PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, March 30, 2009

ROSAKNYA NAMA HEPA, MPP,JKPP DAN AKASIA

persoalan demi persoalan telah timbul
tuduhan demi tuduhan mula terselah
kutukkan demi kutukkan dijadikan medan melepaskan hasrat hati
e-kuliah medium perantara penyatuan jiwa2 kacau, hati2 bengkak, dan mulut2 yang tidak punya insurans
keegoan menyampaikan hasrat jiwa makin teserlah
hati2 nurani yang suci turut melolong bagaikan rohani tidak terisi

habis sudah terlerai belahan jiwa yang meronta2
puas sudah belaian nafsu2 ammarah
cuma menunggu masa dan tika untuk letupan berapi meledakkan isi UMT

dahulunya indah belaka buat UMT
tidak seburuk rupa yang terjelma seperti kini
hasil TANGAN2 PEROSAK yang berselindung di sebalik PERJUANGAN MAHASISWA
mereka cuba bertindak berani yang hanya fokus untuk kepentingan diri
namun dikatakan pengorbanan untuk membela nasib dan kebajikan mahasiswa
sungguh dahsyat kerelaan diri mereka

namun jika difikirkan sejenak
benarkah masih wujud mahasiswa yang berjuang untuk kepentingan mahasiswa??
atau sekadar ingin memenuhi tuntutan jiwa mereka mengaut segala keuntungan

sedih sedih sedih dan terus sedih
otak mahasiswa yang terpengaruh adalah terlalu singkat dan tersekat
dek secebis tipu daya atas nama perjuangan mahasiswa
mereka alpa dan terpekosa

barang diingat,
meruntuhkan lebih mudah daripada membina
merosakkan lebih senang daripada membaiki
penderitaan lebih dahsyat daripada keselesaan

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online