PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, October 14, 2009

SATU MALAYSIA DAN MALAYSIA BARU

1. Situasi politik Malaysia pada ketika ini amat mendebarkan dan merupakan politik fasa baru yang belum pernah dikecapi oleh rakyat Malaysia. Semuanya angkara angin perubahan yang dimulai di barat dengan pemilihan seorang Presiden kuasa besar dunia daripada kumpulan minoriti.

2. Kewujudan dua buah pakatan politik besar yang pada pandangan mata kasar masyarakat Malaysia bertemakan slogan ingin memberi kesejahteraan rupanya-rupanya telah menambat hati untuk terus memberi sokongan.

3. Walaubagaimana pun, politik yang wujud kini bukanlah suatu politik lapuk yang sekadar janji-janji manis pemimpin namun ia perlu direalisasikan supaya masa depan pekatan politik tersebut akan terus diberi kepercayaan contohnya janji mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang inginkan gejala rasuah dihapuskan malah dengan sokongan besar rakyat terdahap kepimpinan beliau dalam pilihan raya ke 11 telah ditipu begitu sahaja. Kesannya dapat dilihat pada pilihan raya yang ke 12 yang lalu.

4. Politik pemasaran adalah sangat berketepatan kerana politik era baru ini bukanlah suatu politik yang berdasarkan perkauman. Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam berpuak-puak, kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia keluar dari kepompong yang sempit itu untuk terus berlari mengecapi dinasti pemerintahan yang lebih terbuka dan telus.

5. Pakatan rakyat dan Barisan Nasional harus wujud dalam pemerintahan ketika ini dan masa akan datang supaya pemimpin-pemimpin yang dipilih dari parti-parti tersebut tidak lupa akan tanggungjawab masing-masing. Malah mereka akan terus berlumba-lumba untuk memberi khidmat yang terbaik demi suvival parti politik mereka.

6. Rakyat Malaysia kini bertuah dan beruntung. Keadaan politik baru ini banyak memberi kesan dalam kehidupan seharian. Maka adalah baik untuk rakyat Malaysia supaya berfikir, mengkaji dan bertindak untuk kebaikan sejagat supaya negara Malaysia akan terus berada dalam keadaan selamat dan harmoni. Hidup Rakyat!!!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online