PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, March 6, 2009

MENGAPA INI TERJADI!!

gelora hidup tiada terkira
untuk mengajar ilmu dunia dan akhirat
jasamu bukan kepalang
berkorban masa apatah lagi tenaga
demi anak bangsamu yang sangat disayangi

hari ini gangguan ditekan berat ke atasmu
salah dan silap sepuluh jari kepada mukamu
ibu bapa, masyarakat sebilangan asyik mencari kelemahanmu
namun dirimu tetap utuh menangkis halangan
demi anak bangsamu yang sangat disayangi

GURU CIKGU PENSYARAH
nama bukan kupohan sanjung
bukan jua kuidam gelaran
mati lah kamu dengan penuh harapan
agar anak bangsamu hidup bermaruah
untuk kembangkan segala jasa yang telah diperturun generasi demi generasi

hari ini cabaran seperti gunung
MURID PELAJAR MAHASISWA indah namanya
tanpa pendinding pengajar yang mulia
lenyap sudah tamadun yang akan tersegam indahp/s: kalau kita membaca surat habaq semenjak kebelakangan ini, pasti kita akan merasa sedih.
penyampai ilmu kepada kita golongan yang jahil ini sering menjadi mangsa "BELASAHAN" dari pelbagai sudut. Apakah dosa mereka hingga teraniaya sebegini lupa?

Walaupun hari guru masih jauh lagi, tapi takkan nak ucap tanda terima kasih kena tunggu hari guru kan?. Apa kata kita pohon maaf dengan guru-guru kita mana tahu ada kesan-kesan 'hitam' kita kepada mereka.

sayangilah guru kita. TERIMA KASIH CIKGU!!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online