PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, May 30, 2009

BACA LA

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,

sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,

belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,

hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...

Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani "

-INSAN CAKNA..31 mei 87

Friday, May 29, 2009

KHAS BULAN MEI







GAMBAR JARI TERBAIK










BANNER YANG TERTINGGAL

Wednesday, May 27, 2009

SUDAH SEKIAN LAMA

haha...dah lama jug aku tak melawat blog nih..dah pulang ke rumah susah la jugak nak online..
ada beberapa peristiwa besar dah berlaku dalam minggu nih..
1) result exam dah keluar...
2) kena cari kerja secepat mungkin
3) ke nak sambung belajar??...

pening kepala den.

Friday, May 22, 2009

KHAS BUAT RAKAN2 TERSAYANG....

gabungan gambar ramai2 semasa perjalanan kita di sana...sungguh rindu akan suasana indah

Thursday, May 21, 2009

KENANGAN SEKITAR BEIJING-SHANGHAI


















Wednesday, May 20, 2009

MALAYSIAKU SAYANG

hah!!!...cukup seminggu aku di sana..macam2 pengalaman pahit dan manis di lalui..
walaupon semuanya indah di sana..namun malaysia lagi indah di hati ku...
tq..terima kasih malaysia...gambar nanti aku upload..bes gilerr..huhu

Thursday, May 14, 2009

KINI KLIA IV

dah tiba masa untuk perjalanan yang sungguh jauh...
Beijing semakin di hampiri..
sehingga ketemu lagi seminggu selepas ini...

Wednesday, May 13, 2009

KINI KLIA III

muka2 tak mandi lagi nih..hahaha...

gambar aku tak masuk kat dalam nih...diaorang jer yang dapat..sedih..

KINI KLIA II

bagasi yang banyak gila...berat betul...

memang seronok la kalau kena cas...dah la mahal...huhu

suasa di KLIA...pagi2 macam ni tak de orang sangat

dapat tangkap gambar bumbung jer...

KINI KLIA

sekarang ini aku telah tiba di KLIA bersama bagasi berat yang berlambak2 giler...ada kengkawan aku yang sempat untuk singgah di kuala lumpur menghabiskan masa di sana....penerbangan adalah jam 1 pagi nanti...huhu lama lagi...

Tuesday, May 12, 2009

ALAHAI ORANG PERAK!!!

kesian betul aku kat orang2 yang tinggal kat nergeri perak..
kerajaan silih berganti...kejap BN kejap PR...
kalau macam ni lah tanpa kesudahan nya..maknanya lingkup negeri perak...

kerana gilakan kuasa...apa sahaja di halalkan...
kerana gilakan kuasa...rakyat yang tak bersalah dimangsakan...
kerana gilakan kuasa...punah abih satu negeri...
kerana gilakan kuasa...tiada lagi ingatan pada yang Maha Pencipta...

tuhan nak uji sultan sebenaqnya...maka.. sultan berhak buat keputusan...ini bukan lagi politik..ini keharmonian keamanan dan kesejahteraan negeri perak khususnya dan amnya malaysia... makamah2 tu pon macam tak ada jalan penyelesaian kecuali hukuman mati!!!

MASA DAH TIBA>......

kini masa telah tiba...
perancangan akhir 2007, 2 tahun lalu kini menjadi kenyataan...
bendera merah makin jelas kelihatan...awan biru yang gelap turut mengiringi perjalanan ku ke suatu daerah yang indah dan moden...

BEIJING 2009...kan dah cakap!!!...jadi tetap jadi...yang perlunya adalah usaha, ikhtiar, doa dan terus berdoa...

Saturday, May 9, 2009

WAKIL RAKYAT DAN FANATIK BOLA SEPAK SETARAF!!

em...tiap2 hari mesti isu politik tak leh lari dari di bincangkan...
terutama krisis perlembagaan yang terang-terangan disalah gunakan...
beralasan semata2 untuk kepentingan kuasa individu....

pihak BN kata mereka betul, pihak PR kata mereka juga betul...
so aku kata dua2 memang betul...betul niat, betul janji, dan betul impian...
cuma yang tak betul adalah tindakan...perbuatan ahli2 politik kita ambil contoh DUN Perak...
kalau sampai macam itu sekali perlakuan yang di tonjolkan...maka aku rasa, budak2 kampung yang belajar sampai SPM pon boleh jadi wakil rakyat...tak ada standard langsung...so, no respect at all...

dah macam penyokong bola sepak pulak...terjerit2 jerit macam dalam stadium...habis rosak kemudahan dalam dewan tempat bersidang sama macam di stadium bila satu pasukan yang di minati sangat2 tewas maka geram sehingga menyebabkan kerosakkan pada kemudahan dalam stadium...apa diaorang ingat rakyat bagi duit free ke???jika sepuluh orang rakyat tak halal duit yang dia sumbangkan, maka apa akan jadi??? haa!! berjwablah dalam kubur nanti wahai pemimpin yang di sayangi...

wakil rakyat di perak tak ubah seperti peminat2 fanatik bola sepak...itulah standart wakil rakyat ketika ini...

Thursday, May 7, 2009

MALAYSIA SEMAKIN TERUK .........

dalam utusan hari ni juga..seorang hamba Allah nie ajak solat hajat kena tangkap dengan polis...utusan

tapi pihak bertanggungjawab tak pulak kesah kes mencuri ni walaupun dan berulang kali jadi....utusan

apa kejadahnya orang nak anjur solat hajat kena tangkap?...sebaliknya, apa orang yang meragut sampai berlaku kematian tak ambil tindakan!!

APA NAK JADI??!!

ni petikan daripada akhbar utusan hari nie, 7 mei 09....apa nak jadi ???!!! cuba tanya pada ketua polis negara...tgk apa jawapan dia!

isu ni bukan isu utama..isu ni tak melibatkan kejatuhan perti barisan nasional...so...tak perlu di ambil tindakkan....

tapi kalau isu yang melibatkan barisan nasional seperti di perak atau dalam mana2 pilihan raya kecik ke besaq ke, maka berduyun2 lah anggota polis nak menabur bakti dan jasa...konon nya ini isu keselamatan dalam negara...

isu rakyat macam ni tak bagi apa2 makna...so..kita ada akal..kita fikirlah sendiri...

HOT!!!HOT!!!HOT!!!

haaa..ni habaq pi kat hangpa semua....
kat perak la nie dah macam sampah!!...
sidang DUN yang mulia dah jadi cacamerba dan haram jaddah!!!
rakyat kat luar ni dah benci dengan orang2 yang dok merompak!!!..polis lagi nak masuk campur.!! of couse orang ramai lagi benci lepas ni...

politik perak macam perbuatan berak!!!...ada yang hitam, ada yang putih...nak taik jenis macam mana pilih lah sendiri!!!

maaf yer..bahasa kasaq sangat!! geram punya pasai...

Sunday, May 3, 2009

JOM:IKUT.....AKU MAHU BERUBAH!!!

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENZALIMI MANUSIA SEDIKIT PUN,
TETAPI MANUSIA ITULAH YANG MENZALIMI DIRINYA SENDIRI.
(SURAH YUNUS;45)

setelah 3 hari aku menyepi, kini aku kembali lagi..takdir Allah menetapkan aku perlu teruskan kehidupan ini...kehilangan aku sementara waktu bukan kerana 'diculik' oleh sesiapa tetapi kehilangan aku tanpa aku sendiri sedari, rupa2nya diiringi ilmu dunia/akhirat yang sangat berguna dan bermanfaat..sudah menjadi amalan seorang umat Islam, ilmu yang baik jangan disimpan...maka sebaik2nya sampaikan lah walaupun sedikit...

sepotong ayat di atas banyak membuat aku berfikir dan terus berfikir...aku bukan lah 'ahli' dalam nak tafsir2 ayat A-Quran..tapi diikutkan dengan pemahaman akal fikiran disamping bimbingan oleh cikgu2 terdahulu..maka pahamlah aku...

aku rasa korang yang sudi membaca, juga pasti paham...ayat di atas sebenarnya telah memberi peringatan dan pedoman kepada kita semua..sebenarnya kita lah yang menyebabkan diri kita sendiri menjadi susah dan teraniaya kerana perbuatan yang kita sendiri lakukan...

maka janganlah disalahkan kepada takdir... ayat tersebut bukan sekadar ayat2 sepertimana yang tercatat dalam buku2 harian kita..ia suatu peringan dari Allah kepada hambanya...jalan yang Allah sediakan sebagai petunjuk manusia cukup baik dan lengkap..cuma kita sahaja yang tidak melaksanakan...kenapa?? tanyalah pada diri masing2...semua punya jawapan kendiri...

jadi mulai tika dan saat ini, jomlah berubah dari yang tidak baik dalam segala amalan kita kepada yang baik dalam apa jua amalan dan segala2nya bagi menhindari diri kita daripada terjerumus dalam lembah2 kehinaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online