PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Jika anda belum solat, silalah solat.

Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.

Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.

Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.

Saturday, August 28, 2010

gambar itu akan berbicara



Tuesday, August 10, 2010

mengira detik...


alhamdulillah...
sempat jua aku bertemu ramadhan tahun ini...
syukur Ya Allah...

semoga ibadah tahun ini akan bertambah2 baik dari tahun lepas...
gembiranya...

ahlan wa sahlan ramadhan...

tahun lepas maasih ku ingat
puasa di hotel sg.petani..
tarawikh di sekitar masjid2 yang ada

berbuka pon kenkadang dijalanan
kerana makanan di hotel tak berapa "masyuk"

lepas tarawikh pusing2 kat bandar SP
kawasan jam besaq,
mencari makan
mencari pakai
melihat gelagat

ingat lagi di KFC berdekatan tempat lepak
hampir sepenuh masa di sana tika menjelang imsak..
alas perut dan mencari kerja melalui internet.

tak ku lupa singgah di restoran mamak
belakang stesyen minyak
menjamu perut dengan makanan tengah malam
di isi dengan cerita2 dogeng kaitan GATECORP

kini semua itu tiada lagi.

aku kena bekerja.
cari wang
kukuhkan ekonomi
untuk keluarga yang bakal tercipta

Semoga Allah Mempermudahkan segalanya.
amenn

Sunday, August 8, 2010

sejauh mana pon!!


pusing lah keliling dunia
sembunyilah di celahan marmar
panjatlah pohon yg sangat rimbun

kamu tak pernah hilang..
aku sentiasa mengejar
cuma tak pernah berdekatan
tak pernah ku cuba memotong
dan tak mahu aku seiringan

aku hanya mahu mengikut..
biar pon sejauh mana kamu tuju..
kerana destinasi akhirku akan tiba..

sudah tak lama...
3 syawal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online