this story depend to the reader to make the conclusion..
PERINGATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL
Jika anda belum solat, silalah solat.
Jika anda solat tapi sekadar solat Jumaat atau tinggal-tinggalkan begitu, maka sila penuhkan lima waktu solat itu.
Jika anda solat, tetapi seringkali di akhir waktu, maka disegerakanlah.
Dan jika anda memang seorang yang taat dengan solat lima waktu, tetapi sekadar solat di rumah, maka lebih elok diperkemaskan solat dan sering berjemaah di masjid-masjid.
Saturday, April 24, 2010
SLOT ISTIMEWA: 1 Malaysia is equal to Hindustan movie
Posted by hafizasmadi at 12:41:00 AM 0 comments
Labels: islam ori, kerajaan, masyarakat, pakatan rakyat, politik, utusan harian
Friday, April 23, 2010
SLOT ISTIMEWA: buruknya perangai depa II !!!
APCO..APCO..APCO...
Posted by hafizasmadi at 11:51:00 PM 0 comments
Labels: kerajaan, masyarakat, pakatan rakyat, politik, sensasi, utusan harian
Berkat Malam Jumaat : pesanan JIBRIL A.S
pesanan malaikat jibril a.s kepada nabi muhammad s.a.w.
Posted by hafizasmadi at 12:12:00 AM 0 comments
Labels: islam ori, masyarakat, utusan harian
Wednesday, April 21, 2010
SLOT ISTIMEWA: buruknya perangai depa!!!
adanya pon janganlah berlebihan mengasak si dia.
Posted by hafizasmadi at 12:38:00 AM 0 comments
Labels: islam ori, kerajaan, masyarakat, pakatan rakyat, politik, utusan harian
Monday, April 19, 2010
Bicara Minggu Baru : berbakat atau KULI??
menjadi pertanyaan yang terlampau...
Posted by hafizasmadi at 12:22:00 PM 0 comments
Labels: kerja, sensasi, utusan harian
Sunday, April 18, 2010
Santai Hujung Minggu: sok sek sok sek!!.
12 jam di bangku mentelaah data yang ganjil itu untuk di masukan dalam sistem..
Posted by hafizasmadi at 6:15:00 AM 0 comments
Labels: kerja, politik, utusan harian
Friday, April 16, 2010
Berkat Malam Jumaat : perlu hayati dan amal.
Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
“wahai tuhan ku,aku tak layakutk kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belaskasihan darimu .”ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Posted by hafizasmadi at 11:49:00 PM 0 comments
Labels: islam ori, masyarakat, utusan harian
Wednesday, April 14, 2010
Ada Apa Hari Ini :..kerahan keringat
semalam selasa
Posted by hafizasmadi at 10:43:00 PM 1 comments
Tuesday, April 13, 2010
Apa Ada Hari Ini : fight with felda CEO rubber..
hari ini tanggal 13,
Posted by hafizasmadi at 11:54:00 PM 2 comments
Saturday, April 10, 2010
Santai Hujung Minggu: exam SPA..dan politik H.S
hari jumaat ingatkan nak amik cuti...
Posted by hafizasmadi at 8:08:00 AM 2 comments
Labels: kerja, masyarakat, politik, utusan harian
Wednesday, April 7, 2010
SLOT ISTIMEWA: konsistensi..
wadah yang menarik..
Posted by hafizasmadi at 11:48:00 PM 0 comments
Saturday, April 3, 2010
baru di Layar jalanan : Slot sensasi layar jalanan..
tanggal 8
layar jalanan akan mempersembahkan sesuatu yang baru!!!
buat tatapan palayar-pelayar jalanan laman biru...
lebih mantap, lebih berkesan dan padat dengan ilmiah..
Krew-krew layar jalanan akan memperkenalkan slot-slot terbaru
~ "Bicara minggu baru" : fokus isu awal minggu yang disiarkan hari isnin.
~ "Berkat Malam Jumaat" : info dan fakta agama/ilmu akademik pada setiap hari jumaat.
~ "Santai hujung minggu" : hujung minggu dengan pelbagai isu sampingan.
~ "Apa Ada Hari Ini" : berita tersensasi satu minggu di hari rabu.
~ "Slot Istimewa" : nukilan-nukilan import ke layar jalanan.
sokonglah kami dengan ulasan-ulasan serta kritikan membina untuk kebaikan umat sejagat.
hidup blogger!!!
Posted by hafizasmadi at 1:36:00 AM 1 comments
Labels: masyarakat, sensasi, utusan harian
Thursday, April 1, 2010
bicara 2010 : Pesanan roh kepada manusia.
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" .
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
~sieraoscarbravo
Posted by hafizasmadi at 7:25:00 PM 0 comments
Labels: islam ori, masyarakat, utusan harian