PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, December 12, 2009

20/10/2010: ni adalah artikel untuk orang yang nak kawin...

dalam berita ketika nie, heboh 1 Malaysia...mas kawin kat selangor naik ke tingkat 300.

ulasan dari blog GB...

Soalnya mengapa dipersulitkan orang yang hendak berkahwin secara sah?

Apakah kerana "masyarakat sekarang lebih terarah untuk penyediaan majlis perkahwinan besar-besaran" maka kita perlu mengikut arus trend berkenaan?

Bukankah menjadi tanggungjawab pihak yang berpengetahuan ugama termasuk mufti-mufti yang hebat-hebat serta pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk mendidik masyarakat supaya tidak mengikut trend pemborosan dan bermegah-megah itu?

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya.....
Sabda Rasulullah SAW

" خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا "

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس

Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

" ابركهن اقلهن مهرا "

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".
( Riwayat Ahmad )

Belum ada dijumpai hadith yang menunjukkan perlu dinaikkan atau dimahalkan mas kahwin.

Sebelum ini GB mengutarakan sekurang-kurangnya dua implikasi dari kenaikan mahar dan pihak yang bertangungjawab menaikkan mahar dan yang menyokongnya perlu bertanggungjawab dengan masalah yang yang dibawa:

1) Akan lebih ramai andartu (anak dara tua) seperti yang disebutkan oleh TG Nik Aziz
2) Akan lebih marak kes-kes sumbang mahram dan gejala sosial di kalangan remaja kerana dipersulitkan mereka untuk mendirikan rumahtangga secara sah.

Ada diantaranya berhujjah kononnya kenaikan maskahwin akan meninggikan darjat perempuan. Ia sebenarnya satu hujjah dangkal lagi bebal. Tinggi-rendah mas kahwin tidak boleh digunakan untuk mengukur darjat perempuan. Apakah nilai seorang wanita cuma RM300?


artikel penuh di sini...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online