PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Wednesday, January 27, 2010

utusan cinta kilat : intro

bila angin berarak pantas, kepulan-kepulan awan yang berwarna cerah bertukar menjadi kelabu dan lama-kelamaan semakin gelap, itu tandanya suasana mulai mendung...


bila angin terus bertiup deras, daun-daun di dahan pokok melambai-lambai tanpa ditahan, sampah daun kering di atas jalan raya, atas rumput dan di kawasan di penuhi pohon tumbuhan hijau berselerak mengikut rentak angin, itu tandanya ada suasana akan berlaku hujan...

ditambah bila mana kilat memancar-mancar di kaki langit, petir berdentum-dentum berdendang, guruh sabung-menyabung, itu tandanya hujan sudah mahu turun...

kemudian, awan bergerak pantas, diselangi bunyian guruh dan di terangi cahaya kilat, dan dibasahi air di atas muka bumi, nampaknya hujan sudah turun dengan lebatnya...

maka berjaga-jagalah sang kumbang dan si kuntuman bunga...

kalau malam jadinya hujan, esok pagi mungkin pagi yang ceria atau esok pagi kelembapan akan terus-menerus menghiasi...

jika hujan di siang hari, selepas tamatnya air dikandung awan, makan akan muncul pelangi untuk menghiasi seri muka sang kumbang dan kuntuman bunga....

kisah ini kisah realiti dua dunia yang berbeza bergabung menjadi satu dunia yang penuh persamaan dan kebahagian...

siapa sangka, shah jihan dan mumtaz, laila dan majnun, hafiz dan sobah akan bersama...

...


cinta kilat...
penuh drama...
penuh trajis...
penuh teka-teki...
dan penuh persepsi....

diakui...
cinta singkat, sayang cepat, dan rindu teramat memenuhi hubungan ini...

apa natijahnya....
muncullah gelombang 20/10/2010....

liku-liku hidup sementara yang dikecapi cinta kilat ini sukar diduga...
penuh rencam yang tidak dapat dibaca akal,
tidak dapat difikirkan oleh kewarasan otak,
tidak kenyang diratapi oleh jiwa,

menuruti jalan takdir semata-mata...ajaibnya cinta kilat...

20/10/2010: sementara masih berkesempatan...


sementara ada ruang dan peluang ini,

aku terdetik untuk bercengkerama sepatah dua
buat tatapan kalian yang terbabit...

keluahan serta rintihan hati ini senantiasa menyelubungi setiap genap perlakuan diriku...
aku tahu semuanya angkara diriku yang belum cukup ilmu pengetahuan dan sifat kebaikkan untuk melayari kehidupan yang tidak bisa ku pilih ini...

mereka semua punya jiwa dan perasaan yang berkobar2 mengharapkan sesuatu yang lebih selamat dan terjamin...namun aku yang tidak mengerti akan semua itu kerana perkataan ini...

"MATANG"

sekarang aku pon masih belum matang mentafsir, menganalisa, membuat keputusan dan juga menyelesaikan masalah.

kerana itu aku masih di laman biru ini...masih melayari sebuah kehidupan yang penuh kejahilan dan fokus ku semata2 akan tentang diri ini sahaja....salah nya aku pada mereka...

bila sudah terjebak tentu akan punya pengalaman dan pengajaran...

kini aku mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik, berfikir untuk kesempurnaan bersama...
aku mahukan taraf jahil aku ini beranjak ke zero...aku mahu aplikasi segala yang dituntun oleh Dia...aku tidak mahu jauh ditinggalkan oleh rahmatNYa...

dan aku tahu hanya DIA yang bisa menetukan segala pilihan aku dan DIA lah berkuasa ke atas setiap apa pun yang aku punyai...kepada Nya aku berserah....

maafkan aku...
~~~jitra
~~~shah alam
~~~telok malek
~~~temerloh
~~~seremban
~~~johor


aku berani menulis untuk umum tahu aku bersalah...kini aku mohon secara terbuka kemaafan dan keampunan...

jodoh tidak kesampaian...
jalan hidup kita semua telah ditetapkan...

harapan semoga perkenalan, persahabatan, hubungan indah ditutupi dengan doa2 yang dapat membantu antara satu sama lain bahagia selepas kehidupan dunia kelak!!!...

assalamua'laikum w.b.t.


1Malaysia : kembali ke zaman itu...

inilah antara saat paling lengkap dalam melayari kehidupan...

bercampur-gaul dengan anak2 org yang bukan sembarangan...
berkenalan dengan saudara2 yang mengenal erti persahabatan...
mereka dekat di hatiku untuk selamanya...
kini ku mencari teman seperjuanganku yang bernama IMRAN Firdaus...
dulu pernah dia bersekolah di V.I...
skang menghilang hentah ke mana...
dilaman2 sosial belum lagi ku temui...
itulah temanku yang 1 di smk S9....

ketika inilah persahabatan menjadi lebih akrab....
muada lagi waktu nih...perkhemahan yang paling bersejarah dan gembira...
aku teringat bila mana ketua/pengurusi, izzudin mencium tanah semasa menuruni sebuah tanah tinggi...
tapi ramai yang tidak nampak...cuma segelintir...tapi aku pasti, din takkan melupakan saat itu...hahaha

Monday, January 25, 2010

1Malaysia : wajib baca dan tahuu!!! YAHUDI LAKNAT semakin hampir...

layarilah 2 laman di bawah ini...


sebarkanlah demi kepentingan dan pengetahuan anak2 generasi muda kita yang kurang ilmu tentang perkara ini..

http://penaemaskreatif.blogspot.com/2010/01/yahudi-dominan-di-tv3.html


dua link kat atas tu da[at mendedahkan nyaa...

umat Islam, jgn lah kita terus tenggelam lagi...

kita makin di kuasai...

aku kau dan sesiapa sahaja...tiada yang terlepas....

yahudi memang bijak dalam hal2 sulit sebegini...

nampaknya kita telah memuji sesuatu yang agak kita jahil sebelum kita mengetahui perkara ini...

biarlah ada yang menafikannya....kenyataan tetap benar...

sedarlah...wahai kalian yang mahu sedar dan yang seakan sedar dan juga yang di atas pagar sedar....

jangan terlambat...


Thursday, January 21, 2010

1Malaysia : Pelarayan pilihanraya Kampus UMT 2010...edisi bongkar rahsia(semakin panazzz)



kumpulan yang telah dikenal pasti,

akasia,
proM,
Surau,
hepa,
bebas,

siapa tergolong dalam aspirasi?? siapa bukan aspirasi??...kita akan bongkar rahsia...
mungkin ada lagi pakatan yang tidak formal??..siapa yang tahu...

MPP (pro akasia) menyelenggara kumpalan yang mana?..menjadi persoalan utama...adakah calon produk akasia??..penyelarasnya masih bernama UnderGround??

daripada mana wujudnya team ProM??...siapa kepala yang menganggotainya?...adakah saudara M#$@ daripada pelajar perikanan??..

mengapa ada calon di ketegorikan bawah "team surau"..adakah team ini bergabung dengan ProM??..siapah pencetusnya?...adakah seorang yang bergelaran "ustaz"

manakah calon pro Hepa?..memang hepa yang berkenan sangat kat calon ni lah maksudnyaa...

dan apakah perjuangan calon bebas??...bagai lalang ditiup angin atau sekadar dipinggiran?...
mengapa perlu nya bebas jika setiap kumpulan punyai ideologi membangunkan ummah mahasiswa dan universiti yang dicintai... atau semua itu sekadar retorik semata2??...

mengapa wujudnya terlalu kumpulan?.
adakah berlaku perpecahan yang amat dahsyat?
mungkinkah sebahagian rancangan pihak "atasan" yang tidak mahu melihat mahasiswa di 1 kan?
sekadar gimik semata2 menunjukkan pilihanraya umt gred D spt dalan laman ini??(wajarkah umt dilebel)?

1Malaysia : Pelarayan pilihanraya Kampus UMT 2010...edisi bongkar rahsia

apabila khabar menjadi berita, berita bertukar diutamakan, yang utama terus mengalih pandangan menutup ruang-lingkup mencetuskan isu...

dan apabila isu diketegorikan panas dan meletup, banyak pihak cuba memberi perhatian, dan ada juga pihak yang cuba berjauhan takut dicekup bersekongkong...

melihat dari sudut pro dan kontra, LJ akan cuba merungkai dan terjah sedalam mungkin kepanasan yang dirasai bagi sesiapa yang minat, (bagi yang tidak, pedulikan sahaja!!) berfomulakan 5W 1H...

kisah setahun sekali untuk pemimpin generasi baru diangkat menakhodakan sebuah pelayaran silih berganti hasil lepasan "baton" generasi terdahulu kenkadang mencetuskan sejuta persoalan, dan mewujudkan pertelingkahan yang berpanjangan serta mengakibatkan masalah terus dirundung masalah, yang sedikit terus menjadi sedikit, dan yang sedia ada akan melimpah-ruah akibat kuasa, pangkat, dan egoisma...

dan di sebabkan oleh hal kepimpinan ini jualah, terjadinya krisis bukan setakat di dalam organisasi itu sendiri malahan merebak seperti penyakit kencing manis yang akan terkena pada anggota yang lain juga.

LJ tahu, wacana panaz bongkar rahsia ini akan membuka pekung di dada, namun untuk mewujudkan situasi serta persefahaman yang yang murni dan baik maka, biarlah dikorbankan 1 untuk kehidupan yang 9 lagi...(apa itu??...) pepaham jer lah..

PM 1Malaysia pernah menulis buku menakhoda zaman. tak pula di hebohkan serata malaya apa kandungan penting yang patut ditonjolkan...manakala sebelum daripada itu, di zaman keemasan Tun M, dipopularkan dengan buku bertajuk SHIT yang akhirnya menjadi realiti walaupon di awalannya penafian demi penafian di pertontonkan di media...

kini LJ akan cuba untuk tidak berselindung dan telus dalam mempamerkan isu panaz...

bongkar rahsia pra / pasca pilihan raya kampus UMT 2010...

Wednesday, January 20, 2010

20/10/2010: nigina to marlinda

marlinda

Apakah yang membara

Di hati kecilmu

Kiniku terharu sayu


marlinda

Gadis timang dimanja

Membelai rindu

Melagu harapan seribu


marlinda

Ke sini dan ke sana

Kekosongan menyiksa

Robohnya persada bahagia

Potret dan waktu

Mengusik dikalbu

Mencuit sendu

Kau anak semesta

Impikan keindahan berjuta


Oh... oh... malam meratapi

Lembaran tragedi

laramu ini


Kian dilamun ilusi

Kian membakar diri

Kau ibarat kuntum bersemi

Menunggu mentari

Memancar fitrah pagi

Agar mimpi sucimu

abadi.............


link click


Tuesday, January 19, 2010

20/10/2010: kesihatan yang terancam.

cerita awal pagi yang indah dan segar di shah alam..hujan turun dengan lebatnya...ditambah pulak diriku yang tak berapa sihat....terpaksa terus membaringkan diri atas tilam nipis yang sangat lebar berwarna biru...


terus tidur namun tidur yang yang tiada punya nafsu...sekejap bangun sekejap terlelap...tak berapa puas...bangun di awal pagi pukul 8 dengan hasrat nak mandi awal pon tak kesampaian kerana badan terlalu lemah untuk berdiri...

sekitar jam 11.30, aku kuatkan diri untuk bangun jua...kali ni nekad...kena g klinik...ambil MC...nasib baik klinik kat syeksyen 17...naik la moto pelan2...free ubat sebab ada buku untuk rujukan klinik panel...

pastu aku pon terasa nak check baki bil telefon aku..tup!!2x mak ai 100 lebih...terus pergi amik duit kat Agro bank seksyen 11...settlekan bayaran dekat P.A.S.... terus pulang ke rumah...situasi tak berapa sesuai untuk terus berada di luar rumah...sampai di rumah terus berehat panjang hingga ke petang....sekali sekala di ganggu oleh bunyi lagu siti dalam perut..hukhuk...

di malam hari, penuh bermakna...keadaan kembali semakin sihat...makan makan yang sedap yang di masak oleh Chef Azril...terasa terbuka selera...haha

sempat jua ak bersembang dengan si dia sebelum melepakan mata...=)..rindunyaaa..lama tak berjumpaaa...padahal baru je ka...hehehe

Monday, January 18, 2010

1 MALAYSIA : aku petik dari facebook anwar Ibrahim

Oleh Abdul Rahim Sabri

Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.

Kini pro-M menguasai kerusi fakuti ago-teknologi dan sains makanan, fakulti pengurusan ekonomi, fakulti ekonomi dan sains marin, dan fakulti sains dan teknologi. Setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi.

Menurut jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, inilah adalah kali pertama pro-M menguasai kampus UMT selepas ia dinaik taraf sebagai universiti pada 2007.

Beliau mendakwa, antara faktor kemenangan mereka ialah ketidaksefahaman di kalangan calon pro-Apirasi atau dikenali sebagai Akasia (Angkatan Anak Seni).

Malah, katamya, maklum balas daripada pelajar menunjukkan calon pro-Aspirasi “tidak bekerja dan menganjurkan program”.

Ekoran itu, katanya, warga UMT mengambil kesempatan daripada pilihan raya kampus kali ini untuk membawa perubahan dengan memberi sokongan padu kepada calon pro-M.

Katanya, ini ditambah pula dengan manifesto kumpulan pro-M yang berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman dan fakulti.

“Antaranya ialah masalah bekalan air di kolej kediaman yang sering terputus,” katanya.

20/10/2010 : rancangan yang terancang...

APAKAH YANG AKU INGINKAN UNTUK ANAK-ANAK, ISTERI & DIRIKU?

Apa yang aku inginkan untuk anak-anak, isteri & diriku?

Sudah tentu segalanya yang terbaik bukan hanya di dunia malah di akhirat jua.

Tempat tinggal yang terbaik

Kenderaan yang terbaik

Makanan dan minuman yang terbaik

Pakaian yang terbaik

Kesihatan yang terbaik

Pendidikan yang terbaik

Masa depan yang terbaik

Akhirat yang terbaik

Segalanya yang terbaik

Jadi, aku rajin bekerja mencari rezeki untuk menyediakan yang terbaik

TAPI,

apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti aku tidak boleh bekerja lagi?

Mungkin aku kemalangan

Mungkin aku cacat

Mungkin aku lumpuh

Mungkin aku hilang upaya

Yang PASTI aku tetap akan MATI

Yang PASTI dimasa itu tak mampu lagi..

menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, isteri dan diriku juga

SEBAB aku tak punya harta berjuta-juta

Semua milikku "HAK MILIK DITUNTUT OLEH" Bank @ Finance

Hutang Kad Kreditku ribuan RM

PTPTN ku pun belum selesai juga

Barangan rumahku pun COURTS MAMMOTH yang punya

Wang simpananku pun sekangkang kera

Adakah ini sebenarnya yang aku inginkan untuk anak-anak, isteri dan diriku?

KESUSAHAN SETELAH AKU TIADA

Dan di kubur sana gelap gelita, aku sepi menunggu pahala dari dunia

Bertindaklah segera, kematian tidak mengenal usia

mungkin esok mungkin lusa


*******

"Manusia tidak pernah merancang untuk gagal

tetapi,

sering gagal dalam membuat perancangan" *******


Sunday, January 17, 2010

20/10/2010 : hari-hari ku dengan maggis

setiap hari mulai sekrang hidupku akan dilalui bersama mu maggi...walaupon rupa mu kuning pelbagai perisa, namun, yang dua nie jer tetap menjadi pilihan hatiku...


ada satu teka teki untuk pembaca yang rajin berfikir... makanan apa hasil gabungan nama barat dan timur??...susah tau jawapannya...jenuh gak aku masa diajukan soalan ni ....=)

akan tetapi, yang sati nie tetap juara...pilihan utama rakyat Malaysia...kat kedai makanan 1Malaysia jenama nih lah yang diletak sebagai hiasan...
boleh kata ni adalah bapak segala meggi...=)

1 MALAYSIA : kisah kristal...adakah benar??

tak berapa ingatlah..2 hari lepas aku ada menonton buletin utama...

ada satu slot menceritaka perihal kristal...
nah!!..kajian yang dilakukan kurang lebih tahun 1994 dipaparkan pada umum pada tahun 2010...
(kalau dah keluar berita nih, maknanya aku lah yang ketinggalan..)

cerita merbahaya..kristal boleh memnyebabkan penyakit kronik dan keguguran!!!...nah!! betul ker nih??...
aduh...kalau macam itu, ape ke hal plak dengan MASJID KRISTAL kat ganu tuh?...bahaya ke tak?.

pasni alamatnya ibu2 yang mengandung akan membatalkan lawatan mereka ke sana..siapa ada maklumat lebih boleh share...

p/s : yang menyebabkan kristal tu merbahaya adalah kerana kandungan plumbum yang tinggi dalam kristal tersebut..so bagi mereka2 yang mahu memiliki dan menjadikan barangan kristal sebagai sebahagian kehidupan mereka, make sure u all check dulu ...jangan sampai memudaratkan diri dan keluarga...

Thursday, January 14, 2010

1 MALAYSIA : ape daaa....

hari nie, adalah hari malang sekali lagi bagiku,..di awal pagi sudah dikejutkan dengan berita sedih dan resah...adik ku kemalangan kereta...kreta tu dah total lost..nasib baik dia selamat tanpa kecederaan.


seterusnya berita buruk ke 2....aku datang lambat kerja, tak dapat join meeting dengan factory manager...so, kena warning. minggu depan wajib datang...bereh...

tapi ada perkara yang best hari nih...aku makan nasi berlaukkan kari daging kambing...mantap gilaa...dah la sedah...murah...berbaloi-baloi....

tetiba masa tgh keja selepas rehat makan tengah hari, ada satu paggilan dari no yang agak misteri...ingatkan dah dapat panggilan kerja baru, rupa2nya....HSBC...huh!...ok2..

itu lah rencam kehidupan...ada happy ada gembira...
TQ ALLAH...


1 MALAYSIA : kisah rakanku di malam hari..pelbagai adegan...

ini pemuda di rumah bujang, aktiviti malam hari...ada pelbagai ragam yang dapat diperhati...suka duka dilalui bersama...rumah bujang yang paling best penah aku diami...puji jangan over2...kang ada yang kembang..harharhar!!

pemuda bernama nasrul hafiz, executive di TM seksyen 11..sangat rajin melakukan kerja2 rumah...malangnya dia tak berapa cukup makan..sebab tu kurus jer...
tapi kuat menyakat ...

ahli rumah baru...nama nya amir...aku kenal masa dekat GEMS..
tapi kurang kenal sangat..takat gitu2 jer...
pandai memasak nih...kalah ChefWAn...malam suka jadi burung hantu...

ni antara pemuda paling "hebat" dalam rumah nih...menjadi contoh dan ikutan ...nama jolokan sebagai Ustaz...tido awal. bangun pon awal...
dah dapat kerja kat syarikat ada kaitan dengan cat...QC exe...
tahniah azril...

Wednesday, January 13, 2010

1 MALAYSIA : kerja oh kerja...!!! NESTLE

melawat kawasan plant/loji bahagian "rework"...jom kita terjah apa yang ada di sana....mari2!!!...

rakan2 sekerja yang rajin membantu

produk milo yang tak cukup sifat..

nescafe breakfast yang cacat dari segi packaging di"kerjakan" semula..

nescafe classic..best...tu dulu...skang dah ada macam2...tyr lahh

proses rework area

area simpanan produk rework...jenuh aku nak buat checking fizikal produk nih!!...
bau dah la tak tahan...

tempat sinpanan produk yang baru tiba,...maklumlah, nestle baru sahaja terima ISO. so, macamlah pembaharuan dilaksanakan...

Tuesday, January 12, 2010

20/10/2010 : letih sudah bekerja...try ini pulak!!


aduh...penatnya kerja...bangun awal...balik lewat...

hebat betul dugaan semacam ini...
nak jadi seorang yang berjaya perlukan ketabahan dan kegigihan yang tinggi..sabaq pon penting jugak...

tapi kini aku dah letih...dahsyat juga kerja swasta...semuanya kena laju pantas tangkas dan cermat..
faedah pada pekerja pon tak kurang hebat...

namun, kerja kerajaan jua tetap menjadi keutamaan..pikir untuk masa hadapan...di hari tua....maka applylah SPA...walaupon lambat, jangah aku dan kamu semua berputus asa...rezeki di mana2 sahaja...kalau ada tuah dan nasib maka kita akan berjaya pergi ke tempat yang lebih tinggi...

doa tawakkal pada NYA...semoga berjaya...

Sunday, January 10, 2010

20/10/2010 : doa dan impian kian dekat...namun

dah berapa hari aku tinggalkan alam blog untuk penuhi tuntutan realiti

masuk sahaja alam maya ni, terus tersekat otak ku berfikir tangan kaku menulis...

namun hari ahad ini (10/01/2010) adalah hari indah bersama...
ku cuba nukilkan menjadi suara jemari untuk tatapan di masa hadapan.

ke sana sini sudah menjadi rutin perjumpaan hujung minggu mengisi masa terluang...
kenkadang ada jua selisih kecil dan rajuk manja mengisi dilema jiwa semasa bersama...

tu kisah abadi nan suci yang akah berakhi
r dengan bahagia hendaknya, Insyaallah...









malam tu pulak, di
serikan lagi dengan jeritan "pergi" dan "kau aku" yang tampak begitu syahdu dan mengusik jiwa...namun kepuasan dari "bencinta" tidak dapat dirasai...itulah hero malaya ketika ini...AJL malam tadi nampak sangat berprestij dengan cahaya
yang gilang-gemilang disulami gandingan Ally dan FBI...tuah sudah tahu siapa yang punya...

mengisi menjelang tengah malam, terselit isu letupan bom di gereja..
entahlah...apa nak jadi nih...
sampai meletup sana
sini...menonjolkan Islam itu sangat ganas...
padahal, kita tak tahu siapa punya angkara..
mungkin org Kristian sendiri yang menimbulkan situasi tersebut lalu di ambil kesempatan menyalah kan ISLAM...

maka, disabitkan dalang nya adalah UMNO...ini tak boleh jadi, UMNO salah lagi...sudah lah..
hentikan sahaja aktiviti mengebom ni, duduk dan bincang bersama2...kan itu lebih baik.

esok akan ada satu temuduga di Nestle, position apa pon aku pasti...semoga dia berjaya...

Tuesday, January 5, 2010

1 MALAYSIA :usaha halus utusan Malaysia menarik rakyat kelantan...


sejek dua menjak nie, utusan Malaysia sangat bersusah payah dan berhempas pulas untuk memasuk kan jua mana2 artikel berkaitan tok guru nik ajis dalam surat habaq depa...


tak kira lah sama ada sensasi ker, menghentam ker, yang baik ker...janji dapat masuk dalam utusan...ruangan kecik pon tak jadi masalah...janji ada....

tujuan nya satu, politik suvival mereka terutama untuk pembaca akhbar di kelantan dan negeri2 pakatan rakyat...

al-maklumlah, tok guru kan insan berwibawa, pemimpin rakyat, dan tok guru yang punyai ilmu yang tinggi...ikon rakyat...walaupon dituduh dengan pelbagai perkara sebusuk2 najis manusia, namun beliau tetap dihidu wangi oleh masyarakat malaysia...entahlah...ambil contoh termudah golongan artis...terbaru pesalah wanita yang ditangguh hukuman sebatnya...semua mahu bertemu sua mendengar dan bertukar pandangan bersama beliau...

maka, utusan malaysia pon tak mahu melepaskan peluang keemasan ini...nek pergi mengadap takut dikatakan tak diundang atau ada udang di sebalik mee...erm...guna cara ini pon kira ok lahh...tak lama lagi, gambar najib PM 1 Malaysia akan ditukar dengan nik aziz MB 1 malaysia dulu kini dan selamanya...

harharhar...sekadar pencetus konflik untuk difikirkan dan diteliti bersama...


Monday, January 4, 2010

20/10/2010: ....slumber dan sempoi soal jawab


fuh!!...tengok lak tv3 ...mula2 macam bosan...tapi bila moderator datuk manja dengan style slumber tahap gajah tak dak perasaan maka aku terus minat...


dengan hujah2 Ketua pengarah SPRM yag kenkadang agak 'melucukan'..membuatkan aku lagi geli hati ...kesimpulan nya yang sangat ringkas dan berkesan...boleh lawan prof agus...

apa2 jom layan jer...

minggu depan rasanya PM 1 Malaysia plak..harhar...mari kita tgk siapa yang kena...

Saturday, January 2, 2010

20/10/2010: ....surpriseee


02:01:2010

tarikh keramat yang sangat penting untuk diingati bersama si dia....
walaupun agak sederhana pertemuan 8 biji mata ini namun perbincangan yang dijalankan menjangkaui apa yang difikirkan.

pada mulanya suasana agak dramatik hasil lakonan yang entah apa2...hahaha
lama kelamaan suasana menjadi selesa dan semakin akrab ditambah istilah pangilan kata nama yang selalu tersalah/tersasul...

aku merasa ini permulaan yang baik dan perlu diteruskan sedalam-dalamnya...
hari ini untuk esok...masa depan perlu pengorbanan dan kesanggupan...
kini aku telah bersedia untuk menempuh ke alam baharu yang lebih mencabar...
10100132020590202016401010...

20/10/2010: 1 Malaysia huru-hara dek kerana...

alamak apa nak jadi...tahun 2010 yang baru menjelma telah merancakkan kehidupan 1 Malaysia..

mana tidaknya baru saja 2 hari dah ada dua perkara besar yang menusuk qalbu 1 malaysia ...

1) harga gula naik...ish!ish!ish!
2) penggunaan perkataan Allah dalam Gereja...

2 isu yang sangat besar yang sangat sensitif dan mampu memberi kesan yang huru hara....

semalam aku tengok berita kemudian bermacam2 lah berita tentang respon kenaikkan harga gula daripada masyarakat...tup tup, ketua puteri UMNO bagi nasihat, kita sekarang perlu mengubah gaya hidup yang lebih sihat..kita perlu mengurang kan pengambilan gula dalam makanan seharian kita...

kalau ikut logik, betul lah pendapat beliau tu, tapi yang aku sangat2 tak puas hatinya bila mana kerajaan melakukan sesuatu yang memberi kesan pada rakyat di bawah, disuruhnya kita berkorban menerima apa sahaja perbuatan mereka tu...macam2 la kempen ..padahal angkara depa, kita kena terima seadanya...

elok sangatlah kerajaan malaysia...dulu minyak naik, rakyat beralih undi pembangkang, ni gula pulak...entah ada yang mengundi lagi atau tak, hanya Allah yang tahu...

pastu mahkamah malaysia pulak buat gempaq!!!...hakim tu cina...bukannya dia reti pasai bab2 ugama Islam nih...maka keputusan pon tak memihaklah pada orang Islam...

tup!tup!...sms tersebar untuk rakyat bawahan...yang dijadikan kambing hitam adalah nik ajis, dan seluruh geng PAS...apa kebenda nih???....adoi makkk...pantas betol rumusan orang UMNO, mana pemimpin pas??..."Pemimpin pas membisu...mana Islam yang selama ini diperjuangkan..."

aku nak tanya sikit...UMNO pon rasanya perjuangkan Islam..tapi kenapa tak ada respon dari mereka yang "ahli" dalam bab2 ni dalam kerajaan?..dalam umno sendiri punya ramai ULAmak..mana dia insan bernama HARUSsana/sini??...mana MUFti??...apesal tak bagi komen??...

kalau macam ini rupanya, nampak sangatlah PAS sangat berguna, memang pas lah yang memperjuangkan ISLAM...UMNO sendiri mengakui mereka perlukan PAS dalam bab2 ugama...

maka PAS selepas ni perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk membantu UMNO dalam masalah bab2 ugama...

p/s: akhirnya terbukti...ceritanya aku kutip masa aku sedang minum...terdengar perbualan rakyat2 biasa dibawah menggelakkan kerajaan/umno yang 1malaysia nih!! so macam mana lah agaknya BN nak memang PRU13 nanti kalau situasi begini berterusan...




Friday, January 1, 2010

20/10/2010: hari pertama akan mencatatkan sejarah ....

hari ni aku pergi ke kerja...macam biasalah...patutnya cuti peristiwa tahun baru... tapi kehendak hati nak kerja juga...maka, aku kenalah pergi bekerja...


harian ku di ofice takde kerja lain dah...itu lah sejak 2 minggu yang lalu...maklumlah keja sebagai "cleaner"..hehe..kena terus bersemangat jika mahu membina sebuah masjid dalam masa tedekat...

berkenalan lah aku dengan seorang pekerja ni..dia kerja kontrak bawah NESTLE...asalnya daripada india...namun fasih berbahasa melayu...ada la dua tiga soalan aku tanya padanya, namun yang paling menyayat hati adalah selama mana dia bekerja, dia tak penh bercuti...aku pon hairan lah..aik!!! teruk betul majikan dia...dia mendakwa, kalau cuti gaji potong...dah la tarpaksa kerja dari jam 7 a.m sampai 9 p.m...

itu kisah dia...aku hanya terdetik di hati...dari mana pon dia datang, takat mana pon taraf pendidikan dia, tak perlulah di kerahkan tulang 4 keratnya sampai begitu teruk...dia pon insan bernama manusia...

kalaulah aku punya kuasa, aku pasti akan mengubahnya..!!!..

petang ni aku nak perg cari tiket bas nak pulang ke jitra...ada ujian JPJ yang perlu diselesaikan setelah menunggu berbulan2...akhirnya tiba...semoga aku berjaya....ameen.

20/10/2010: bermula lah ...

hari ini lengkap setahun ...tahun 09 pergi dan tak mungkin kembali...pahit manis semuanya telah diharungi dengan penuh kesabaran dan ketahanan yang tinggi...itulah sebabnya aku masih di sini...


kalau di tonton dalam tv semalam, penuh agenda tersirat dan tersurat di paparkan melengkapi tahun 09...segala ada dalam sepintas paparan...

09 tahun sejarah yang sangat luar biasa padaku...ibu, hari ni aku buktikan..segala pengorbananmu tidak ku siakan..ayah...semangat membara mu ku bawa meredah dunia penuh onak ini...

sarjana muda, dan tanggungjawab berat tersedia menanti untuk di sambut...apa perlu untuk di kerahkan adalah tenaga dan khudrat ....

kini segalanya pasti akan bermula...februari yang dirancang semoga Allah membenarkan...Oktober yang lalu akan diakhiri dengan oktober yang penuh kemeriah akan datang...namun semuanya bergantung pada usaha kita bersama merealisasikanya,..

hebat 2010 akan terpatri hari demi hari...aku akan lebih menyerlah pada tahun ini...catatan bersejarah akan mula terisi untuk sisipan di masa tua...aku akan memulakan segalanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online