PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, October 31, 2009

AKU CUBA BERFIKIR...

jalan di kiri & kanan huru-hara serta haru biru...
muka macam singa, macam unta, macam kucing....
ragam manusia sangat pelbagai....

berlumba-lumba dan berasak-asak...
adegan tolak-menolak serta tarik-menarik...
merebut tempat untuk berada dalam gerabak, katanya mahu pulang awal...
ragam manusia sangat pelbagai....

dicelah huru-hara serta haru-biru....
terkelihatan jelas bayang-bayangan anak muda-mudi melayu...
dedah sana, dedah sini tanpa rasa segan-silu...
buat tatapan umum...
ragam manusia sangat pelbagai....

antara pelumba-pelumba itu...
tidak kira yang keja ringan atau berat, yang tinggi atau rendah duduknya, yang lama atau baru kemunculannya...
semata-mata namanya rezeki, pasti ianya milik 'ku'..
maka pipi ke cermin, badan ke badan, tangan menyilang untuk terus bergantung menstabilkan jasad...
ragam manusia sangat pelbagai...

itu cerita di petang kerja menuju pulang ke rumah empunya...
kadang-kadang bertuah adakalanya masam macam cuka...
tanda kehidupan punya pelbagai ragam dan seni...
semua itu sekadar penyeri hidup untuk terus menyaksikan, ragam manusia sangat pelbagai....

2 Comments:

Semanis Kurma said...

best jugak nengok kerenah org nie... seolah-olah ngah nengok org shooting filem.. filem hidup yg berbeza-beza...filem hidup kita pulak..org yg perhati... kan3? hii.. :)

hafizasmadi said...

yea...betul tu...memang sesekali kita harus memperhatikan org lain untuk membetulkan diri kita...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online