allamdulillah segala perjalanan yang penuh liku telah berjaya aku dan rakan-rakanku tempuhi. tempoh satu tahun yang diberikan kepada kami tidak sesekali kami sia-siakan. menjaga kebajikan mahasiswa UMT dan turut menyumbang kepada pembangunan UMT adlah agenda utama kami. akan tetapi tiada sesiapa yang mengetahui perkara yang terpendam ini. kami bermula dengan agak perlahan namun disebalik perjalanan itu kami taburkan dengan bunga-bungaan supaya wangian itu terserap di mana-mana jua. seperti biasa, tidak semua manusia akan merasa puas dalam segala hal. begitu juga dengan kami dan rakan-rakan mahasiswa UMT yang lain. pasti akan ada kecacatan di mana-mana perkara. kami terima seadanya. bagi yang berfikiran waras dan faham pada situasi kehidupan manusia terima kasih kami ucapkan dan bagi yang masih merasakan mereka adalah golongan yang hebat rebutlah peluang yang ada ini dan lakukan yang terbaik untuk masyakat di UMT khasnya.
Jawatan Kosong DBKL Mei 2024
13 hours ago
0 Comments:
Post a Comment