PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, April 22, 2011

servis kereta yang mahal cerita credit card dinner merapu!!

aku hanya dapat melakar tulisan di papan skrin layar jalanan ketika mau mau pejam saja

lain masa maaf! tak dapat nak menulisa dengan tenang.

minggu ini saja, 2 kali aku pulang ke ke penang/Jitra,
melawat ahli keluarga yang sakit tenat>sekarang dah past away<,
ada yang kena potong kaki akibat kencing manis,
dan ziarah keluarga pakngah..

seronok juga dapat bersembang dalam kelompok org2 'dewasa'..
hahahaha, ...sebab aku tak merasa tua spt mereka lagi,
tapi itu lah, kalau tak belajaq dari sekarang bila lagi nak pandai berkata2 dengan golongan bapak2 yang sudah berpencen ini..

bila dah travel2 jauh ni,
kereta tu kena lah diberi perhatian lebih skittt, adoi sat saja dah sampai masa nak kena g jumpa doc@mekanik

servis kereta dah masuk kali ketiga, makk aii mahal btol..nasib baik tak buat semua..cover yang penting2 sahaja..
duit dalam poket kering, dalam dompet entahler tinggal berapa,
seb baik lah banyak sumber bak kata org rumahku..
mana tak pandai mencari lobang...akauntant katakan!!

pikir punya pikir berhajatlah nak adakan benda yang tak ada...

teringin pulak nak buat kad kredit lah pulak,
senang sikit, tak lah dok keja menjolok kat lubang atm selalu,
bank pilihan Public bank, masuk2 dalam bak tudiaaaa,
semua org asing>>bukan bumiputeralah<
terus batal niat, balik tidoq!!...
cas tambahan pon tak kena bayaq bulan2...ahahahaa...syukur...

2 hari lagi ada dinner bertemakan hawaii..aku dah tak penah p bermeeting,
alamatnya matilah nanti...lost segala2 nya...
teruk2 kali ini....
tapi sib baik lah sempat singgah kat kedai tepi jalan beli baju ala bunga2 nak g pantai tu...seluaq??..hurm...tak payah pakai lahh..hahahaha
org rumah aku, lagi serabut, tapi tak pa, byk baju leh pakai, no need to woorry...

cuma nak highlight kat sini,
time nak beli baju tu berkeras aku tawaq menawaq, haram tak mau bagi
kononnya tak untung lah.
last2 aku buat2 cam nak belah jer,
baru lah terhegeh2 nak bagi murah,..
yelah, daripada tak terjual langsung baik dapat untung sikit pon takpa,
mungkin tu lah gaya org cina berniaga kot!!...entah..lantak lah,

aku nak tidoq, salam 1 malaysia


Tuesday, April 19, 2011

dah!..pergi tido...

sebelum melabuhkan tirai mata

sementara menunggu putaran mesin pembasuh di cycle yang akhir
sebelum berdamping dengan org tersayang yang terlalu setia melingkari bantal2 di bawah putaran kipas kenkadang terdengar bunyian hembusan nafas kuat yang ku rasa menghelahkan kepenatan di siang hari melaksana kan tugas di pejabat,

kesempatan ni aku masih terus mahu memikir tentang hari esok...perjalanan sungguh pjg dengan dipenuhi ranjau yg belum tahu di mana berada...

biaq pon mata ini seberat mengangkat jari manis yang terjulur keluar di saat kesemua jari lain digengang erat dilantai.....

aku mahu terus bermadah mengimpikan sebuah kehidupan spt dalam rancangan tv ...
penuh bahagia, kemurahan rezki, erat silaturahim ...

sesekali terasa rindu pada perkumpulan keluarga2 besar di tempat2 tertentu..adduhh!!
terngiang2 pulak, coretan kata dari bos aku yang bernama tengku...

nak berjaya dalam keja so kenalah kerja nie biaq macam orang cina,
nak berbudi bahasa ikutlah contoh budi bhs org melayu..
tapi kalau nk pikiaq pulak, contohi cara pemikiran org putih!!

erm...ingat tu...ya ka??...meh aku nak mengkaji dulu...

Thursday, April 14, 2011

mempelam busuk, cer cite kat sarawak

hari2 p keja balik keja

p keja balik keja hari2
tapi satu perkara yang selama ini aku pendam
tak tahan lagii..terpaksa aku menulis,
nak tau gak perasaan peminat2 nya...
mak aii bau ayak alkohol@arak dari kilang arak yang ada kat tepi jalan sungguh menusuk qalbu!
cam mana lah agaknya peminum2 nya yer rase ayak tu..
bau dah macam buah mempelam yang dieram lama sampai busuk ada ulat dalam nya,...
leh bayang ka?...hahaha

tapi bila hari2 dah dok mencium bau tu sampai dah lali...
kalau tak caya g lah test lalu petang kat federal highway arah KL ke Shah alam,
akan nampak sebuah kilang warna hijau gelap di pintu masuk ke '"kampung melayu moden" @shah alam.
satu lagi kat PJ sebelum exit ke kelana kelana jaya/puchong.

itu kesah ayor setannya,
cane ngan org2 sarawak,?
TV kat m'sia nie dan tak dak menda lain dah agaknya, keja sayang sarawak je lah..
dah tu keja dok menayang bangunan yang satu tu jer...tunjuk lah tmpt lain plak, cam sarawak tu besaq perlis pulak...
bosan aku...

1 Malaysia??..betui ka? abestu awat lagu satu malaysia tu dah kena tukar jadi 1 sarawak?..
TV3 nie tak penah2 dok tanyang lagu2 berjiwa rakyat kat siaran depa, tetiba kerap sangat dak ngulang lagu tu,...lagu tu mesti bayaq mahal kan, kalau dak tak dapt nak masuk TV3, dok je lah kat RTM...hehe

betoi2 kempen ni...
apa2 pon selamat berjaya ya org sarawak,
ikut lah nak pilih sapa2 pon tak dak masalah,
yang penting hangpa kena dapat faedah dari hasil pemilihan hangpa semua...

tapi kalau aku org sarawak aku pilih BN..soh depa buat keja depa bagi selesai dulu..
ayaq, letrik, jalan, hospital, balai polis, bangunan bak kata shapie afdal, hanya BN yang boleh buat, so bg BN buat semua tu lengkap dulu, sebab la nie tak lengkap lagi perkara2 asas tu..

dah settle semua barulah pilih PR pulak k...=)

selamat menunaikan tanggungjawab...

Thursday, April 7, 2011

kerana Kundang Jaya punya cerita


lama ku tinggalkan laman ini. tak dapat nak fokus sangat.

dalam beberapa hari ni,
penat yang menimpa begitu ketara sekali.
mana taknya, terpaksa bersusah payah ke kundang jaya, KL dan shah alam..
nasib baiklah aku punya kekuatan.
tapi kesian kat org rumah aku nih..
dah lah berisi,
ulang ke sana sini, tabahnya, kuatnya..
macam itu lah pengorbanan insan2 yang bergelar "mak ayah" selama ini

sanggup kah kita sebagai anak mendurhakai?..'bisik hati ku'
nehi-nehi kabi nehi!!

hari ni org rumah ada checkup..
syukur dah masuk minggu ke 30..dah tak lama lagi dah..
Doc. siap pesan soh get ready!!..huhu
cam excitednyaa

cam mana lah rupanya baby comel kurnia Allah itu nanti...

kenkadang org ada bertanya "kau dah kawin ker?..tak sangka ya"
oo..rumah dah beli ker belum? so, ni dah nak timang orang baru..cam mana nih?..

suka aku menjawab, aku pon rancang jugak, tapi Allah nya perancangan cam gitu..maka, apa kudrat aku nak menafikannya..

then, dibalas pulak, kita tak boleh nak menyalahkan tuhan...
eh, aku ada salahkan tuhan ker?..
bukan kah Allah dan tetapkan rezki anak2 yang dilahirkan ke dunia ini..
so, ape pasal lah nak risau sesangat2..

tak cukup hidup kat bandaq, aku pindah dok kg.
aku pon bukan kesah sangat kalau tak keja dalam office nih..
lagi pon mak bapak aku tak penah keja hebat tara mana pon aku leh ja belajaq sampai masuk U.
siap dan kawin nak ada anak lagi..
nak makan pon cukup ja,
pakai pon cukup ja..

so, Uwang bukan penentu hidup kita..

hidup manusia sekarang ini dah jauh terpesong..
duit tu selalu menjadi keutamaan..
benarkah?..
banyak nya org rosak ada lah disebabkan duit!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online