PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Monday, March 30, 2009

BANGKITNYA REVOLUSI ENTECH

HA..HA..HA..
tajuk tak boleh belah
tapi tu lah hakikatnya
memang budak2 entech bagus tahap gaban!
dalam sem ni dah 2 event besaq dapa dah conquer
bumi hijau dan earth hour 2009

secara terang2 memang diaorang bijak menggunakan peluang yang terhidang di depan mata
bijak mengambil kesempatan
tahniah diucapkan

tapi jangan kita sekadar melihat program itu adalah semata2 program
tapi lihatlah 'ISI' yang cuba diketengahkan oleh golongan pencinta alam ini

untuk kepimpinan entech sesi 20082009
semoga anda semua terus cakna dengan perkembangan semasa dunia
bawalah warga UMT melayari dunia yang penuh indah ini
dan hidangkanlah warga UMT dengan kesedaran2 yang lebih tinggi nilainya daripada politik2 sempit kampus yang hanya mengkucar-kacirkan

KAMI SEMUA SOKONG ANDA!!

ROSAKNYA NAMA HEPA, MPP,JKPP DAN AKASIA

persoalan demi persoalan telah timbul
tuduhan demi tuduhan mula terselah
kutukkan demi kutukkan dijadikan medan melepaskan hasrat hati
e-kuliah medium perantara penyatuan jiwa2 kacau, hati2 bengkak, dan mulut2 yang tidak punya insurans
keegoan menyampaikan hasrat jiwa makin teserlah
hati2 nurani yang suci turut melolong bagaikan rohani tidak terisi

habis sudah terlerai belahan jiwa yang meronta2
puas sudah belaian nafsu2 ammarah
cuma menunggu masa dan tika untuk letupan berapi meledakkan isi UMT

dahulunya indah belaka buat UMT
tidak seburuk rupa yang terjelma seperti kini
hasil TANGAN2 PEROSAK yang berselindung di sebalik PERJUANGAN MAHASISWA
mereka cuba bertindak berani yang hanya fokus untuk kepentingan diri
namun dikatakan pengorbanan untuk membela nasib dan kebajikan mahasiswa
sungguh dahsyat kerelaan diri mereka

namun jika difikirkan sejenak
benarkah masih wujud mahasiswa yang berjuang untuk kepentingan mahasiswa??
atau sekadar ingin memenuhi tuntutan jiwa mereka mengaut segala keuntungan

sedih sedih sedih dan terus sedih
otak mahasiswa yang terpengaruh adalah terlalu singkat dan tersekat
dek secebis tipu daya atas nama perjuangan mahasiswa
mereka alpa dan terpekosa

barang diingat,
meruntuhkan lebih mudah daripada membina
merosakkan lebih senang daripada membaiki
penderitaan lebih dahsyat daripada keselesaan

Thursday, March 26, 2009

BERITA TERKINI POLITIK SENSASI

wah! tak sangka aku.
lawannya dikelilingi pangkat DATUK & DS
tapi takdir tetap memihak kepada beliau

KJ menang sebagai ketua pemuda UMNO malaysia
tahniah kepada beliau
walaupun diuji dengan pelbagai tomahan dan tuduhan namun kemenangan tetap menyebelahi beliau

dalam usia yang boleh dikatakan sangat muda @ masih mentah lagi dalam dunia fantasi politik
namun kematangan telah membawa beliau ke suatu dimensi yang baru
petah berbicara dan disokong dengan pengaruh mertua yang gah mungkin faktor yang menyumbang kemenangan beliau.

walaupun cubaan serta serangan bertali arus dari mantan PM Tun M terhadap beliau
namun nampaknya kuasa terhadap beliau masih ampuh
perjalanan beliau dalam politik moden semakin berjalan lancar
angan2 untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA semakin cerah
semoga beliau berjaya dalam usahanya

Monday, March 23, 2009

INILAH AKIBATNYAA! DAH JADI PAPAYA UMT

hari ini 23 mac, lebih kurang 5 hari aku tidak dapat menulis di ruangan ini disebabkan oleh masalah internet yang berlaku di dalam bilik,
namun terpaksa jua aku turun ke tempat yang ramai orang namun keberatan itu masih lah wujud.

berkenaan permalahan di kampus UMT yang tak seberapa indah ini sejak beberapa hari yang lalu agak suram sepertimana suramnya hari2 yang dijalani dek kerana hujan yang mencurah-curah di muka bumi ini.

3 hari lepas ada seorang teman aku terpaksa tinggal di hospital disebabkan oleh kecederaan tangan yang agak serius. mengikut dari cerita yang dikhabarkan, selepas main futsal di dataran censelori, dia dan beberapa lagi kengkawan yang lain ternampak seekor musang yang berwarna putih, kenapa warna putih?? pelikkan!

semasa mengejar musang tersebut dia pun tergelincirlah dan terjatuh. dalam keadaan yang tidak pasti dia merasakan tangan nya mengalami kesakitan, dijadikan cerita tangannya pun patah kedua-dua tulang.

tapi yang nak diketawakan adalah kesan jatuh tersebut sama seperti kena langgar oleh sebuah lori! WOW.. dahsyat betul!.. sekarang tangan dia dah macam dalam cerita PAPAYA..kesian aku tengok..

memandangkan sekarang dah dekat dengan exam, maka nasihat aku berhati-hatilah dengan apa jua yang anda semua lakukan.. yer..jangan sampai kena lanjutkan pengajian dek gara2 perkara yang kita boleh elak..

Wednesday, March 18, 2009

BERITA LAGI PANAS!! PAK HAJI JEF. D

mesti yang minat dengan hal2 politik kampus suka dengar berita nih
pernah dengar atau baca blog BARUAHEP
dah berwajah baru sekarang!
bagus2..jika dilihat segalanya sudah kembali suci
baru pulang dari tanah suci mekkah kot! huhu

semoga lepas ni jangan ada lagi caci maki atau cabul mencabul bahasa
sebab yang membaca, menulis, dan yang selalu melawat di sana adalah golongan mahasiswa
mahasiswa ni di pandang tinggi! jadi nampak tak molek kalau identiti mahasiswa dicelarukan dengan idea2 yang kurang intelectual..

ok kepada "jefry danial" selamat berblog kembali!
kali ni boleh panggil PAK HAJI JEF. D

BUDAK LAKI UMT DAH 'START ENJIN'

cerita ni aku dengar dari sumber2 yang boleh dipercayai..
kononnya di merupakan orang yang di amanahkan untuk memantau @ mengenalpasti mahasiswa yang berbakat untuk di jadikan pelapis kepada MPP sesi akan datang.

siapa dia tu sebenarnya?
suka hati jer aku bercerita kat sini walaupun perkara ni adalah secret!
demi nak buka minda kawan2 di UMT ni so aku rasa aku kena tulis juga.

kursus kepimpinan anjuran sekreteriat rukun negara
penah dengar? si budak laki ni lah kepalanya..
ye lah, di kepunan tak dapat nak jadi MPP tahun ni sebab katanya 'bermasalah'
tapi tak pe..lupakan yang itu.

kembali kepada kisah kursus kepimpinan yang dikatakan alkisah nya
"barang siapa yang pergi mengikuti kursus tersebut, maka orang tersebut berpeluang cerah untuk menjadi fasilitator MJM 2009!"..betul ker?? tak tahu lah..cuba tanya dengan tuan empunya tubuh badan.. tapi standard lah. takkan nak bagi tahu hal sebenarnya kot kepada umum..

p/s:habis tu, apa YB2 MPP ni buat? .. macam si budak laki ni pulak yang menguasai pekara2 yang berkepentingan..
last2 haru blue jadinya..
kalau ada respon tolong lah jawab baik2 yer!

UMT: PERANG SARAF BERMULA...

dah berhari-hari rasaya aku tak menulis di sini.
almaklumlah, minggu ni sibuk dengan test dan assignment yang berlambak-lambak.
tarikh kena submit plak sangat singkat.
hanya mampu singgah di blog dan baca posting2 yang sempat je,

minggu ni juga dapat satu benda baru dalam kisah hidup ni.
apa dia?? haa, tak perlu lah kasi tau! nanti kantoi jugak kan..
erm.., kisah semasa dan terbaru di UMT telah dimulakan.
kali ni aku nak menulis berkenaan dengan 'perang' di UMT!

minggu lepas, kecoh satu umt siap tampal2 'banner layang' lagi. lebih dari satu pulak tu.
dalam banner tu al macam2 lah yang tak berapa enak nak disumbat ke dalam kepala otak kita.
sapa yang jadi mangsanya??
haa...tak lain dan tak bukan lah badan organisasi pelajar kedua terbesar selepas MPP iaitu JKPP.
kononnya JKPP tak jalankan tugas dengan baik. lembu kena cucuk hidung. penipu penghuni asrama. tak jaga kebajikan mahasiswa yang tinggal di asrama dan bermacam2 lagilah..

kemudian@ tetiba timbullah serikandi kononnya dialah penegak hak kebajikan mahasiswa di asrama nih!
sebelum tu nak ucap tahniah la dulu kepada dia sebab walaupun dia seorang 'gadis' tapi berani macam singa!
bagus bukan tak bagus ada orang macam dia, boleh la JKPP check semula apa yang tak kena dalam organisasi depa tu.
tapi yang tak berapa bagusnya, jangan lah mengata lebih kurang sangat! budak2 JKPP tu pun mahasiswa macam yang lain.
masing2 ada tugas yang nak kena buat.
apa salahnya cakap baik2. kan nama mahasiswa. tentulah beradap. tapi kalau macam ini rupanya tidak mengapa lah. pikir sendiri!

tapi kalau cakap baik2 tak nak dengar juga (macam YB2 MPP sekarang).
so kena lah bagi kaw2 punya.
'kaw' jenis macam mana?
guna lah cara berhemah untuk 'hentam', cakap depan2 untuk bagi pengajaran walaupun agak memalukan tapi kesan 'malu' tu tak lama.
--tapi kalau dah sampai benner melayang2 di udara, kesan kemaluan itu lama dol!
jadi kita sama2 kurangkan kesan 'KEMALUAN" kepada pihak2 yang tertentu.
moga2 pengajaran diambil ikhtibar!

p/s: tahniah la kepada insan2 yang berjuang menegak hak dan kebajikan mahasiswa!

Friday, March 13, 2009

DESIRE WIFE!!?....

kriteria isteri idaman hati:


Isteri..1.Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, pandai memasak serta mengurus rumah adalah hal yang penting.


Isteri..2.Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.


Isteri..3.Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayai sangat penting.


Isteri..4.Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.


5.Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

hahahahaha=)



APE PASAL AKU MALAS SEMBAHYANG!!!?

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!


p/s: pesanan ikhlas dari seorang teman yang bernama insan

Tuesday, March 10, 2009

SEMPENA MENGINGATI SEBAHAGIAN SUMBANGAN NABI KITA...

hadiah yang tebaik untuk....
untuk KAWAN ......KESETIAAN

untuk MUSUH ......KEMAAFAN

untuk KETUA ......KHIDMAT

untuk yang MUDA .....CONTOH BAIK

untuk yang TUA .......HARGA BUDI

untuk PASANGAN ......CINTA & KETAATAN

untuk MANUSIA .......KEBEBASAN

HEBAT + FANTASTIK

aku nak ucapkan tahniah kepada geng-geng dalam unit kerohanian Hepa
bermula pada tahun lalu segala program2 yang dirancang dan dilaksanakan semakin ber'isi'

tahniah kepada ustaz riswadi dan gengnya dalam unit tersebut
semakin bernafsu budak2 surau(AJK SURAU) untuk mengajak rakan2 yang lain bersama-sama mereka melakukan amal maaruf nahi mungkar.

Exco kerohanian MPP 08/09 pun tak kurang hebatnya..
sejak menjadi orang 'rohani' ni semakin ligat dia mentazkirahkan kengkawan yang lain
tahniah juga buat YB Mad.
--->jangan kembang sangat tau!!

MURAH REZKI HARI INI... INI LAH YANG KITA TAK TAHU NIH!!

apa yang murah nye...?
haa, ini lah yang kita tak tahu nih!

rezki ape nye...?
haa, ini lah yang kita tak tahu nih!

hari ini kenapa pulak...?
haa, ini lah yang kitra tak tahu nih!

dugaan demi dugaan telah berjaya ditempuhi hari ini
dugaan apa...?
haa, ini lah yang kita tak tahu nih!

nih sebab dah terikut-ikut dengan salah sorang pelakon dalam cerita LOS & FAUN la nih!

Sunday, March 8, 2009

WORLD LOOK AT THEM!!!





TERKENANAG SEWAKTU ITU....(I)


Cenderahati untuk minggu MPP 2008.

Satu program permulaan MPP ketika itu yang telah melibat semua kelab-kelab di UMT. Pelbagai acara menarik pada minggu tersebut antaranya adalah sukan rakyat bersama komuniti setempat, gerai keusahawanan, pertandingan sketsa, forum maal hijrah, Pertandingan futsal, dan lain-lain lagi.

SEKADAR INGIN MENGINGATI...

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad'
walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Subhanalloohi Walhamdulillaahi
walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Saturday, March 7, 2009

REPLIKA MASJID NEGARA

bersama dengan teman dari sabah.
rupanya besar juga ye masjid negara kita.
selama ini hanya dapat tengok dalam tv je.

ALHAMDULILLAH RAFAE DAH SAMPAI MEKKAH

berlatarbelakangkan replika masjidil haram.
indah sekali walaupun hanya sekadar replika.
apatah lagi kalau yang sebenar-benarnya.
semoga Allah memberi kesempatan untuk kehidupan sebenar aku dan saudara2 ku menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah

RUMAH ALLAH D'IRAQ

gambar ni dah di'edit' sebabnya background gelap.
jadi nampak lebih real.
kalau tak cantik pon jangan lah kutuk lebih-lebih sangat ye...=0

CHINA 2009

aku juga tak melepaskan peluang melawat masjid XIAN..
kenangan yang sangat terindah

MASJID SULEYMAN

nampak cam real tak?? macam di turkey pon ada gak nih

TAJ MAHAL D'MALAYSIA

tersergam indah bangunan yang menjadi lambang cinta sejati
shah jihan & mumtaz mahal

ADUHAI INDAHNYA KEBENARAN..


semalaman aku tidak dapat melelapkan mata

dek kerana terpegun melihat kelebihan Allah S.W.T

telah mengurniakan suatu keistimewaan kepada seorang insan...

insan yang petah berbicara dan mengeluarkan hujah fakta

yang tidak punyai keraguaan berlandaskan lunas-lunas kebenaran

Ahmad Deedat namanya.

hebat berpidato, hebat berkata-kata

bukan kata-kata dusta dan nista

tapi kata-kata kebenaran untuk mengagungkan syiar agama ISLAM

kata-kata kebenaran untuk berdakwah menyebarkan agama ISLAM

kata-kata kebenaran untuk menyangkal segala tomahan terhadap agama suci ISLAM

namun disebalik semua itu,

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipertikaikan

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipandang serong

kebenaran yang tiada keraguan itu masih lagi dipersendakan

kita sebagai insan terpilih,

marilah kita menghayati segala kebenaran ini

janganlah disebabkan hal-hal

..PANGKAT.. KUASA.. WANITA.. DARJAT..WANG..

kita jauh menyimpang dari kebenaran

p/s: saling ingat mengingati antara sesama kita, walaupun diriku ini bukanlah baik, tapi peluang untuk melakukan kebaikkan sentiasa terbuka. Manusia tidak punya kuasa menentukan siapa benar siapa salah kerana kita saling punya kelemahan. Hukum akhirat lagi disia-sia inikan pula hukum dunia...renung-renungkan dan selamat beramal..

Friday, March 6, 2009

MENGAPA INI TERJADI!!

gelora hidup tiada terkira
untuk mengajar ilmu dunia dan akhirat
jasamu bukan kepalang
berkorban masa apatah lagi tenaga
demi anak bangsamu yang sangat disayangi

hari ini gangguan ditekan berat ke atasmu
salah dan silap sepuluh jari kepada mukamu
ibu bapa, masyarakat sebilangan asyik mencari kelemahanmu
namun dirimu tetap utuh menangkis halangan
demi anak bangsamu yang sangat disayangi

GURU CIKGU PENSYARAH
nama bukan kupohan sanjung
bukan jua kuidam gelaran
mati lah kamu dengan penuh harapan
agar anak bangsamu hidup bermaruah
untuk kembangkan segala jasa yang telah diperturun generasi demi generasi

hari ini cabaran seperti gunung
MURID PELAJAR MAHASISWA indah namanya
tanpa pendinding pengajar yang mulia
lenyap sudah tamadun yang akan tersegam indahp/s: kalau kita membaca surat habaq semenjak kebelakangan ini, pasti kita akan merasa sedih.
penyampai ilmu kepada kita golongan yang jahil ini sering menjadi mangsa "BELASAHAN" dari pelbagai sudut. Apakah dosa mereka hingga teraniaya sebegini lupa?

Walaupun hari guru masih jauh lagi, tapi takkan nak ucap tanda terima kasih kena tunggu hari guru kan?. Apa kata kita pohon maaf dengan guru-guru kita mana tahu ada kesan-kesan 'hitam' kita kepada mereka.

sayangilah guru kita. TERIMA KASIH CIKGU!!

Thursday, March 5, 2009

FASA KEDUA TELAH BERMULA



syukur alhamdulillah
blog nie telah mula bergerak melangkah ke fasa yang kedua
kalau dahulu background x indah
tapi kini sudah di 'upgrade' tak nak kengkawan bosan lak


mula beroperasi masa bulan september dahulu
hanya sekadar suka-suka
kemudian datang minat yang semakin mendalam
setelah punya ramai kawan2
bermakna sekarang telah hampir 7 bulan sudah aku bersama dengan dunia maya

lagi satu dikesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi menziarahi blog budak kampung jitra nih

Wednesday, March 4, 2009

AYAH, IBU, ANAK DAN UMT

berkat doa ayah dan ibu

sebelum menjejak kaki ke menara gading
sudah tertanam dalam hatiku untuk tidak memilih
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU pada ketika itu
namanya KUSTEM

berkat doa ayah dan ibu

kini sudah hampir tiga tahun aku berada
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
mendapat pula aku kursus yang paling aku anti semasa zaman sekolah
sains kimia

berkat doa ayah dan ibu

alhamdulillah dapat juga sedikit sebanyak aku menyumbang bakti walaupun kecil terhadap UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
menjadi perwakilan kepada seluruh pelajar menyatakan suara kepada pihak pentadbiran

berkat doa ayah dan ibu

di sini hampir segala-galanya telah aku pelajari
perkara-yang tidak aku terfikir pun dapat aku rasai
yang menjadi idaman hati tidak pula kesampaian
kerana telah tertulis sudah suratan takdir untukku

semunya berkat "doa ayah dan ibu"
terima kasih ayah dan ibu.

"HERO" DALAM PEMBIKINAN

kebelakangan ini nada puji-pujian sudah beralih arah
kalau dahulu nama yang sering menjadi sebut-sebutan adalah
tidak lain tidak bukan "ANWAR IBRAHIM"

tapi dewasa ini
yang menjadi bualan masyarakat malaysia khasnya kat perak adalah
"NIZAR JAMALUDDIN"
hebat betul penangan 'bekas' mb
tak kisah lah sama ada pujian ataupun tomahan
dah nama manusia mesti ada baik dan buruknya

yang pastinya malaysia kini sedang dilanda

nizarisme

Monday, March 2, 2009

apa nak jadi..! tak jadi lagi

sejak 3 4 hari nih, hujan sudah mula melanda umt dan kawasan yang sama waktu dengannya
tapi nasib baik lah tak lebat sangat
cuma kekadang memberi cabaran untuk pergi ke kampus
maklumlah, lelaki katakan!!
bab-bab payung nih susah sikit
tapi "payung" sebelum "hujan" sudah awal-awal lagi disediakan

jom beralih pula kat negeri perak
tengok politik semasa
apa yang dah berlaku di sana agaknya ye...

sidang DUN tergempar!
TPM kata sidang DUN tak sah ..tak ikut perlembagaan!
SU DUN kata sidang dun tak sah.. sultan tak perkenan!
SPEAKER DUN kata sah..dia ada kuasa!
SU DUN kena gantung..taknak dengar cakap boss!
bangunan tempat sidang diarah tutup!
polis berkampung di sana..halang orang ramai berkumpul!

owh..macam-macam lagi lah.
harap kedah tak kena seperti itu.

Sunday, March 1, 2009

bertambah asyik

hari ni sudah masuk bulan mac
semakin tua nampaknya usia diri kita
minggu ni semakin mencabar
tekanan sudah mula dirasai

ekonomi politik rohani akademik makin merudum
apa nak jadi selepas ni
diri semakin terhimpit
apa lagi nak dihadapi selepas ini?

sama-sama lah kita menunggu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online