PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Tuesday, October 21, 2008

hari raya penuh makna II

Salam pertemuan. Setelah sekian lamanya daku menyepi diri, hari ini daku kembali berbekalkan semangat untuk terus menjadi seorang hamba yang taat, seoarang anak yang soleh, seorang kawan yang penyayang serta seorang pelajar yang berdedikasi. Walaubagaimana pon, tarikh keramat pada 15 oktober (tragedi oktober) yang lalu, insan yang daku sangat kagumi dan sayangi telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Hatiku tidak dapat berkata apa-apa selain daripada menyatakan perasaan yang sangat-sangat sedih mengenangkan perginya insan yang bergelar ayah.

Jika tahun lalu saat-saat ini (tragedi oktober), diriku diangkat sebagai pemimpin pelajar, tetapi tahun ini (tragedi oktober), turunnya status YDP diiringi pula pemergian ayahku yang disayangi kerana Allah lebih menyayanginya. Sangat-sangat menyayat hati. Betulah, yang datang akan pergi, yang pergi tak kembali lagi. Yang ada perlu diteruskan. "Jangan paling kebelakang untuk jatuh tetapi palinglah ke belakang untuk memberi semangat dan pengajaran bagi menempuh masa hadapan" itulah pesanan yang ikhlas dari insan yang tersayang yang bernama ayah...

Thursday, September 25, 2008

hari raya penuh makna

Salam aidilfitri kepada semua rakan-rakan mahasiswa universiti malaysia terengganu (UMT). Aku mewakili geng MPP UMT sesi 07/08 ingin memohon berbanyak-banyak maaf (zahir dan batin) atas segala ketidakpuasan hati yang berlaku. Kami hanyalah insan biasa yang penuh kekurangan. Tetapi Allah telah meletakkan kami ditempat yang setinggi ini untuk menguji kami dalam membantu manaik taraf rakan-rakn mahasiswa UMT. Sememangnya apa yang telah dilaksanakan selama satu tahun yang yang lalu adalah yang terbaik yang telah kami sumbangkan. Kami harapkan rakan-rakan serta pihak-pihak tertentu dapat menilai dari sudut yang pasitif.

kenangan semasa dahulu


allamdulillah segala perjalanan yang penuh liku telah berjaya aku dan rakan-rakanku tempuhi. tempoh satu tahun yang diberikan kepada kami tidak sesekali kami sia-siakan. menjaga kebajikan mahasiswa UMT dan turut menyumbang kepada pembangunan UMT adlah agenda utama kami. akan tetapi tiada sesiapa yang mengetahui perkara yang terpendam ini. kami bermula dengan agak perlahan namun disebalik perjalanan itu kami taburkan dengan bunga-bungaan supaya wangian itu terserap di mana-mana jua. seperti biasa, tidak semua manusia akan merasa puas dalam segala hal. begitu juga dengan kami dan rakan-rakan mahasiswa UMT yang lain. pasti akan ada kecacatan di mana-mana perkara. kami terima seadanya. bagi yang berfikiran waras dan faham pada situasi kehidupan manusia terima kasih kami ucapkan dan bagi yang masih merasakan mereka adalah golongan yang hebat rebutlah peluang yang ada ini dan lakukan yang terbaik untuk masyakat di UMT khasnya.

buah tangan dari negara jiran




indonesia sangat gah pada namanya. hampir seluruh dunia tahu tentang indonesia. indonesia bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik, sukan badminton yang hebat bahkan mempunyai kepimpinan yang sangat gilang gemilang pada suatu ketika dahulu hingga malaysia sangat mencemburui indonesia. gabungan sukearno-hatta sangat mengagumkan serta membawa indonesia ke suatu tahap yang tak terjangkau pencapaiannya. tetapi di suatu ketika bangkit golongan mahasiswa untuk turut serta mewarnai kisah gemilang itu, golongan yang belum cukup ilmu pengetahuan ini ingin sahaja mencampuri urusan pemerintah yang sedia bijak dalam menjayakan pembangunan rakyat. akhirnya sehingga kini negara indonesia masih belum mampu untuk mengajak golongan mahasiswa mereka mengejar kejayaan yang lebih hebat daripada apa yang mereka pernah capai.



walaupun golongan mahasiswa merupakan agen sosial ataupun agen perubahan masyarakat, golongan mahasiswa perlu sedar, tugas hakiki mereka adalah berjuang menuntut ilmu pengetahuan bukannya berjuang membinasakan apa yang telah dibina. alangkah baiknya jika kita sama-sama renung sejenak berfikir bagaimana untuk kita menyumbangkan sesuatu yang boleh membawa keselesaan kepada golongan masyarakat yang meletakkan kepercayaan kepada kita dengan cara yang sederhana serta tidak terlalu extrem dalam mendapatkan sesuatu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online