PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, March 19, 2010

bicara 2010 : semboyan kasih nur!!

jika aku tak mampu membahagiakannya

janganlah aku menporak-perandakannya

jika aku tak mampu menyayanginya
janganlah aku membencinya

jika aku tak mampu menyenangkannya
janganlah aku menyusahkannya

jika kau tak mampu memujinya
janganlah aku mengherdiknya

jika aku tak mampu menyayanginya
janganlah aku membencinya

jika aku tak mampu bercakap benar padanya
janganlah aku menipunya

jika aku tak mampu berterima kasih padanya
janganlah aku ....


Thursday, March 18, 2010

bicara 2010 : beruk dan kera semata...

sepetang menonton kisah anwar di parlimen..

fuh!!..berpeluh gak rupanya..
petah dan geliga otak-otak pemimpin pembangkang.

satu demi satu berjaya dijawab..
tapi UMNO??..
semua main serang hendap..
bila tanya tak berjawab..
bagi fakta tak mau percaya..
apalah yang depa nak pecaya sebenaqnya nih!!?..

hairan aku...
fakta semata tak semestinya benar..
habis tu nak guna dalil mana??..
BN dah semakin hampir...
aku pon naik meluat dah..

macam haprak tol lah depa nih..
kalau tak percaya gi lah tengok kat youtube tuh...
nilai sendiri...

dalam dewan tak bincang soal rakyat pon..
yang dok bertelangah bab anwar...
ish!!2x..
tak abis-abis...
beruk punya perangai..


Tuesday, March 16, 2010

bicara 2010 : jiwa kacau daa!!

mana taknya...

keja dah masuk 4 bulan
hasil tak nampak-nampak lagi nih!!

belakon sudah!
"kipas" sudah!
taak cukup "kipas", tambah "aircond"
pon dok "panas" jugak!!

apa kebenda lah depa nih..
lembab!!.
slow!!..

dalam dok tengah-tengah berharap,
timbui plak satu kisah!!!
lagi tak boleh belah..
semua nak kena ikut..
mati lah gini..
bila dah ikut,
buat cerita lain plak...

aiii, sudah lebih nampak!!
nak angkat kaki dah nih!!..
ada aku heran..
haa...
pikiaq masak-masak sebelum kena...
tu kisah tupperware petang selasa yang suram..

makan sedap..USA
sate bukan kijang,
kajang laa ooii..
joe afiq sound..
budget hebat ler tuh..
ada aku kesah de..

lantak kome laa..
janji hidup aku bahagia..

Sunday, March 14, 2010

bisik-bisik weekend : makin berseri-seri

pagi petang siang malam

di rumah menatap bantal
hujan sekejap
panas sekejap
otak rosak
hati beku
tak sihat tandanya...

hati kecil suka berbicara..
akal suka berfikir
nafsu suka menerjah
ucapan akhir tanda perpisahan..
doa sudah,
hajat sudah,
tunggu jawapan daripada NYA.

rancang dulu
lain sekarang..
punya misi lebih besar
ingin bekerjaya sampai tua
jangan difikir masalah mereka.

azam baru tetap tercabar
liku-liku datang tanpa diundang
kuat semangat
teruskan hidup
penuhi tuntutan keperluan untuk capai matlamat..

Tuesday, March 9, 2010

bicara 2010 : semboyan halilintar vs juara rakyat

kisah politik.

lama tak share pendapat..
kalau UMNO ada juara rakyat,
pakatan rakyat ada semboyan halilintar..

sama naik sama kuat sama hebat
sapa yang menang kita tunggu..
langkah sudah digerak
hakim menunggu di medan untuk tentukan peneraju

yang ikhlas pasti berjaya
yang gila kuasa pergi jahannam!!

dua2 porak peranda
keluar parti,
letak jawatan,

apa daa..

tapi rasa semacam jer...
kerajaan kondem pembangkang
pembangkang kecam kerajaan.
mana boleh bersatu begini.
hancurlah 1 Malaysia

kalau gadoh sikit2 takde hal lah
ini sampai soal individu jadi pertaruhan.
mana boleh jadi beb!!

Malaysia ni kita semua yang punya.
hangpa jangan lah dok kianat segala-galanya..
kami sumpah hangpa semua jadi batu baru tau.
kuasa rakyat kuasa keramat.
raja pon boleh turun takhta.

rakyat jangan rasa hebat.
salah pilih kita yang aib
bala pon pasti mencurah.
doa ulama dah tak berdaya lagi

Malaysia aman sebab kami rakyat di bawah
jangan ingat hangpa hebat
kalau kami tak dak
hangpa nak perintah sapa??.
lembu?...pokok?...

haa, pikiaq lah sendiri.

bicara 2010 : nur eyeDay di shah alam

Penuh drama panas dan hangat

Sekejap kering sekejap berangin

Lapisan kulit menjerit geram kerana hitam

Sun blok sebotol pon tiada kesan


Rumah batu kurang tingkap

Ada kipas pusing lembab

Sakit hati tak terkawal

Sebab nak selesa kena tahan juga


Dengar radio hot media prima

Waktu pagi tukar ke era

Menjelang petang sibuk dengar suria

Tapi jawa rangers pon mantap juga

Arghh!! Kenapa banyak sangat pilihan nie.


Baju seminggu dalam timba

Rendam berhari nak turunkan kotor

rupanya tanda malas namanya

patutnya hantar pergi dobi saja


Pagi keluar matahari perang

Petang pulang matahari pon perang

Seharian dalam kilang

Kerja menukil jadi lapang


Aku risau kerana hutang

Wang banyak pon cepat cerah!

Alahai nasib memang malang,

Tengah bulan dah kering-kontang

Ingat itu ingat ini,


Tapi bila tiba saatnya

Semua lupa

Apa kejadah semua ni?!!

Kehendak Allah kena lah terima.




(-_~)/(-_~)/

sama-sama

hafizasmadi


Monday, March 8, 2010

bisik-bisik weekend : suka hati aku

dari pagi sehingga saat ini

satu yang difikirkan
perlu atau tidak?

ape kena den sorang nih?.
asyik meracau macam org gila
mesti bersebab!

raja lawak pon tak bagi kepuasan pada hati,
nonton pon kat kedai makan,
suasana hingar bingar dengan kuali dan belanga di dapur

politik macam biasa,
terumbang-ambing
antara percaya dan pergi mampus!!!
nak jadi menatang apa pon takpe,
janji tunai tanggungjawab hangpa...

nak cari kerja baru.
dah malas nak stay kat nestle.
bos aku asyik cuti,
aku tak pula dibagi cuti bila mohon..
alasan tak nak kpli jatuh!!

bil hp bulan-bulan makin naik..
apa kena tah!?..
jahannam kot hp nih..

sepah dan serabut rumah aku nih bila ada tetamu
apa jenis tetamu daa..
dah datang rumah org tak reti hormat,
nak halau kesian.
lama-lama makan dalam,
takut meletup jer nanti tahu lah akibatnya!

kedah kalah teruk maa.
padan muka.
geram betol aku tgk game semalam..
main tak standart langsung.
gaji mahal, main malas..
sebab tu tak maju!

Sunday, March 7, 2010

bisik-bisik weekend : lamunan terhenti

entah mengapa hatiku bergetaran

bila bertemu lagi oh kekasih lama
ku cuba selindungkan api keresahan
namun perasaan ini berapi di dalam

ku kira engkau sudah melupakan
kerna itulah engkau nampak tenang
lainlah aku walau ketika ini
masih membara ingatanku terhadapmu

ku singkap kenangan dulu
sewaktu cintaberputik
ku gengganm erat tanganmu
kau tunduk sembunyikan wajah
namun dapat aku meneka hatimu sehati dengan ku

lalu kau mendongak
berbalas renungan
dan dengan perlahan
tangan kau lepaskan
kau pon berlalu dalam kepekatan malam
tinggal aku sorang

terhenti lamunan bila ku dikejutkan
engkau dipimpin pergi oleh seseorang
dalam keterpaksaan kau melangkah kaki
namun sempat jua kau menoleh ku di sini

Friday, March 5, 2010

bicara 2010 : hati meletup!!

adoi...lamenyer

segan pon ada,
malas pon ada,
rajin banyak juga..

mengadap laptop,
kelu jari,
tutup laptop meracau idea nak tersebul keluar,
penat betul lagu nih..

adoi...rindunyer
dunia blog,
sempat tatap jer,

banyak isu panas yg tgh meletup...
tak terkejar,
laju sangat..

tgk lah,
esok lusa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online