PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, October 14, 2009

MESTI BACA!!! HANTARAN NIKAH AL-QURAN

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai
untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.
Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak
Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah
seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina
masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran.
Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran
lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

"Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. "Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan Pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata Seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak
imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
sambungan kisahnya ....

2 Comments:

hidayati said...

mane sambungannya?????? tekan2 tak kuar pon....

hafizasmadi said...

kesilapan teknikal..maaf2...tak pe, akan diusahakan sehingga berjaya...segala kesulitan amat dikesali..ampun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online