PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, February 13, 2010

Jitra-Terengganu-Shah Alam : ...layar jalanan terhenti di sini....

alhamdullilah..syukur kepada Allah telah memberi peluang dan ruang kepada ku untuk berkata-kata melalui papan kekunci ini genap tiga tahun. pelbagai perkara dan gaya yang boleh dilihat dan ditafsir tentang perwatakan diri ku ini.


aku hanya mahu berbicara untuk mengadu perasaan dalam laman ini bukan untuk memberi kesakitan pada sesiapa. dan aku jua mahu berkongsi bersama pelayar yang singgah mennjenguk laman biru ini tentang perkara2 yang mungkin perlu difikirkan.

laman biru nie, hasil kerja si dia..untuk tidak menimbulkan sebarang kesulitan pada si dia, ini adalah jalan yang terbaik rasanya...aku tidak mahu menggangu kehidupan orang lain lagi disebabkan wujudnya laman ini....

biarlah laman biru ini belayar bersendirian mencari jalan yang lebih baik. walaupon terasa beratnya hati.

akan ku kuatkan semangat dan azam untuk perubahan diri kepada yang lebih baik...

akhir kalam, terima kasih kepada yang sudi singgah seketika di laman biru ini, maafkan andai ada yang tidak senang di hati....semoga selamat dunia dan akhirat..


.............................................................................. :terhenti...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online