tak mau datang!!!

pergh!!!
cantik betoi statement beliau tu..
yang aku geram nak mampuih nih,
kes kat selangor tu
keh soltan ngan yb PR tu dok riuh2 tak mau2 pasai apa..
kawan tu pon dah mintak maaf dah pon dok bising2 lagi..
segala mak bapak ngo kononya nak bela soltan tu hari2 nak hingaq kat dalam tv dah dok demo2 hari2 siap nak wat seminggu sekali lagiii lepas nih..
naik meluat aku..

tentang tu tak pulak timbul pelabor tak mari...
nampak gaya nya
geng2 menoo nih dah jauh menyimpang..
lebih takut kalau pelabur masuk daripada TERCEMARnya kesucian ISLAM

nampak gaya nya hati aku tak terpaut jugak pada kepimpinan najib walaupun aku sedaya upaya cuba untuk neutral dan berpihak pada BN namun...
hampeh!!!
bila terasa nak suka,
depa penaik harga MINYAK,
pudaq semula
pujuk hati nie balik...
gaya nak suka depa penaik pula cas perkhidmatan sampai 6% kat org pakai postpaid..
cis!! tak guna
nak sokong PR tapi hari2 dok kena hentam ja ngan BN..
kerana suka menyediakan peluang untuk dihentam.!

tak palah..
tunggu lah hari ngudi nanti..siap laaa

Monday, January 10, 2011

tepatnya sasaran itu...

sekarang dah bulan januari 2011..tak sempat nak ucap tahun baru masihi..
selamat tahun baru buat pelayar-pelayar kat LJ yang serba biru ini..
tahun baru ini menceritakan banyak perkara yang manis..
dapat kerja baru,
dapat kawan baru,
dapat "semangat" baru...

cerita politik??...
LJ malas lah nak gosip2 pasal politik lagi..
sebab tak bagi keuntungan pon,
yang diterima hanyalah kesengsaraan..
lebih baik baca sendiri, komen sendiri,
pastu buat keputusan sendiri..
mana taknya;

bila sembang2 ngan puak barisan, macam betul lah pulak apa had depa dok cer crita..

bila pi dengaq ceramah2 pakatan macam betoi jugak..last2 aku sendiri yang konfius..
lebih baik aku diam. bila diam kurang dosa becakap..

hahahaha...

nak disentuh ngan perangai manusia sekeliling..
adoi, mintak maaf lah yer..
bukan nak mengata tapi memang nak kena kata pon!!

'tak diajak, bunyinya membalas macam guruh di langit,
bila dah diajak, menolak dan menarik diri macam orng berak cirit...

paham2 lah kot..tapi terpulanglah...ikut suka hati.

cerita pasai2 bos di tempat kerja.
masa interview makaii,
cerita cam bagus jer...
kami nie company takdak rasis2..
semua profesional..
bila aku dak masuk,
tuuudiaa, macam haprak!!..
cakap tak serupa bikin..

tapi nasib baik lah environment dia leh tahan..
very nicee=)
tapi agak malang jugaklah rasanya,
dapat kengkawan "baharu" yang dah agak veteran..huhu..
kena lah aku nie belagak cam org tua jugak..kahkahkah

cerita pasai bini..
jeng2..jeng..jeng...
makin hari aku tengok dia makin lawaa...
hurm..
cukup lah setakat nie,
jumpa lagi di lain waktu..
selamat malam!! ~_~/

Saturday, January 8, 2011

Alhamdulillah...yang lumpuh dah pulih!



sekian lama sunyi sepi daripada arena blog, kini LJ muncul..

diam sementara bukan beerti tiada yang khabar
cuma mahu penumpuan penuh kepada nya..
18 12 2010 telah berlalu dengan selamatnya
syukur kepada Nya yang telah memberi kesempatan untuk ku dan dia.

kini pemikiran tertumpu untuk kehidupan yang lebih baharu..
yang perlu kepada tanggungjawab yang berganda..

tapi yang menariknya di sini,
seketika aku terkapai untuk menempatkan diri di suatu persada yang lebih kukuh,
Ujian Allah begitu mencabar dan besar,
Jalan cerita yang ditetapkan olehNya sangat halus dan sukar dibaca.
semuanya ada sangkut-paut yang tersendiri..
ternyata doa itu senjata orang Islam..

kini kesusahan itu makin berlapangan..
semoga terus dilapang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online