indonesia sangat gah pada namanya. hampir seluruh dunia tahu tentang indonesia. indonesia bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik, sukan badminton yang hebat bahkan mempunyai kepimpinan yang sangat gilang gemilang pada suatu ketika dahulu hingga malaysia sangat mencemburui indonesia. gabungan sukearno-hatta sangat mengagumkan serta membawa indonesia ke suatu tahap yang tak terjangkau pencapaiannya. tetapi di suatu ketika bangkit golongan mahasiswa untuk turut serta mewarnai kisah gemilang itu, golongan yang belum cukup ilmu pengetahuan ini ingin sahaja mencampuri urusan pemerintah yang sedia bijak dalam menjayakan pembangunan rakyat. akhirnya sehingga kini negara indonesia masih belum mampu untuk mengajak golongan mahasiswa mereka mengejar kejayaan yang lebih hebat daripada apa yang mereka pernah capai.
walaupun golongan mahasiswa merupakan agen sosial ataupun agen perubahan masyarakat, golongan mahasiswa perlu sedar, tugas hakiki mereka adalah berjuang menuntut ilmu pengetahuan bukannya berjuang membinasakan apa yang telah dibina. alangkah baiknya jika kita sama-sama renung sejenak berfikir bagaimana untuk kita menyumbangkan sesuatu yang boleh membawa keselesaan kepada golongan masyarakat yang meletakkan kepercayaan kepada kita dengan cara yang sederhana serta tidak terlalu extrem dalam mendapatkan sesuatu.
0 Comments:
Post a Comment