PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, March 7, 2009

ADUHAI INDAHNYA KEBENARAN..


semalaman aku tidak dapat melelapkan mata

dek kerana terpegun melihat kelebihan Allah S.W.T

telah mengurniakan suatu keistimewaan kepada seorang insan...

insan yang petah berbicara dan mengeluarkan hujah fakta

yang tidak punyai keraguaan berlandaskan lunas-lunas kebenaran

Ahmad Deedat namanya.

hebat berpidato, hebat berkata-kata

bukan kata-kata dusta dan nista

tapi kata-kata kebenaran untuk mengagungkan syiar agama ISLAM

kata-kata kebenaran untuk berdakwah menyebarkan agama ISLAM

kata-kata kebenaran untuk menyangkal segala tomahan terhadap agama suci ISLAM

namun disebalik semua itu,

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipertikaikan

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipandang serong

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipersendakan

kita sebagai insan terpilih,

marilah kita menghayati segala kebenaran ini

janganlah disebabkan hal-hal

..PANGKAT.. KUASA.. WANITA.. DARJAT..WANG..

kita jauh menyimpang dari kebenaran

p/s: saling ingat mengingati antara sesama kita, walaupun diriku ini bukanlah baik, tapi peluang untuk melakukan kebaikkan sentiasa terbuka. Manusia tidak punya kuasa menentukan siapa benar siapa salah kerana kita saling punya kelemahan. Hukum akhirat lagi disia-sia inikan pula hukum dunia...renung-renungkan dan selamat beramal..

1 Comment:

Anonymous said...

untuk dapatkan balik sumbang saran kena bkk balik shoutmix nyer account yang hari tue..jadi benda tue memang xhilang...shout,ix diia simpan..sori..td call hp tutup..
sori sangat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online