PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, March 23, 2009

INILAH AKIBATNYAA! DAH JADI PAPAYA UMT

hari ini 23 mac, lebih kurang 5 hari aku tidak dapat menulis di ruangan ini disebabkan oleh masalah internet yang berlaku di dalam bilik,
namun terpaksa jua aku turun ke tempat yang ramai orang namun keberatan itu masih lah wujud.

berkenaan permalahan di kampus UMT yang tak seberapa indah ini sejak beberapa hari yang lalu agak suram sepertimana suramnya hari2 yang dijalani dek kerana hujan yang mencurah-curah di muka bumi ini.

3 hari lepas ada seorang teman aku terpaksa tinggal di hospital disebabkan oleh kecederaan tangan yang agak serius. mengikut dari cerita yang dikhabarkan, selepas main futsal di dataran censelori, dia dan beberapa lagi kengkawan yang lain ternampak seekor musang yang berwarna putih, kenapa warna putih?? pelikkan!

semasa mengejar musang tersebut dia pun tergelincirlah dan terjatuh. dalam keadaan yang tidak pasti dia merasakan tangan nya mengalami kesakitan, dijadikan cerita tangannya pun patah kedua-dua tulang.

tapi yang nak diketawakan adalah kesan jatuh tersebut sama seperti kena langgar oleh sebuah lori! WOW.. dahsyat betul!.. sekarang tangan dia dah macam dalam cerita PAPAYA..kesian aku tengok..

memandangkan sekarang dah dekat dengan exam, maka nasihat aku berhati-hatilah dengan apa jua yang anda semua lakukan.. yer..jangan sampai kena lanjutkan pengajian dek gara2 perkara yang kita boleh elak..

2 Comments:

daisyimran said...

sme sme la doakan dia cepat sembuh...

Anonymous said...

btul2..hati2 yer semasa wat sesuatu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online