PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, June 29, 2009

SEKADAR LUAHAN RINDU....

GEMS... HARI KEDUA YANG MEMENATKAN...

sungguh..tak seperti yang ku impikan pada permulaannya...ingatkan di hari mula indah belaka...rupanya tidak...malam pertama daftar dah tidur pukul 2 pagi...

pagi2 pulak kena awal bersiap...
tapi yang paling best dan menarik adalah makanan yang disediakan...
kemudahan internet yang tebaik...fasilitator yang mesra dan carring...

itulah kisah pertama di sini..

yang memalukan serta melucukan aku dan rakan baruku dari unimap adalah kami terpaksa menjadi "ikon" semasa lagu GEMS di nyanyikan sewaktu majlis persmian pembukaan...haha... semua orang gelakkan kami...but at least we perform without shy..huhu..

apa itu ikon???...nak taw lebih lanjut kena lah tunggu...

Saturday, June 27, 2009

GEMS...AKU DAH DAFTAR...

file yang aku dapat...cantik tak??.

ni nametag pengenalan diriku...

pen gems yang tak akn ku guna walaupun sedakwat!!..huhu kenangan

ni buka nota...nampaknya kena guna lah kot...ti tak tau nak tulis kat mana2..

Thursday, June 25, 2009

REJAB YANG HADIR....

sama2 saling mengingati antara satu sama lain...
apa peristiwa yang terkandung dalam bulan Rejab??...

soalan cepumas..

1. Israk Mikraj...27
2. perang Tabuk semasa tahun Hijrah yang ke 9..
3. ini paling penting...kefarduan solat 5 waktu...
(antaranya...ada banyak lagikan..)

terdapat pelbagai amalan baik yang disarankan semasa dalam bulan Rejab...
antaranya yang selalu kita dengar lah kan...puasa sunat selama 3 bulan (Ramadhan)
....dikatakan juga istigfar banyak2 dalam bulan rejab...menyunyikan diri dari alpa/lalai/dosa2 dengan istighfar dan bertaubat... dan bermacam2 lagi lah...

PERSIAPAN FASILITATOR MENUJU MINGGU JALINAN MESRA UMT

aku terlibat sama dalam menjayakan kursus ToT MJM di agro resort...
program yang belangsung selam 3 hari 2 malam tersebut penuh dengan adegan2 dramatik yang pasti akan mematangkan jati diri individu...

nak upload gambar tak de lah pulak...namun sekadar cerita dahulu pada pemulaan ini...

kursus ini diadakan pada 22 sehingga 24 June, disertai seramai 170++ orang fasilitator...
nampaknya fasilitator pada tahun ini boleh dikategorikan agak bagus...cuma mereka kurang pengalaman dan pendedahan dalam menguruskan acara2 besar seperti MJM...

sistem yang diguna pakai pada sesi ini lebih berbeza daripada tahun sebelum2 ini...
ketiadaan TNC HEPA sedikit sebanyak memberi kesan tidak menyenangkan pada pengurusan tahun ini...

pon walaubagaimana, di pihak urusetia yang berapadu dengan pihak pengurusan dah kerjasama yang ditonjolkan oleh fasilitator telah memudahkan segala perjalanan dan perancangan untuk MJM nanti...

PERPADUAN PAKATAN RAKYAT...

keputusan sudah di buat...Pas tetap utuh bersama dengan Pakatan Rakyat....
nampaknya pakatan pembangkang tak perlulah merasa risau2 lagi...kenapa??..

team BN tidak akan berjaya selagi DSAI berada di situ...orang yang paling penting yang mencorakkan pemainan politik negara Malaysia ketika ini...

isu Chin Peng pon sudah di mainkan dengan begitu baik namun terhenti tanpa penyudah yang menguntungkan team BN...nampaknya serba tak menjadi..

so, bagaimana dengan manek urai pulak??...adakah akan terus menerus team BN ditewaskan...

selepas ini apa lagi usaha dan isu2 kontroversi yang bakal di hangatkan oleh team BN...sama2lah kita tunggu...

Sunday, June 21, 2009

PAS YANG MASIH RELEVEN

hura-hara dalam Pas ketika ini...
bersorak-sorai golongan dalam UMNO...
isunya kerajaan perpaduan=(Unity Government)

nampaknya kewibawaan Pas semakin terserlah...
UMNO perlukan Pas untuk terus bertakhta
Pakatan Rakyat perlukan Pas untuk terus membina empayar mereka...

Pas sekarang serba-salah...
UMNO atau Pakatan Rakyat...
kedua2nya ada kelebihan dan kekuatan tersendiri...

jika Pas ke arah UMNO berkemungkinan mereka takut peristiwa 'tikam belakang' akan berulang, namun kebaikkannya Pas dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir Malaysia dalam masa terdekat...

jika Pas ke arah Pakatan Rakyat berkemungkinan mereka akan kepunan untuk menjadi kerajaan pemerintah dan terpaksa menunggu sehingga suatu masa yang tak pasti bilanya...

itulah nasib Pas ...terlalu releven sehingga menyeksa batin sendiri...
diluah mati bapa, ditelan mati mak...

Saturday, June 20, 2009

EPISOD DUKA UNTUK ITALI

fuh!! macam tak percaya aku...yang hebat seperti itali telah tewas di tangan yang tak berapa hebat seperti mesir...(bola sepak punya hal daa)

jadi ponyokong mesir apa lagi, berseronok sampai tak ingat dunia lah nampaknya...

cubalah kita membayangkan begini pulak...Malaysia mengalahkan Jepun/Korea/China...
eh, tu tak sama darjat sangat...

bagi pasukan Thailand sudah lah..haha..apa macam??..sudah pasti stadium akan penuh lepas ni kalau malaysia buat sejarah jadi Johan Sukan SEA pon cukup laa...

apa2 tahniah buat pasukan Malaysia yang sudah bekerja keras..semoga semasa bertemu dengan MU nanti boleh lah menag yer...

Friday, June 19, 2009

OBAMA VS LALAT...

sunggu menarik...bagaimana seorang pemimpin dunia ketika sedang ditemu bual sempat bergelut dengan seekor lalat...haha

macam2 ragam dunia ini..akhirnya tindakan spontan Mr. Presiden dengan (menampar dan menyepak) tu berjaya mematikan lalat tersebut...kelakar giler kalau tgk gaya obama bergaduh dengan lalat tersebut..

namun yang menjadi persoalan, bagaimana hanya sekor lalat berjaya terlepas ke dalam tepat berlangsungnya peristiwa menarik tersebut??

tapi apa yang pasti, obama memang bagus dalam berperang ...cuba bayang kita kalaulah kita berada dalam situasi obama??...berlawan dengan berekor2 lalat kat rumah kita pon dah huru-hara..pikir2kan...dan enjoy!!=)

Tuesday, June 16, 2009

JANGANLAH MERUNGUT!!

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

ikhlas untuk pedoman kehidupan seharian kita...

KEPERLUAN KOREA UTARA DAN IRAN DALAM TENAGA NUKLEUR

Ketika ini US dan sekutunya sedang meningkatkan kesedaran masyarakat dunia yang kononnya Pyongyang dan iran tak sepatutnya membina tenaga nukleur..kenapa??

Sudah pasti umum telah mengetahui jawapannya...untuk mengimbangi kuasa monopoli US dan yahudi(israel)..so..ketika ni US tengah gelabah dan kecut perut..maka pelbagai spekulasi dan resolusi baru dicipta dan diwujudkan untuk memburukkan kedua2 negara yang tak mengikut perintah US...

PBB sanggup meluluskan resolusi baru untuk sekatan ekonomi terhadap pyongyang makanala US sedang memainkan peranan halus mereka mengkucar-kacirkan rakyat iran dikesempatan rakyat iran sedang melalui proses pilihanraya presiden baru mereka...

namun perancangan US tersebut belum cukup hebat sepenuhnya... pyongyang sedikit pon tak tercabar malah terus menggertak dunia untuk mengkayakan uranium tanaga nukleur!...nah!! apa nak jadi???...haha ....

manakala di iran, president yang lalu ahmadinejad berjaya mengekalkan kerusi presiden iran buat penggal kedua...nah!! apa lagi, panaslah yahudi nasrani ini...pastinya iran dengan dasar berani luar biasa ni akan menyusahkan US...haha...

Malaysia bila pulak???,...harap2 rakyat Malaysia juga takkan ketinggalan untuk menyumbang sesuatu kepada kebajikan hidup di dunia untuk kebaikan sejagat bukannya setakat menjadi jaguh kampung.....hoho!!..

Sunday, June 14, 2009

PTPTN DAN DUIT GAJI

selepas nie geng2 yang mendapat pinajaman ptptn kena lah bekerja dengan tangga gaji yang lebih tinggi..
syor untuk potongan gaji untuk pembayaran semula wang pinjaman ptptn sedang dikaji..maka jika diluluskan maka terpaksalah geng2 tersebut berkerja lebih gigih dan rajin yer...

Wednesday, June 10, 2009

GAGASAN 1 MALAYSIA AKAN BERJAYA PABILA......


Aku sebagai rakyat Malaysia yang telah layak untuk memilih sebuah kerajaan pada masa kini, ingin mengambil peluang ini untuk menyentuh perihal gagasan baru yang dibawakan oleh PM M’sia ke-6 iaitu 1 Malaysia....


Aku akan cuba bertindak sebagai pengkritik bebas...


PM Najib perlu melengkapkan gagasan 1 Malaysia jika mahu menjadikan BN kembali kuat dan memiliki majoriti 2/3 dalam parlimen...

PM Najib perlu memberhentikan segala retorik drama ciptaan beliau dan orang2 bawahan beliau contohnya kenaikan harga2 barang/petrol/tol dll yang kemudiannya diumumkan tidak naik pula......kerana, ini adalah permainan lama...masyarakat sekarang telah cerdik dengan adanya saluran2 penyampaian maklumat yang lebih neutral dan tidak bias kepada mana2 pihak ....


Konsep bias/anak tiri BN terhadap parti2 selain BN perlu dihilangkan sama sekali dalam era ini contohnya dahulu JKKK tapi ketika ini JK Pusat (apa benda tah)/ peruntukkan kewangan kepada negeri2 dibawah pemerintahan PR...


BN perlu bertindak "halus" dalam setiap permainan politik mereka supaya parti lawan akan berada dalam keadaan terumbang-ambing contohnya isu KERAJAAN PERPADUAN yang semakin hangat ketika ini.....


1 Malaysia merangkumi juga konsep perpaduan...akan tetapi jika parti2 politik sendiri tidak dapat berpadu maka jangan nak diharapkan komuniti yang lebih besar akan dapat berpadu...BN perlu buang ego yang terlalu tinggi dan sombong untuk menarik golongan2 sederhana dan juga rendah berpaut kepada mereka (BN).....dapat dilihat PAS berjaya dalam menguruskan soal ego mereka..tarbiah PAS lebih terbuka dan humble (rendah diri) contohnya PAS parti ISLAM yang sinonim dengan orang melayu, namun mengapa ada golongan Cina dan India dapat memahami dan berjuang bersama2 mereka??..satu persoalan yang BN tak tercapai akal untuk merungkai "ikatan" yang di bina....


Kemajuan sudah terlalu hebat diperjuangkan oleh BN dan konco2nya...maka bersederhanalah....dekati orang2 bawah dengan pendekatan2 dalaman (hati ke hati), laksanakan rukun Negara Malaysia yang pertama dengan ikhlas dan jayanya kerana pada ketika ini dunia semakin menghampiri ke akhir hayatnya...(masyarakat perlukan pengisian dalam hati mereka bukan nya konkrit2 bangunan yang berlebih-lebihan lagi...)contohnya lihat saja pada orang gagah Malaysia MALEK NOOR....apa kisahnya???..pergi cari dan baca...orang2 seperti beliau pasti akan mencari medium untuk memperteguhkan pemahamannya...maka apa tunggu lagi...!!
Setakat ini dulu...lain kali aku akan cuba berbicara lagi dengan pandangan2 yang lebih fakta dan baik...

Tuesday, June 9, 2009

RADIX F.C.


FUH!!!!.... itulah gambaran yang tak terungkap dengan kata2...mantap giler...

tak lama lagi KFC akan ada saingan...RFC hasil local..jadi lepas ni, nak teruskan usaha boikot KFC pon tak jadi hal lahh..haha..sama2 sokong keluaran Malaysia...

HUJAH YANG SEDERHANA

baru sahaja aku menonton rancangan hujah di tv9...dekat di hati..
tajuk nya semacam jer mula2..nasib baik ahli2 panel pandai mainkan keadaan..
mana taknya, nak cakap tentang negeri orang, tapi panggil orang yang tak terlibat ...so,
hasilnya alhamdulillah, memberansangkan...UMNO PAS sama2 terima hakikat...kepada yang turut menonton pasti anda akan merasa terhibur dengan hujah2 yang saling tikam menikam dalam senda tawa...waawaawaa

Wednesday, June 3, 2009

SEPETANG DI KUBUR....

petang tadi aku teman ibuku ke kubur untuk bersihkan kawasan kuburan(arwah ayah, wan, tuk)....
rumput pon agak panjang disekililing kawasan tersebut...kemudian aku pon start tugas aku..cangkul kawasan2 yang semak2...selesai sahaja kerja2 tersebut, aku pon perhatilah pada batu nesan yang tertanam pada ketiga2 kubur

arwah pertama meninggal pada tahun 1988 (tuk)
arwah kedua meninggal pada tahun 1998 (wan)
arwah ketiga meninggal pada tahun 2008 (ayah)

..aku pon terperasan lah..so aku pon bagitaulah pada ibuku...
setiap 10 tahun keluarga ayahku telah pergi mengadap Yang Maha Esa..
jadi bagaimana pulak dengan keturunan ayah ku selepas nih..??

fuh!!!..berwaspada lah dari sekarang...ajal kita tak tahu bila...

Monday, June 1, 2009

TERKENANG MASA BERKELAH

teringat aku tiba2..
kisah yang seakan-akan lucu..namun itulah pengalaman manis yang sering kali mencuit perasaan tat kala berada dalam kesedihan..

penah kawan2 berkelah??
bukan berkelah di taman2 riadah atau pun tepi pantai atau pun kdi kawasan air terjun...
tapi berkelah bersama rakan2 semasa darjah 1,2,3,4....

musim cuti sekolah pon tiba..pagi2 keluar bermain sehinggalah matahari terpacak tinggi..kemudian perut terasa lapar...jom makan sama2...ketika itulah muncul perkataan berkelah ala budak2 sekolah semasa musim cuti ketika penat bermain...so, masing2 pulang ke rumah dan ambik makanan masing2... cari satu tempat, kemudian duduk ramai2 dan makan...

hahaha..sungguh girang gembira tika itu...masing2 menunjuk lauk sape paling bes..=)
so, pakat2 la rasa-merasa kawan2 punya makanan..

selesai makan..sambung main......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online