PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Thursday, December 5, 2013

kisah sabrina mardhiyah

syukur alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segalanya.
sofea marissa dah punya adik.
sabrina mardhiyah akan menjadi teman baru sofea masissa.






















kelahiran
hospital umra shah alam menjadi saksi kelahiran sabrina mardhiyah.
tepat jam 11.07 minit malam terdengar jeritan teriakan sabrina dari bilik pembedahan.
dikhabarkan berat sabrina 3.64 kg
asbab itulah
kesabaran ibu selama 4 hari menahan sakit  mencuba melahirkan sabrina secara normal
tetapi tidak berjaya
ayah dan ibu merancang nak beralamatkan kelahiran sabrina di hospital selayang juga tidak menjadi kenyataan.

Allah telah merancang yg lebih baik untuk sabrina mardhiyah

pesan tok siti aminah pada ayah semasa ayah sedang tertekan menantikan kelahiran sabrina,
sabarlah hafiz, Allah tahu apa yg Dia buat.
boleh jadi sebelum beranak, diuji dgn kepayahan dan kesulitan yang pelbagai.
mana tau lepas besalin nanti semua urusan tentang sabrina dipermudahkan..,
dalam hati ayah pon berdoa sedemikian.

bernama
ayah dan maktok setia menunggu ibu dari luar bilik pembedahan.
sambil menunggu maktok sabrina pon berceritalah macam mana dia letak nama anak-anak perempuannya dengan panggilan SOBAH..panjang lah ceritanya..bla..bla..bla...
dari situlah ayah mengilhamkan nama sabrina yang dipersetujui oleh ibu.
sabrina = kesabaran
mardhiyah = mendapat keredhaan Allah
so, nama ibu, nama kakak dan nama adik semua seakan-akan sama..
ayah ja belum ada geng lagi..

















untuk kelahiran seterusnya,
terpaksa lah dijarakkan mungkin 2 tahun setengah atau 3 tahun.
kasihan pada ibu, nak kena berdepan dengan pembedahan lagi,
dan harap-harap yang ketiga nanti dipermudahkan
kalau Allah izikan, biar dapat kembar.
tak perlulah ibu nak kena belah perut banyak2 kali.

sofea-orang penang
sabrina-orang selangor
@@@-orang kelah la pulak...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online