PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Sunday, June 21, 2009

PAS YANG MASIH RELEVEN

hura-hara dalam Pas ketika ini...
bersorak-sorai golongan dalam UMNO...
isunya kerajaan perpaduan=(Unity Government)

nampaknya kewibawaan Pas semakin terserlah...
UMNO perlukan Pas untuk terus bertakhta
Pakatan Rakyat perlukan Pas untuk terus membina empayar mereka...

Pas sekarang serba-salah...
UMNO atau Pakatan Rakyat...
kedua2nya ada kelebihan dan kekuatan tersendiri...

jika Pas ke arah UMNO berkemungkinan mereka takut peristiwa 'tikam belakang' akan berulang, namun kebaikkannya Pas dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir Malaysia dalam masa terdekat...

jika Pas ke arah Pakatan Rakyat berkemungkinan mereka akan kepunan untuk menjadi kerajaan pemerintah dan terpaksa menunggu sehingga suatu masa yang tak pasti bilanya...

itulah nasib Pas ...terlalu releven sehingga menyeksa batin sendiri...
diluah mati bapa, ditelan mati mak...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online