PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Tuesday, December 22, 2009

20/10/2010: Dr. MAZA + DSAI= "wahabi"~harapan baru malaysia


mengikut pandangan dr.asri beliau dituduh sebagai wahabi kerana berbeza pendapat dengan ulama dalam perkara2 tertentu dan pendapat tersebut bukanlah suatu kesalahan yang melepasi kerangka had Islam.rujuk di sni


aku highligh kat sini frasa berbeza pendapat..

anwat ibrahim tak mendendangkan lagu ketuanan melayu mengikut rentak UMNo...tapi anwar menyanyikan lagu yang lebih luas daripada itu dengan tajuknya ketuanan rakyat... sangat berbeza pendapat pemimpin tersebut lalu anwar dimomok sebagai pengkianat bangsa...

aku highligh sekali lagi kat sini frasa berbeza pendapat..

~baru2 ni dikecohkan dengan berita gempar, dr. asri ditahan jais kerana menyebarkan dakwah tanpa tauliah...ada penambahan mengatakan, dakwah beliau ekstrem...

~kisah yang sudah lama diperkatakan isu liwat anwar ibrahim...tak selesai2 di tonjolkan dan disensasikan walaupon tiada bukti dan hujah konkrit membuktikan beliau bersalah....

kes depa dua ni lebih kurang sama lah...sorang berdakwah memartabatkan Islam, sorang lagi berusaha nak mengangkat darjat kehidupan masyarakat malaysiadengan menidakan segala kemungkaran yang dilakukan umno...

tapi apa yang terjadi??...mereka terpaksa berhadapan dengan mahkamah dunia untuk merencatkan perjuangan mereka dalam bidang masing2..

DSAI Dr. MAZA adalah harapan baru rakyat malaysia...

Monday, December 21, 2009

20/10/2010: si lin.da yang hot!!..


semakin lama semakin berjaya...nama khas untuk barang baru...huhu...hutang tetap hutang...kerja kena rajin lah selepas nih...

Thursday, December 17, 2009

20/10/2010: panadol diperlukan...






belambak2 nya keja....berpinau mata... nak update setengah tahun punya keja...aduh.. sangatlah menguji ketahanan, nasib baik keja2 MPP dulu banyak mengajar erti kesabaran walaupon kenkadang terlepas gak dua tida peluru...

20/10/2010: memperkenalkan si dia...

orgnya biasa saja...sederhana, ramah yang sangat mesra...petah berkata2...sangat berkarisma...punya perancangan masa depan yang teliti dan berkualiti...cepat memberontak dan sangat berdisiplin....kisahnya akan bermula....sieeraoscarbravo...=)

20/10/2010: akan tinggal sejarah

ceritanya akan bermula...

Wednesday, December 16, 2009

20/10/2010: menu orang bujang

manu hari kedual...menu malam pertama setelah berbulan2 tak berasap dapur rumah seksyen 24...
skill yang masih tersohor....tanhiah untuk bujang S.24

masakan yang paling best dari chefzrill@azrilafandy!!hahaha..mantopp dan meletup...

simple tetapi masyuk...sekali rasa pasti nak lagi...yum!yum!yum!!...mesti terliur...tak perlu ayam KFC..sekadar bilis yang garing...

nasi beras wangi dari jejaka TM...harharhar...nasib baik tak jadi bubur...pandai memasak...

Monday, December 14, 2009

20/10/2010: tiada agenda


pena tikus menulis konflik dengan penuh keperihatinan

Saturday, December 12, 2009

20/10/2010: lagi kisah kawin di zaman Nabi Muhammad S.A.W

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra., ia berkata:

Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah saw. memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian beliau mengangguk-anggukkan kepala.

Melihat Rasulullah saw. tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk. Sesaat kemudian seorang sahabat beliau berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka kawinkanlah aku dengannya.

Rasulullah saw. bertanya: Apakah kamu memiliki sesuatu? Sahabat itu menjawab: Demi Allah, tidak wahai Rasulullah! Beliau berkata: Pulanglah ke keluargamu dan lihatlah apakah kamu mendapatkan sesuatu? Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: Demi Allah aku tidak mendapatkan sesuatu!

Rasulullah saw. bersabda: Cari lagi walaupun hanya sebuah cincin besi! Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: Demi Allah tidak ada wahai Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi kecuali kain sarung milikku ini! Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida` (kain yang menutupi badan bagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya.

Rasulullah saw. bertanya: Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa. Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi sehingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi.

Rasulullah memerintahkan untuk dipanggil, lalu ketika ia datang beliau bertanya: Apakah kamu bisa membaca Alquran? Sahabat itu menjawab: Saya bisa membaca surat ini dan surat ini sambil menyebutkannya satu-persatu.

Rasulullah bertanya lagi: Apakah kamu menghafalnya? Sahabat itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Pergilah, wanita itu telah menjadi istrimu dengan mahar mengajarkan surat Alquran yang kamu hafal.

nak cerita lanjut, klik di sini


20/10/2010: ni adalah artikel untuk orang yang nak kawin...

dalam berita ketika nie, heboh 1 Malaysia...mas kawin kat selangor naik ke tingkat 300.

ulasan dari blog GB...

Soalnya mengapa dipersulitkan orang yang hendak berkahwin secara sah?

Apakah kerana "masyarakat sekarang lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran" maka kita perlu mengikut arus trend berkenaan?

Bukankah menjadi tanggungjawab pihak yang berpengetahuan ugama termasuk mufti-mufti yang hebat-hebat serta pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk mendidik masyarakat supaya tidak mengikut trend pemborosan dan bermegah-megah itu?

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya.....
Sabda Rasulullah SAW

" خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا "

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس

Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

" ابركهن اقلهن مهرا "

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Belum ada dijumpai hadith yang menunjukkan perlu dinaikkan atau dimahalkan mas kahwin.

Sebelum ini GB mengutarakan sekurang-kurangnya dua implikasi dari kenaikan mahar dan pihak yang bertangungjawab menaikkan mahar dan yang menyokongnya perlu bertanggungjawab dengan masalah yang yang dibawa:

1) Akan lebih ramai andartu (anak dara tua) seperti yang disebutkan oleh TG Nik Aziz
2) Akan lebih marak kes-kes sumbang mahram dan gejala sosial di kalangan remaja kerana dipersulitkan mereka untuk mendirikan rumahtangga secara sah.

Ada diantaranya berhujjah kononnya kenaikan maskahwin akan meninggikan darjat perempuan. Ia sebenarnya satu hujjah dangkal lagi bebal. Tinggi-rendah mas kahwin tidak boleh digunakan untuk mengukur darjat perempuan. Apakah nilai seorang wanita cuma RM300?


artikel penuh di sini...

20/10/2010: hati siapa tak sayu...

aku terbaca kisah pengantin baru 4 jam bernikah...
kuasa tuhan yang Maha Esa menetukan segalanya...
apa pon yang semua itu adalah suratan takdir...

keluarga pengantin harap tabah menghadapi dugaan yang amat besaq ni...
ada hikmah disebalik segalanya...kami sebagai rakyat Malaysia turut bersimpati dengan apa yang teleh berlaku...

kisah nya di utusan malaysia... bacalah dan hadiahkan doa kepada mereka yang yang ditimpa dugaan..semoga mereka radha dan tabah...ameen..

p/s; gambar di ambil dari blog nie..

Friday, December 11, 2009

20/10/2010: panas dan hangat !!!

Thursday, December 10, 2009

20/10/2010: malas makin menjadi...

hari ni, aku terbang pulang ke pantai hill park...perjalanan yang menganbil masa 40 minit dengan kelajuan moto 60km/h...moto org lain terus-terusan memotong aku...dah sampai di rumah yang yang tinggal sis2 hari selama kurang lebih 2 minggu...

bila dah mula landing atas tilam, terasa kepenatan satu hari bekerja yang boleh dianggap tidak bekerja...mana tidak nya, dok dalam pejabat hanya menunggu bagaikan pungguk rindukan bulan...nasib baik dapat jalan2 kat dalam plant..ada gak la benda yang dibuatnya...

bila dah tersadai macam kapal karam, nak pergi mandi pon dah malas...tambahan pulak, esok cuti...huh!! lagi2 lah bertambah malasku ini...terus mata ni terpejam...satu apa pon tak buat..rancang nak balik basuh baju kemas bilik, pack barang2 nak pindah ...erm..sekadar perancangan...

nie, bila dah bangun dok mengadap laptop pulak,...adoi!!..kata malas..tapi bab2 blog ni rajin la sikit..hehe...dsyok baca cerita politik sebenarnya...impianku hanya DIA dan si dia yang tahu...

Wednesday, December 9, 2009

20/10/2010: tv baru nasrol....=)

gambar kenangan bersama asset baharu...sape tak nak posing beb!!

boleh tahan...saiz 29 inchi dengan harga 250++....maka selepas ni, hidup bertemankan Tv je lah nampaknyaa...hehe

Tuesday, December 8, 2009

20/10/2010: pengalaman yang memeritkan???


hari ni masuk 2 hari aku bertugas dalam pejabat tingkat tinggi tu..hari pertama mak oii, bosan bin boring...jenuh nak tesengeh jer...nak buat keje tak ada...

kat sini asyik hujan jer memanjang..nak gerak mana2 pon susah kalau tak dak baju hujan..maklumlah dah jadi pengguna motosikal...

beruk ban celcom nih macam dah expired lak...susah tol dia nak befungsi dengan baik..ishhh!!! geram aku...susah nak comunicate dengan org tesyg yang tak berapa jauh nih!!..hehe

aku dah buat keputusan untuk meninggalkan kota yang penuh dengan nostalgia...aku rindu waktu2 bersama...kini aku kena kuat untuk meneruskan kehidupan...tak bisa ku memilih...tarpaksa aku merelakannya...hanya si dia yang memahami...maafkan daku...

Thursday, December 3, 2009

20/10/2010: kisahku seminggu di shah alam...banyak yang difikirkan..


betul lah kata seorang cikgu sejarahku ketika itu aku di bangku sekolah lagi...

"baik kamu semua belajar dan rehat sebetul2nya..sebabnya nanti bila kamu kerja kamu dah tak punya masa untuk rehat..pagi2 kamu kena bangun awal awal untuk pergi ke kerja..balik petang dekat2 nak malam...haa, senang jadi pelajar..ada manyak massa..." masih terngiang2 dalam kepala ku..
hari ini, tika ini, dan saat ini, aku merasakan diriku amat penat...mulalah aku terfikir...macam manalah agaknya mak dan ayah ku berkerja berpuluh tahun untuk menyara dan membesarkan ku??...hebatnya mereka..kuat dan berdedikasinya mereka..tak kisah la keja besaq ke kecik ker...apa yang pasti sekarang nih masing2 antara kita sudah punya masa depan sendiri yang lebih cerah dan baik untuk membantu keluarga kita..

aku baru sahaja melaporkan diri 3 hari di sebuah kilang bertaraf antarabangsa..NESTLE.. memang bes dan syok dok keja kat sana..banyak faedah2 yang diidam2kan..sememangnya aku sekarang punya kawan2 yang peringkat usia mereka puratanya 28 sehingga 33..ada yang dah bergelar bapa budak!!..huhu..

aku menumpang di rumah kengkawan GEMS dekat seksyen 24..pergi kerja pagi azril tolong hantarkan..pulang petang kalau cuaca baik maka kaki ini menjadi saksi lah untuk anak2ku nanti..ada lah bahan aku nak kongsi dengan anak2 aku nanti (tu pon kalau umo panjang...semoga panjang lahh..ameenn.) nak menunggu moto yang sebijik dari jitra tu masyaallah.. boleh berjanggut aku dibuatnya..NATION WIDE katakan..

hati ini terasa kosong seketika sebab ada ruangan yang tak terisi...ku tinggal di pantai yang tinggi bukitnya...bilahkah punya waktu untuk ku kembali ke sana??...aku rindu akan dia..

pejam celik pejam celik..dah dekat seminggu...suasanya nya amat berbeza dengan kota besar di KL..shah alam lebih tenang dan indah..sebab tu lah menang bandar terindah dekat malaysia nih...kelebihan shah alam nih satu jer..banyak sangat round about dia...hehe... kenkadang tu banyak lah cabang..sampai tesalah jalan...

Monday, November 30, 2009

20/10/2010: buat Si dia Yang Istimewa

saat bahagia telah berlalu...
kini telah tiba saat penentu...
aku bukan seperti yang engkau sangkakan itu...
aku jujur menyintaimu...
bukan cinta palsu...
tapi yang penuh dengan keyakinan dan keistimewaan...

malangnya, dikau tidak dapat membacanya...
dikau hanya mentafsir luaran yang buruk belaka...
maka itulah keputusanmu...

tidak mahu meneruskan, aku terima.
tidak mahu bersuara, aku mengiya.
tidak mahu segala2nya, aku berduka...

kau tahu erti hiduku,
kau baca riwayat kisahku,
kau kenal erti bahasaku,
kau fahami semuaya namun kau tak mahu mengerti kisah kita...

aku kesal diriku yang lemah,
dalam keputusan masih goyah,
tidak punya sifat yang tinggi,
penting diri tidak terperi,
ego melangit membelah hubungan yang indah...

kau benar, ku pon benar!
sama benar! namun kita berdua kurang sabar! kurang ilmu memimpin hidup...

cinta kena teruskan...
biar apa yang dihadapan...
aku sabar, kau juga sabar...
perjalanan ini tidak semudah yang kita impikan...

LINDA MAR SOBAH

20/10/2010: benarkah saiful diliwat...???.

hingga dikala ini, kes ini masih belum selesai2,

sumpah sudah,
pemeriksaan doktor pon sudah,
masuk mahkamah pon sudah,

tapi tak selesai2 lagi...kenapa lah susah sangat nak menjatuhkan kesalahan tersebut...

kira2 jam 2 pagi tadi sewaktu tiba di hentian puduraya setelah puas berkorban di kampung, terasa kepenatan yang amat sangat...aku singgah makan di restoran mamak bersama seorang teman hati...tengah rancak berborak tentang ketakukan untuk pulang menaiki teksi diawal2 pagi buta kerana apa sahaja boleh berlaku antara penumpang teksi dengan pemandu tetiba je terkeluar isu si saiful nih...

tapi yang aku peliknya dan menimbulkan sangsi di sini seperti yang dipersoalkan di atas tadilah..

1) kenapa lah si saiful tu mudah sangat diliwat??...bukan kah dia lelaki!! mempunyai tenaga untuk melawan.....takat anwar ibrahim yang dah tua macam itu si saiful yang lagi muda ini tak ada khudrat untuk melawan ker???....

2) kalau benarlah si saiful diliwat...masa dia nak diliwat tu si saiful tu pakai seluar ke pakai kain pelikat??...kalau pakai seluar takkan tak dapat menghalang perbuatan anwar nak buka seluar dia tu???!!! lemah sangat kah si saiful nii..

3) kat mana agaknya si saiful ni diliwat??...di hotel?..di rumah??..di pejabat??..huh!!...fikir LOGIK pon, kat mana agaknya proses liwat meliwat ini terjadi dan berlaku takkan berlaku dengan mudahnya kalau si saiful ni tak merelakan...

haa..apa lagi..takkan hakim yang bijaklaksamana tak teliti perkara2 gini...jangan dok kira kes sperma/dna yang kat badan si saiful tu jer...bila2 masa pon benda tu boleh calit kat badan si saiful tu...

p/s;...aku menulis bukan kerna nama...tapi mencetuskan konflik untuk di fikirkan bersama...
bilalah agaknya kes akan tutup buku...malu...maluuu oiii org melayu!!!

Saturday, November 28, 2009

20/10/2010: kisah korban yang LUAR BIASA!!?...(part II)

bas bergerak memasuki kawasan hentian yang dikelilingi suasana gelap...hanya ada satu pondok besar sahaja dihentian tu..hadapannya hutan...aku pulang ke tempat dudukku...aku ambil sesuatu dalam beg ku..terus aku berlari ke muka pintu bas..

pemandu bas membuka pintu dengan terpinga-pinga kelihatan mukanya..

turun sahaja dari bas, aku terus meluru ke pintu tempat utama...dalam keadaan cemas, hati ku berdegup2..dub dab! dub dab!..cepat..cepat..derita ini akan berakhir..cepattttttt!!!...

..................alhamdulillah!!..terima kasih Ya Allah...Engkau telah menyelamatkan suasana yang sangat perit...agak lama aku berada di tempat yang sangat perit itu...setelah keluar, aku pergi mendapatkan teman seperjuanganku yang berada di dalam bas...aku berbicara dengannya tentang sengsara yang menyelubungi suasa ketika itu...

nak tahu apa kah sengsara yang cuba dimaksudkan itu...???...sakit perut tak terhingga...cuba bayangkan bagaimana perasaan anda ketika berada dalam situasai kes tersebut?...punyalah tak tahan...

kurang lebih setengah jam berhenti berehat di hentian tersebut...perjalanan akan mula diteruskan...aku masih tidak sedap hati...perut ini masih belum mahu sembuh seperti sediakala...aduh apakah yang harus aku lakukan..??..aku sudah buntu...sudah lah hentian tu agak terpencil dari pekan2 kecil..

aku harus membuat keputusan dengan segera...bas akan bergerak bila2 masa sahaja...turun naik turun naik aku dalam bas...berdiri salah, duduk pon salah...almaklumlah..perut tidak selesa...puas aku cuba menenangkan fikiran..macam2 jalan penyelesaian cuba aku fikirkan...akhirnya, keputusan muktamat!!! .."pakcik, saya terpaksa turun di hentian ini kerana saya berasa sangat sakit perut"...

aku terus meluru ke tandas...setelah selesai menunaikan hajat, hati aku mula sayuuu...aku kesunyian tanpa arah tuju, aku telefon ibuku dan memberitahu yang aku tidak dapat pulang kerana sakit perut...ibuku mengucap panjang....aku pon terus letak...aku cuba menghubungi rakan2 ku yang lain untuk mohon bantuan namun tiada jawapan berbalas...sedih, sayu, takut dan rasa macam nak nak menangis di tinggalkan kesaorangan...

bateri handpone hanya tinggal 3 bar sahaja lagi...jam semakin menghampiri subuh...keadaan hentian sudah lengang..tiada lagi bas yang berhenti..peniaga di hentian asyik sibuk mengemas kerana kedai akan tutup jam 7 pagi...

aku menjadi tidak keruan...sangat2 memelukan pertolongan...aku merasa sangat gelabah...aku hanya mampu berdoa dan terus berdoaa...

20/10/2010: CUN SAJA_Sleeq

Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

Friday, November 27, 2009

20/10/2010: kisah korban yang LUAR BIASA!!?...(part I)

semalaman aku terkenang kisah duka ...
bukan kisah rekaan tapi benar2 terjadi..

nak diketegorikan sebagai kisah paling meletup utuk bulan november...

perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan hari raya aidil adha...menaiki bas megastar bersama teman seperjuangan..di awal perjalanan sudah menampakkan tanda2 yang akan berlakunya musibah..melihat kejadian kemalangan moto dua kali berturut2..kemudian betengkar dengan pemandu teksi yang biadap..menanti bas yang sangat lewat tiba...nak dinner di KFC yang tak kesampaian..

tapi dalam hati ini berdoa dan terus berdoa...apakah hikmah kejadian malam itu?...diimbas kembali kata2ku semasa membeli tiket bas, terngiang2 dalam fikirankan pada malam itu...adakah itu malam terakhirku??..itulah yang aku tidak pasti...namun perjalanan tetap aku teruskan...

sehingga aku berada di dalam bas, atas kerusi empuk yang selesa...perasaan mula gundah gulana..hati kecil mula berteriak tidak tenteram...namun aku pujuk hatiku untuk terus bertenang..setelah hampir 1 jam 30 minit dalam perjalanan, perasaan dan fikiranku mula terganggu... terjaga aku dari lena yang selesa...aku menahan diri dari gelabah yang tak menentu...

namun apakan daya...itulah ujian besar yang perlu dilalui dah didepani dengan ketabahan dan kesabaran...aku berlari ke arah pemandu bas..masyaallah!!!..banyak nya kereta beratur panjang di hadapan bas...Allahhuakbar!!! kenapa jadi begini....Ya Allah...ringankanlah ujian ini... tidak dapat menanggung kesakitan ini lagi...

bas bergerak keluar hari highway secara perlahan2..pemandu bas yang penuh dengan kesabaran berulang2 kali menuturkan kata2 penting kepadaku...aku pasrah!!...cukup lama penantian ini..terasa amat derita..hanya Allah yang mengetahui nya...

Thursday, November 26, 2009

berkorban dan dikorban

tajuknya di huruf kecik kan...??..

setelah sekian lama blog ni sunyi tanpa apa2 post...
tup!tup!..dah nak raya korban..
maka terdapatlah waktu cuti...
walaupon sehari namun tetap digelarkan cuti..

alangkah nikmatnya hidup sebagai seorang pelajar..
tapi alangkah bahagianya hidup sebagai seorang yang bekerjaya...
dua2 ada keistimewaan..namun tak perlu lah disenaraikan di sini..

bila tiba musim cuti walaupon pendek ramailah insan2 bernyawa di kota mula merancang mahu pulang ke desa..kononnya mahu melepaskan rindu pada teman2 sekeluarga di kampung...
maka dengan itu juga lengah lah kota metropolitan ini..senang hati bagi yang hidup tekanan di kota ...hehe..

mulai 1 disember, keperluan taraf hidupku akan meningkat secara mendadak..mana tidaknya..nak dikongsikan bersama tunggu selepas 1 bulan..kerana pada tahun baru 2010 adalah tahun paling penting ..perlu dikerahkan segala usaha dan keringat untuk masa depan yang lebih indah...

dijadikan cerita juga, november memang bawa tuah ...pon walaubagaimana masih punya perkara2 malang yang terpaksa di lalui, menyebabkan hidup ini diwarnai dengan hitam dan merah..

...tapi yang merah lebih diingati..

kenangan di UY..
kenangan di Terengganu..
tuah di Shah Alam..
setiap pagi di KLCC..
hujung minggu di putrajaya bersama "family baru"..
cabutan bertuah DOITE...
beruk band digi, celcom, p1w1max,..
big apple coklat yang masyukk!!!..
merentas desa di seksyen 13 sendirian..

cukup lah..biar pon banyak yang manis, namun yang sedih tetap menyelit..

selamat tinggal DOITE/KLCC/MAHARAJALELA...
kenangan terindah di kala petang menjelma menutupi keterangan cahaya matahari...
tiada lagi sesak dan berasak menaiki tren lrt pagi2..

cukuplah sekadar itu dahulu setelah sebulan tanpa perkembangan ...jari jemari tangan menjadi kaku..tulisan tiada seindah kata yang disulami dengan tawa dan tangis...

Monday, November 16, 2009

NOVEMBER KIAN DIINGATI

hari demi hari berlalu...sepantas kilat di langit ketika hujan...
tak sangka dah pertengahan bulan NOVEMBER...
aku hanya sempat update beberapa hari sahaja untuk posting bulan nih..

Kerja!kerja!kerja!...itu yang berada dalam pemikiran ni...
pikir macam mana nak survive sehingga takat bulan 1o/10/10...
lepas pada tu akan muncul rezeki lebih bermakna..

hari ini seharian aku puas!!...kerja! kerja!..bila Allah nak permudah untuk ku...
kawan2 ku yang seperjuangan agak2nya dah berjaya belaka?...hurm!!...yang mana ada blog dapat maklumat dari blog...yang mana ada facebook dapat maklumat dari facebook...

kenkadang teringat aku pada mak dah ayah..apa khabar mereka di kampung??...rindu rasa hati nak pulang berjumpa...raya haji semakin dekat..gunakan peluang yang ada sebaiknyaa...

Saturday, November 7, 2009

PIALA MALAYSIA

malam ni turun lah sang rusa dan sang kijang berentap!
satu kuning satu lagi merah...
penyokong dua2 team sangat fanatik..
negeri kelantan besaq, negeri 9 kecik je
..maka stadium tentulah dipenuhi oleh ore kelate..

maklumlah..kelantan belum merasa menang di pentas piala M'sia..
tentulah penyokong mereka sangat teruja..
banyaklah bom2 meletup!! botol2 air mineral bergelimpangan...

indera putra dan zambri yahya..
sama hebat sama berpengalaman...
manakah antara mereka akan lebih menyerlah??...

hasbullah awang pengantara mantap..buka je mulut untuk mengulas pasti terpegun telinga mendengar...maka tentunya lebih menyerlah dari indera dan zambri...=)

semoga permainan akan bersih tanpa perlu bergomol di tengah padang..
kerana semua orang sedia maklum, ...ore kelate ni gedebe sikit!!

selamat berjaya untuk kedua2nyaa...

Thursday, November 5, 2009

RASMI SUDAH ???

MATA OH MATA!! MATAKU MATAMU


Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... .......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN
seharusnya seperti itu......... ....

Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN

jadi hargailah kawan2 kita semua..jangan lah kerana satu dua kesalahan yang tak di sengajakan,
persahabatan ini terputus begitu sahaja...


Wednesday, November 4, 2009

NOVEMBER YANG ISTIMALANG

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Kini engkau sudah hampir pergi
Bersama seluruh kenangan manis
Yang menghiasi perhubungan ini
SierraOscarBravo

Saturday, October 31, 2009

AKU CUBA BERFIKIR...

jalan di kiri & kanan huru-hara serta haru biru...
muka macam singa, macam unta, macam kucing....
ragam manusia sangat pelbagai....

berlumba-lumba dan berasak-asak...
adegan tolak-menolak serta tarik-menarik...
merebut tempat untuk berada dalam gerabak, katanya mahu pulang awal...
ragam manusia sangat pelbagai....

dicelah huru-hara serta haru-biru....
terkelihatan jelas bayang-bayangan anak muda-mudi melayu...
dedah sana, dedah sini tanpa rasa segan-silu...
buat tatapan umum...
ragam manusia sangat pelbagai....

antara pelumba-pelumba itu...
tidak kira yang keja ringan atau berat, yang tinggi atau rendah duduknya, yang lama atau baru kemunculannya...
semata-mata namanya rezeki, pasti ianya milik 'ku'..
maka pipi ke cermin, badan ke badan, tangan menyilang untuk terus bergantung menstabilkan jasad...
ragam manusia sangat pelbagai...

itu cerita di petang kerja menuju pulang ke rumah empunya...
kadang-kadang bertuah adakalanya masam macam cuka...
tanda kehidupan punya pelbagai ragam dan seni...
semua itu sekadar penyeri hidup untuk terus menyaksikan, ragam manusia sangat pelbagai....

Thursday, October 29, 2009

VERSI PEREMPUAN....MAAFKAN DIA!!

kesukaran melafazkan
mengucapkan perpisahan
kepada yang setia...

tapi terpaksa ku lakukan
kerana aku tidak mahu
terus berpura-pura

usahlah ku disalahkan
terjadinya perpisahan ini
itu suratan takdir

tak terlintas dihati ini
untuk aku jatuh cinta lagi
tapi takdir yang menetukan

memang pernah ku berjanji
kau yang pertama dan terakhir
tetapi aku memungkiri

tidak dapat ku menerima
dua cinta didalam hati
maafkan lah ku sayang....

custserv@bersatu.com.my


perempuan itu
mengasihi dan menyintai
suami setulus hati

perempuan itu
menyayangi suami
ibarat anak2 kecil

perempuan itu
memberi kesetian
pada suami
sesetia pada Allah
tapi.....

perempuan itu
di khianati
tanpa ada perasaan belas kasihan
di hina tanpa di pikirkan perasaannya

perempuan itu..
di tinggalkan dalam
keadaan kesakitan keseorangan
menjalani kehidupan sendirian
bersama benih
cinta yg ditinggalkan suami

perempuan itu...
tabah dan redha
menjalani dan menempuh dugaan
yg mendatang bersama
permata hati..
salahkah...

perempuan itu
ingin dicintai
dan menyintai
insan yg bergelar suami....

perempuan itu...
kini bersendirian
dgn permata hati...
Perempuan itu....

youn_0512@yahoo.com

Wednesday, October 28, 2009

AKHIR OKTOBER YANG TAK DIDUGA!!!

setinggi-tinggi tupai melompat
seteruk tu jualah jatuhnya menghempap tanah...
gedebukkk!! macam durian luruh..

fuh!!..apa nak dikata..macam pergi ke rumah kenduri yang tak dijemput..apa perasaan kita?...
entah..tak malu betulkan..

hari yang begitu panas! panas! panas!..bukan nye Hot FM..tapi ni Hot Channel...huhu
perkenalan yang tak diduga..boleh tahan macam ahli kongsi gelap "geng Melayu Bersatu"...
tapi tu lah..ketentuan yang Maha Esa menjodohkan pertemuan manusia dalam suasana yang lebih awal tanpa bersedia...

pon walaubagaimana, perpisahan di akhirnya membawa seribu erti yang pasti suatu hari nanti "CINTA " ini akan terus bersemi...

Tuesday, October 27, 2009

INI KISAH ORANG LELAKI...BACA JANGAN TAK BACA!!!

WAHAI KAUM LELAKI....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.. kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

eda_clp@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

LELAKI YANG HEBAT....


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Na mun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

AMRAN@Daxontech.com

Sunday, October 25, 2009

HIDUPKU YANG SEKETIKA...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi..... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada
dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi
seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnyani. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...

>>>>si Hamba Allah itu adalah kita semua.
>>>>Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
>>>>2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
>>>>Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
>>>>Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
>>>>Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...

1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK A'LA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA A'ALIHE WASAHBIHI AJMA'EEN

ina@alunan.com.my

Saturday, October 24, 2009

BULAN LAHIR DARI DR. MANTOP!!

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s...janganlah percaya sangat k...ini hanya ramalan semata2...

dipetik... dari http://priamalaya.blogspot.com

Tuesday, October 20, 2009

MANA MANA YANG RASA..

suasana sudah kembali kesedia kala...

angin pagi yang seram sejuk makin kedinginan mana tidaknya..di malam hari asyik membesarkan mata..pagi2 buta terpaksa menongkat menahan segala jerih perih nafsu untuk terus di ulik mimpi indah...alamak!!! sudah pagi..ish...nape sekejap sangat...erm...ngantukkk..

Allah~!!! alamak...!!! dah pukul 6.40!!!!??...cepat2, kang lewat pulak nak siap...dah la tren awal2 pagi pon dah berebut..sampai terjatuh2 gak lah...mandi lah bersama keringat yang penuh beban menanggung segala macam masalah semalam yang belum selesai...

kring! kring!kring!....kring!kring!kring!!...ye..ye..ye... heloo sayang, kejap2 eh...baru sudah mandi nih.."alamak..tak siap lagi nih..kang mesti kena marah...uish!!", bisik dalam hatiku..~ kejap eh sayang ...abg nak siap2 dulu...nak semayang sekali..sayang dah siap?...dah semayang?...k..k..jap lagi abg nak turun abg bagi taw k...sori sayang...

....................................................................................................................................


kring!kring!!kring!!!...kring!!kring!!!kring!!!!...ish..kuat betul bunyi hp nih...ye..ye...abg dah turun nih...dah ada dekat kedai bawah ni...sayang kat mana?...oooo tengah beli nasi lemak..k,..k.. abg jalan turun bawah dulu eh...dekat tempat tunggu bas kat depan gate desa aman...k

...................................................................................................................................


sayang abg g kerja dulu k...memandu hati2 taw...jangan laju2 sangat...ti sampai office mesej taw...k, sayaang sayang..muah!..muah!!.muah!!!...

....................................................................................................................................


hello sayang...abg dah sampai dah..ramai gila orang kat dalam tren tadi...geram betul..turun awal pon ramai...depa nih bangun pkol berapa haa!!??...ish!!...sayang dah sampai?... dah!!! amboi cepatnya bawak kereta...tak jam ker?...ke bawa laju sangat nih?...erm...tak pe lah...sayang dah punch kad?...jap eh..jap lagi abg call sayang semula...abang dah nak masuk dalam pejabat nih...kat entrence tak boleh guna hp..bahaya..k. nanti abang dah sampai kat dalam abg call sayang semula k...byee syang..i love u!...

.....................................................................................................................................

AKU NAK KAWIN....TAPI???

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-

sebab musabab

1. Anak pompan sorang

2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat

3. Anak pompan paling jambu dalam family

4. Anak pompan kerja high post

5. Anak pompan biasa pakai barang branded

6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

10. untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknye yg high-maintainence

selalunya jawapan yang diberi oleh pihak laki2 (bincang sesama family laki2 jer)

1."Eh! Nak meniaga anak ke pe?
Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

kata2 dari sebelah perempuan yang ingin sangat laki2 nak dengaqq!!

1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."

2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."

6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."

kalau kena pulak famiily lelaki yang loaded makan tak abis punya;~ jawapannya...

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3."Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nye?

dipetik daripada... http://www.penganti n.com.my/

Monday, October 19, 2009

LEMBAB SANGAT KAH MALAYSIA???!!!

Pelabur risau, internet M'sia lembab...????

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA

KUKU KU...KUKU MU...

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku, Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama- lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

daripada: http://zailina88. blogspot. com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online