PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, May 26, 2021

2021 check in.

 Assalamualaikum

Syukur kepada Allah Swt kerana masih memberi peluang untuk aku terus menabur bakti di alam yang nyata ini

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga baginda. 


Pembuka bicara dengan lafaz bismillah... 

Bersua semula di laman ini

Berhabuk dan penuh dengan sarang labah2

Anai2 pon dah start menyerang tiang2 penjurunya

Sedar tak sedar, sudah lebih 1 dekat aku berblog. On off on off. Dan ada masa tu off terus. 

Hari ni hari yg indah. Melangkah ke usia yang baharu. Apa plan? 

Ada.. Plan baik punya.. 

1. Tingkatkan taraf iman dalam hidup. Tak tau bila tarikh expired. Sementara masih ingat dan sihat. Aku akan usaha ke arah tersebut. 

Cukuplah yang tu. Banyak2 pon tak terkejar. Kelaut semua nanti. 

💣2021💥

Tahun yang makin memcabar berbanding 2020 kerna wabak covid-19 terus menghantui masyarakat negara ini. Dan pada ketika ini situasi makin mencabar malah mungkin akan terus mencabar hingga tak terhadap.

Insyaallah aku selaku ketua keluarga akan cuba membantu untuk mejaga keluarga kecil ini untuk menyahut seruan #dudukrumah #kitajagakita


Keluarga kami tidak besar.. Hanya belima👪👯. Kakak Sofea Marissa dah besaq dah. Dah nak masuk 10tahun. Yang ditengahnya, Sabrina Mardhiyah beza 2 tahun dari kakak. Dan si adik paling ligat, Syuhada Maisara penuh dengan dramanya muda 2 tahun dari Sabrina. Semua nya dah cerdik kalau kena cara. 

Alhamdulillah, rezki yg Allah kurniakan.. aku dan isteri telah cuba sediakan laluan hidup beragama yg aku sendiri tak pernah rasa time aku kecik2 dulu.  Semoga anak2 dapat ilmu yg bermanfaat untuk dunia dan kehidupan selepasnya.. Moga2 dapat hidayah untuk consisten kenal Allah dan Rasulullah.. Moga2 dapat bawa Ayah dan ibu masuk syurga..

Apapun masih dalam mood raya. 

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Nukilan 26_May_2021



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online