PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Friday, September 11, 2009

RAMADHAN DI KEMUNCAK

akhirnya sempat jua aku menamatkan 20 hari terawal ramadhan...
sekarang telah tiba masanya ramadhan kemuncak...banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh yang berusaha ke arah itu...

dalam sibuk2 menjalankan ibadah ni, kalau jalan2 di kawasan membeli-belah berduyun-duyun manusia di sana menjalankan rutin tahunan untuk persiapan hari raya...meriah betul kedengaran lagu2 raya..

nak check sikit, kuih raya dah buat ke belum?...haa...kalau tak beli kuih tunjuk lah jawabnya...
akan tetapi raya kali nih tampak kurang berseri....tak mengapalah...makin membesar makin jadi tak seronok ketika beraya..

balik semula cerita ramadhan, kalau dahulu waktu umur 12, 13,...ramai budak2 kat depan rumah aku lepak selepas semayang tarawikh..main mercun, bakar sampah lah..main2 moto...macam2 lah...dah macam hari raya buat rumah terbuka gitu...

tapi sekarang suasana amat berbeza sekali..sunyi..mungkin semua budak2 tu dah besar, sibuk dengan hal masing2... dah tak meriah sangat...

apa2 pon hidup perlu di teruskan jua...semoga malam lailatul qadar milik kita...jom !!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online