PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, March 18, 2009

UMT: PERANG SARAF BERMULA...

dah berhari-hari rasaya aku tak menulis di sini.
almaklumlah, minggu ni sibuk dengan test dan assignment yang berlambak-lambak.
tarikh kena submit plak sangat singkat.
hanya mampu singgah di blog dan baca posting2 yang sempat je,

minggu ni juga dapat satu benda baru dalam kisah hidup ni.
apa dia?? haa, tak perlu lah kasi tau! nanti kantoi jugak kan..
erm.., kisah semasa dan terbaru di UMT telah dimulakan.
kali ni aku nak menulis berkenaan dengan 'perang' di UMT!

minggu lepas, kecoh satu umt siap tampal2 'banner layang' lagi. lebih dari satu pulak tu.
dalam banner tu al macam2 lah yang tak berapa enak nak disumbat ke dalam kepala otak kita.
sapa yang jadi mangsanya??
haa...tak lain dan tak bukan lah badan organisasi pelajar kedua terbesar selepas MPP iaitu JKPP.
kononnya JKPP tak jalankan tugas dengan baik. lembu kena cucuk hidung. penipu penghuni asrama. tak jaga kebajikan mahasiswa yang tinggal di asrama dan bermacam2 lagilah..

kemudian@ tetiba timbullah serikandi kononnya dialah penegak hak kebajikan mahasiswa di asrama nih!
sebelum tu nak ucap tahniah la dulu kepada dia sebab walaupun dia seorang 'gadis' tapi berani macam singa!
bagus bukan tak bagus ada orang macam dia, boleh la JKPP check semula apa yang tak kena dalam organisasi depa tu.
tapi yang tak berapa bagusnya, jangan lah mengata lebih kurang sangat! budak2 JKPP tu pun mahasiswa macam yang lain.
masing2 ada tugas yang nak kena buat.
apa salahnya cakap baik2. kan nama mahasiswa. tentulah beradap. tapi kalau macam ini rupanya tidak mengapa lah. pikir sendiri!

tapi kalau cakap baik2 tak nak dengar juga (macam YB2 MPP sekarang).
so kena lah bagi kaw2 punya.
'kaw' jenis macam mana?
guna lah cara berhemah untuk 'hentam', cakap depan2 untuk bagi pengajaran walaupun agak memalukan tapi kesan 'malu' tu tak lama.
--tapi kalau dah sampai benner melayang2 di udara, kesan kemaluan itu lama dol!
jadi kita sama2 kurangkan kesan 'KEMALUAN" kepada pihak2 yang tertentu.
moga2 pengajaran diambil ikhtibar!

p/s: tahniah la kepada insan2 yang berjuang menegak hak dan kebajikan mahasiswa!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online